Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Punca Jatuh ke dalam Neraka yang Paling Penting yang Didedahkan Tuhan, Bahagian 10 drpd 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Buddha tak begitu kerap muncul di Bumi dan tidak senang dikenal. Sebab itulah banyak manusia tidak mengenal Nabi Isa, Buddha, Guru Nanak atau Nabi Muhammad, moga-moga Tuhan beri kesejahteraan ke atas-Nya, ke atas semua Guru. Mereka tidak mengenal Mereka. Sebab itulah Tuhan perlu sentiasa hantar Anak Lelaki-Nya, Wakil-Nya untuk turun ke bawah sini juga. Sebenarnya, Anak Lelaki bukanlah Anak Lelaki. Dia Anak Lelaki dan Anak Perempuan juga. Tetapi di dunia ini, kita sudah biasa menganggap Dia sebagai Anak Lelaki Tunggal Tuhan, jadi kita biarkannya saja. Tetapi Nabi Isa ada kedua-dua sifat feminin dan maskulin, maksud saya di peringkat fizikal. Bukanlah Baginda feminin tetapi Baginda adanya di dlm diri-Nya.

Orang yang diutus oleh Tuhan perlulah sama ada lelaki sebenar atau wanita sebenar, maksud saya dalam perasaan, perilaku dan kelakuan-Nya juga. Maksud saya dalam perilaku Mereka, Mereka perlulah lelaki atau wanita. Mereka tak boleh separuh lelaki, separuh wanita atau biseksual, contohnya, atau sebarang -seksual yang ganjil.

Mereka perlu menjadi contoh Tuhan yang sempurna. Jadi Mereka ada kedua-dua kuasa feminin dan maskulin di dalam diri Mereka untuk digunakan. Kita tak dapat menjadi Guru tanpa memiliki kedua-dua sifat kuasa ini. Tetapi jika kita ialah lelaki, maka kita hanyalah lelaki secara fizikal. Dan jika kita dalam bentuk wanita, maka kita perlulah dalam bentuk wanita. Maka kita akan jatuh cinta pada lelaki. Atau jika kita ialah lelaki, kita akan jatuh cinta pada wanita. Kita takkan jatuh cinta dengan sebarang jenis sifat seksual yang lain.

Tetapi jika kita dilahirkan dalam bentuk lelaki, saya ulang sekali lagi, maka kita ialah lelaki. Kita maskulin. Kita tidak feminin sama sekali. Tetapi sifat feminin tersembunyi di dalam diri kita. Itu jenis sifat ibu yang mesti kita miliki untuk menyayangi makhluk lain seperti seorang ibu. Kita akan terbatas kepada anak murid seperti seorang bapa. Sebab itulah kita perlu miliki kedua-dua sifat lelaki dan wanita. Sekarang anda faham? Saya harap saya cukup jelas. Ini lebih senang untuk dijelaskan daripada subjek Syurga atau subjek Ketuhanan – lebih sukar untuk otak di dunia fizikal ini fahami.

Tetapi jika anda amalkan Kaedah Quan Yin, kaedah sangat purba ini, Kaedah Selama-lamanya – purba, moden dan masa depan, selama-lamanya – hanya ada satu kaedah yang membebaskan anda, sangat pasti, 100 peratus. Dgn Nama Tuhan, saya beritahu anda itu Tidak kira nama apa anda panggilnya, asalkan ia termasuk Cahaya Tuhan dan Getaran Tuhan, Ajaran dan Ajaran Tuhan tanpa bahasa termasuk dalam kaedah itu. Anda akan dengar Bunyi Tuhan (Syurga dalaman) dengan serta-merta. Anda akan nampak Cahaya Tuhan (Syurga dalaman) dengan serta-merta jika Guru sebenar mengajar anda. Tetapi Cahaya tinggi.

Sekarang, saya rasa itu saja bagi hari ini. Buat masa ini, saya perlu bekerja di kawasan terpencil tanpa anda jumpa dengan saya secara fizikal tetapi karma kolektif dunia buatnya macam itu. Tetapi jika dunia ada keamanan dan semua manusia menjadi vegan, barangkali saya akan hidup lama bersama anda atau keluar untuk biar anda berjumpa dengan saya lagi, dengan Rahmat Tuhan.

Sekarang saya masih bersama anda sepanjang masa, bersama setiap daripada anda pada setiap nanosaat dalam hidup anda. Anda tidur, Kuasa Guru tidak tidur. Guru tidak tidur. Saya sentiasa bersama anda, dengan Rahmat Tuhan di dalam diri saya untuk bantu anda, lindungi anda, hapuskan karma anda sebanyak selamat bagi anda. Anda masih perlu ada sedikit karma untuk hidup di dunia ini, menyempurkan misi anda di Bumi.

Kemudian anda boleh pulang ke Rumah. Tetapi Guru sentiasa ada di sisi untuk anda, 24 jam setiap hari dan di atas, di luar, di kiri, di kanan, di atas, di bawah, di antaranya, di tengah, mana-mana saja. Guru sentiasa bersama anda, membantu anda, melindungi anda dan mengurangkan karma tak tertahan untuk anda.

Pada 2002, saya memutuskan untuk dermakan salah satu buah pinggang saya kepada saudara saya yang sakit. Segala penyaringan praujian berjalan dengan lancar sekali dan saya ialah padanan yang sempurna. Apabila tiba masanya untuk pemindahan sebenar, saya bimbang… Bagaimana jika pembedahan tidak berjalan lancar? Pada masa itu, saya berdoa kepada Guru Tersayang kita untuk perlindungan. Lepas beberapa hari, sebelum pembedahan, saya alami visi ketika bermeditasi di mana pembedahan sedang dijalankan dan Guru berdiri tinggi-tinggi di balkoni, melihat ke bawah pembedahan yang sedang dijalankan. Dgn serta-merta, segala ketakutan saya hilang dan pembedahan berjalan lancar sekali. Sekarang sudah lebih 22 tahun dan segalanya baik-baik saja. Saya amat berterima kasih kepada Guru. Luca dari Amerika Syarikat

Guru Tersayang yang dikasihi, Dari lubuk hati saya, saya sentiasa berterima kasih kepada Guru setiap hari. Lapan belas tahun yang lalu, saya diinisiasi oleh Guru. Sejak itu, saya sentiasa berasa gembira dan ceria. Baru-baru ini, Guru selamatkan nyawa saya. Itu pada 15 Ogos 2021 ketika saya pergi melahirkan bayi kedua saya. Sebelum tarikh bersalin, selama dua malam, ketika tidur, saya terdengar seseorang memanggil nama saya. Saya terasa macam masa saya di Bumi sudah hampir tamat tetapi saya berasa sangat positif bahawa Guru akan mengatur segalanya yang terbaik untuk saya. Sejak tiba di hospital, saya sentiasa melafazkan Nama Suci. Dekat masa bersalin, doktor nampak masalah, jadi terus memaksa baby keluar. Selepas itu, saya berdarah dengan teruk sekali. Doktor berikan pemindahan darah kepada saya dengan gunakan semua darah yang ada di hospital yang sesuai dengan jenis darah saya tetapi tidak cukup kerana badan saya terus berdarah tanpa berhenti.

Ahli keluarga saya memanggil banyak saudara seguru yang datang dan menguji jenis darah mereka untuk berikan lebih banyak darah kepada saya. Saya tetap terus kehilangan begitu banyak darah. Seluruh pasukan doktor di hospital itu panik dan tak tahu bagaimana menyelamatkan saya kerana kes saya sangat jarang. Saudara seguru yang pergi ke sana hanya boleh berdoa kepada Guru supaya menyelamatkan saya kerana saya perlu hidup untuk membesarkan bayi baru lahir saya. Salah seorang doktor malah memanggil pawang untuk membantu saya tetapi pawang ini beritahu doktor, “Dia ada pahala besar dan dilindungi oleh seseorang yang berperingkat tinggi sekali.” Pada masa itu, saya tidak sedarkan diri tetapi terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti guruh, kemudian ada titisan air yang direnjiskan ke muka saya. Saya buka mata tetapi tak nampak apa-apa pun. Pada masa itu, saya tahu bahawa Guru merenjiskan air nektar ke muka saya untuk menyelamatkan nyawa saya. Selepas itu, saya hidup semula. Badan saya kembali stabil dan tidak berdarah lagi. Semua doktor terkejut dan berkata bahawa saya terselamat daripada maut. Sekarang lima bulan sudah berlalu. Bayi saya dan saya sihat wal afiat. Saya ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd Guru kerana berikan satu lagi hidup kepada saya. […] Thiên Mai dari Âu Lạc (Vietnam)

Keajaiban Guru: Itu pada 2014 apabila saya alami dan saksikan salah satu keajaiban Guru. Pada 2014, saya hubungi seorang anak murid Guru. Ketika saya bercakap dengan dia di telefon, saya meniarap di atas katil. Kemudian tiba-tiba saya terasa perlu duduk bertinggung di atas lantai. Apabila saya berada di atas lantai dalam posisi bertinggung, saya rasai Kuasa spiritual Guru yang besar. Dia berdiri di belakang saya dan mula menarik keluar pedang dari belakang saya. Panjang pedang yang ditarik keluar-Nya pasti sepanjang kira-kira 20 meter. Walaupun saya seorang Kristian daripada Gereja Assyria Timur dan amalkan agama Kristian, saya menyaksikan bagaimana kerohanian Guru dapat bantu sesiapa saja semasa dengan agama-agama yang berlainan pun. Ini apa yang akan dilakukan oleh mana-mana Guru sebenar. Mereka tidak membeza-bezakan agama. Mereka bantu sesiapa saja yang perlukan bantuan Mereka. Kita harus sentiasa bersyukur kpd Tuhan kerana berikan Guru-guru kepada kita seperti Mahaguru Ching Hai Agung untuk bantu kita dalam kehidupan harian dan melindungi kita drpd sebarang kejahatan. Salam sejahtera dan kasih sayang, Thomas dari Australia

Dan lain-lain…

Jadi sentiasa ingatlah bahawa anda tidak berseorangan. Sentiasa ingat supaya bersyukur kepada Tuhan atas itu, atas ada Guru untuk anda 24 jam setiap hari dan buat segalanya yang mungkin untuk anda, bersihkan segala karma yang mungkin untuk anda. Selepas hidup ini, anda tak perlu berada di dunia fizikal, menderita lagi, kecuali anda mahu. Kecuali anda mahu, maka anda akan dibantu dengan Kuasa Tuhan utk menyelamatkan atau membantu sesiapa saja yang ada dalam hati anda untuk dibantu.

Jadi ingatlah, berbuat amal. Meskipun anda masih berbuat amal secara fizikal, bukan untuk Tuhan, bukan untuk menyebarkan Kebenaran demi Tuhan dan bantu orang dengan membawa Kuasa Guru ke dalam hidup mereka utk bantu mereka selamatkan roh mereka – bukan untuk itu pun – anda tetap perlu ada kemurnian dalam hati.

Anda perlu bersyukur kepada Tuhan atas amal jariah, atas anda mampu melakukannya. Tidak berasa megah, angkuh dan berfikir anda ialah orang baik, orang suci, orang terbaik – tidak, itu akan heret anda ke neraka. Segalanya di sini, anda tidak bawa. Anda dilahirkan dengan langsung tiada apa-apa pun. Tali pusat pun, tali yang hubungkan badan anda dengan ibu di dalam, itu pun perlu dipotong. Jadi anda memang berseorangan, telanjang, tiada apa-apa pun pada anda, tiada apa-apa pun yang anda bawa ke dunia ini. Jadi meskipun anda ingin menjadi santo bermakrifat, anda perlu mengusahakannya semula! Sesetengah orang tak dapat.

Photo Caption: Bersama-sama Kita Dapat Menjayakan Perkara

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android