Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hai, anda semua, insan baik yang dikasihi. Anda meminta saya supaya bercakap dengan dunia. Baiklah, saya akan cuba. Saya akan cuba tetapi... Perkara yang akan saya katakan, kebanyakan orang tak nak dengar. Namun begitu, saya telah beritahu anda bahawa saya akan memenuhi apa-apa saja permintaan anda jika boleh. Oleh sebab anda anak murid Tuhan saya, baiklah, saya akan cuba. Hasilnya saya tak dapat jamin. Mungkin ia malah menyusahkan saya. Mungkin ia mengundang lebih banyak musuh. Mungkin ia mengancam saya dengan lagi banyak ugutan mati daripada yang dah sedia ada. Saya tak apa-apa, kalau-kalau anda semua risau. Saya tak apa-apa. Sekurang-kurangnya untuk anda, anak murid Tuhan saya yang ingin sekali dengar suara saya, saya akan bercakap tentang sesuatu.Mari kita bercakap tentang dunia pada umumnya. Setiap hari kita doakan keamanan, kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran tetapi kita buat secara terbalik. Kita menyebabkan air menjadi kering. Kita menyebabkan gunung dan tanah runtuh. Kita menyebabkan ribut teruk, taufan, tsunami, gempa bumi dan sebagainya yang bunuh orang muda dan tua, orang-haiwan, gunung, hutan, lautan, tasik dan sungai, mana-mana orang tersayang yg berharga, iman dan moral... sebut sahaja!Kita risau tentang mangsa perang. Peperangan sekarang di Ukraine (Ureign) merupakan keperitan bagi dunia, dah tentu, bagi saya juga. Tiada kata-kata yang boleh saya gunakan untuk gambarkan kesakitan hati saya dengan peperangan di Ukraine (Ureign). Kita risau kerana beratus-ratus ribu orang askar Rusia, serta beratus-ratus ribu orang yang lain dari Ukraine (Ureign) telah mati dan masih terus mati dengan semakin banyak dgn sia-sia saja, tidak capai apa-apa pun. Kita sakit hati untuk mereka. Kita berdoa untuk mereka. Perang yg membinasakan, membunuh ini masih belum berakhir. Dulu saya menyalahkan – disebabkan oleh kesakitan hati – dulu saya berteriak menyalahkan ini dan itu, menyalahkan banyak faktor yang lain. Saya tidak menyalahkannya lagi kerana sementara menyalahkan penghasut perang atau pembuat penderitaan, saya tahu jauh dalam diri saya bahawa segalanya karma kolektif. Karma bunuh perlu dilangsaikan, dikitar semula sehingga tiada kesan yang tertinggal, sama seperti kita mengitar semula sampah a tau apa-apa benda material lain yang tak boleh digunakan lagi atau perlu dibuang.Dah tentu, adalah baik kita berdoa untuk mereka. Kita berdoa kepada Tuhan agar peperangan berakhir supaya orang boleh kembali kepada kehidupan normal, menjadi lebih produktif untuk negara mereka sendiri dan untuk dunia pada umumnya. Tapi kita lupa. Kita lupa bahawa peperangan sentiasa berlaku setiap hari di dunia kita, dengan atau tanpa mana-mana negara yang lain terlibat, dengan atau tanpa pelampau, pengganas dan lain-lain... Kita berperang setiap hari. Itu hakikatnya! Peperangan dengan alam haiwan yang tidak berdaya, dengan janin kita sendiri, bayi kita sendiri di dalam rahim. Akhirilah peperangan ini. Akhirilah peperangan ini, maka semua peperangan akan berakhir! Maka kita akan capai keamanan sebenar yang berkekalan. Ada banyak kesusahan di dunia kita tetapi jika kita menjana tenaga belas kasihan, semua kuasa negatif akan lenyap dan hilang. “Kasih sayang ada komponen untuk hilangkan segala kecelakaan.” Masih ingat apa yg Dewi Kasih Sayang beritahu kita lama dahulu.Peperangan besar yang berlarutan selama empat tahun ini telah bunuh beratus-ratus ribu orang askar dan orang di tempat kejadian yang tidak berdosa. Kita meratapi itu. Tetapi ada peperangan yang lebih besar daripada ini. Jika anda tak tahu atau telah lupa, biar saya ingatkan anda: 73 – lebih kurang, mungkin lebih banyak – lebih 73 juta orang manusia mati setiap tahun. Itu kira-kira 200 ribu sehari! Tetapi tiada apa-apa yang dibuat dengannya, atau sangat sedikit. 73 juta orang ini ialah bayi yang tidak berdosa, bakal bayi yang tidak berdosa, bakal manusia yang tidak berdosa yang boleh banyak memberi sumbangan atau sekurang-kurangnya keluarkan sesuatu yang baik untuk umat manusia, untuk kelangsungan hidup manusia, untuk kemakmuran planet ini. Kita teruskan peperangan ini tanpa terlalu banyak berfikir tentangnya. Semua kononnya undang-undang di negara-negara yang berlainan menyokongnya, menggalakkannya, membayar untuknya dengan wang cukai titik peluh rakyat sedangkan penduduk mereka masih tidur di jalanan, tertimbus di bawah salji, mati tanpa perhatian berat sesiapa pun. Sungai darah masih mengalir dari mana-mana rumah sembelih di mana-mana negara. Gunung tulang masih terus bertimbun, juga oleh rumah sembelih di negara-negara yang berlainan sedangkan gunung kita runtuh, tanah kita hilang, menimbus orang dan harta benda mereka dengannya, meninggalkan anak yatim, balu dan orang kurang upaya di mana-mana saja.Dah lama saya tak bercakap, tak banyak sangat, jadi agaknya saya tak begitu fasih bertutur hari ini. Maafkanlah saya. Bersabarlah dengan saya. Saya malah khuatir Tuhan tidak izinkan saya bercakap dengan anda lagi. Tapi hari ini saya lakukannya saja. Saya memang ada minta izin Tuhan. Jawapannya tidak jelas.Photo Caption: Mengerekot Bersama Yang Maha Berkuasa untuk Kasih Sayang yang Beri Perlindungan!











