Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Punca Jatuh ke dalam Neraka yang Paling Penting yang Didedahkan Tuhan, Bahagian 8 drpd 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Anda masuk ke dalam domain maya seperti dunia ini tetapi mendakwa diri sebagai Buddha, bermakna arah yang bertentangan, kuasa yang bertentangan, dan maya tahu bahawa anda tiadanya, maka dah tentu mereka heret anda ke bawah. Tak perlukan sebarang alasan pun kerana anda dah terlalu lemah. Anda tiada apa-apa pun tetapi mendakwa diri agung supaya orang memuja anda, berikan tawaran kepada anda, malah mengawal orang, menindas orang atau merogol orang lain, untuk wang, kemasyhuran atau nafsu hidup rendah. Maka dah tentu itu cukup untuk maya mengheret anda ke neraka kerana anda tiada sebarang kuasa yang lain untuk diri anda dilindungi.

Jika anda tidak penting, maka mungkin mereka hanya menghukum anda sikit, buat anda alami kemalangan, jatuh sakit atau sesuatu, atau biar anda mati. Tetapi jika anda penting kepada mereka, anda menarik banyak orang yang lain ke dalam kumpulan anda utk ikut anda dan buat perkara jahat bersama anda, seperti mencuri wang orang lain atau buat apa-apa saja yang boleh kerana anda kata anda akan bersihkan semua karma mereka, itu bohong, dan apabila anda kata anda ialah Buddha tetapi anda tiada kuasa untuk diberikan kpd mereka, hanya bergantung kepada kuasa maya ini untuk memperdaya orang sekali-sekala, buat mereka rasa macam mereka ada sesuatu, hanya sesuatu fizikal, tetapi secara kebetulan, kemudian anda akan mendakwa bahawa andalah yang bantu mereka, maka dah tentu orang lebih percaya kepada anda, juga disebabkan oleh trik maya dan kuasa trik maya, sehingga mereka telah jemu dgn anda, jadi anda akan masuk penjara atau mati.

Tapi jika mereka dapat mempergunakan anda dan anda benar-benar berguna kerana anda sangat suka memanipulasi, suka menipu cukup jahat untuk buat apa-apa saja bagi mengukuhkan kuasa anda atau memenuhi nafsu hidup rendah, nafsu seksual, nafsu wang atau nafsu kemasyhuran anda, maka mereka akan pergunakan anda, kelihatan macam selama-lamanya tetapi suatu hari nanti anda akan nampaknya kerana roh anda sudah ditahan oleh mereka. Anda tak dapat lari ke mana-mana. Anda tak dapat minta bantuan pun jika anda di neraka. Itu tak dibenarkan lagi kerana anda telah buat dosa yang paling besar, berkata bahawa anda ialah Buddha tetapi anda bukan, berkata bahawa anda telah bermakrifat sepenuhnya tetapi anda tidak! Anda mempersendakan Tuhan, menyalahgunakan Kuasa Syurga untuk untung diri sendiri. Itu apa yang suka dilakukan oleh maya juga. Jadi anda bersama mereka.

Anda sangat seperti mereka. Perilaku anda, aktiviti anda, fikiran anda, cita-cita rakus anda, segalanya sama seperti sifat maya, jadi maya suka mempergunakan anda. Sebab itulah anda sentiasa ingat anda dapat lakukannya. Tidak, suatu kali, suatu hari nanti, anda akan menyesalinya. Minda anda akan menyesalinya tetapi dah terlambat. Pada masa itu, dah terlambat, terlalu lama, terlalu banyak karma terkumpul sehingga Tuhan pun tak dapat bantu anda meskipun anda bertaubat pada masa itu.

Jadi meskipun anda anak murid saya atau mendapat inisiasi daripada saya, namun anda buat perkara yang bertentangan dgn Kehendak Tuhan dan memudaratkan orang lain, maka anda berada dalam kuasa yang bertentangan, kuasa maya. Maka anda akan menjadi hamba bawahan maya. Disebabkan oleh banyak perkara yg anda lakukan, mrk akan gunakan itu untuk menghukum anda di neraka selama-lamanya kerana peraturan mereka perlu dihormati tetapi anda tidak hormati peraturan maya di sini, iaitu Lima Rukun atau/dan Sepuluh Rukun, atau rukun serupa yang lain daripada agama lain. Maya ialah orang yang buat peraturan ini untuk domain mereka. Kerana mereka juga beritahu Tuhan, “Jika Engkau izinkan mereka datang ke sini, mereka perlu menempuh segala ujian ini. Mereka perlu menahan godaan duniaku dengan mengelak daripada melanggar Lima Rukun ini, peraturanku. Jika tidak, mereka datang ke sini dan timbulkan kesusahan untuk kawasanku atau membunuh ciptaan yang tinggal di kerajaanku, maka itu tidak baik.”

Jadi dah tentu, peraturan ini, Lima Rukun adalah daripada maya, bukan daripada Tuhan. Rukun, sesetengahnya daripada gereja, seperti anda perlu buat perkara untuk gereja, perlu pergi ke gereja dan sebagainya, apabila gereja sudah menjadi buruk pun. Itu bukan daripada Tuhan. Semua ini daripada maya kerana maya mahu orang yang turun ke domainnya buktikan bahawa mereka benar-benar wajar disanjung seperti yg Tuhan dakwa. Jika mereka seperti Tuhan, jika mereka ada Sifat Tuhan dan Kuasa Tuhan dalam diri mereka, mereka perlu buktikannya. Jadi jika seseorang, makhluk turun ke sini dan buat secara bertentangan dengan sifat seperti Tuhan, maka dia “tidak seperti Tuhan” dan “bukan daripada Tuhan”. Itu apa yang dikatakan oleh maya. Maka dia ialah subjek untuk dihukum, dibakar di neraka – mereka kata “untuk bersihkan” keburukan itu. Tetapi semua ini bukan daripada Tuhan. Tuhan beritahu anda supaya patuhinya agar anda akan selamat, boleh dilindungi sepenuhnya. Tetapi Lima Rukun bukanlah daripada Tuhan!

Sekarang anda tahu. Jadi meskipun banyak orang buat amal, namun mereka tak cukup bersih, tak cukup rendah diri, tak cukup suci dan tidak memuja Tuhan, maka habislah mereka. Mereka akan pergi ke neraka juga. Tetapi kita, anak murid Tuhan, anak murid Tuhan, orang yg saya inisiasi boleh berbuat amal. Anda habiskan apa-apa saja lebihan yang anda tidak perlukan yang anda peroleh. Anda pergi bantu orang memahami kebaikan menjadi orang bermoral, menjadi vegan, memuja Tuhan, bersyukur kepada Tuhan, memuji Tuhan dengan mencetak risalah atau mengadakan jamuan, berikan makanan vegan percuma kepada mereka, mengagihkan risalah, mencetak kebaikan daripada Ajaran Tuhan melalui tindakan, misalnya macam itu, menunjukkan kebaikan melalui demonstrasi dan contoh Supreme Master Television, juga filem yang memuji kebaikan dan contoh kebaikan yang dibuat lama dahulu oleh persatuan kita, menunjukkan kpd mereka ajaran saya, ajaran awam, misalnya macam itu, mengajar mereka masak hidangan vegan, bantu mereka merasa makanan vegan supaya mereka tahu bahawa ia baik dan berkhasiat. Kerana ini sedekah terbaik yang boleh anda berikan, paling disenangi Tuhan dan Buddha,

tetapi tanpa ego. Anda mesti tahu bahawa anda lakukan itu sebagai suatu kewajipan untuk bantu orang lain kerana anda juga bergantung pada mereka sepanjang hidup ini, dalam hayat ini untuk terus hidup, ada makanan, ada air bersih, ada segalanya yang anda ada! Tanpa mereka, anda tiada apa-apa pun juga. Mereka juga datang ke sini untuk menjalankan tugas mereka. Tetapi jika mereka tersesat, maka kewajipan anda adalah bawa mereka kembali ke jalan yang betul, atau yang terbaik ialah jalan Quan Yin tetapi mereka perlu ikhlas, perlu tahu bahawa Tuhan adalah Yang Maha Besar. Mereka perlu berterima kasih kepada semua Buddha, semua Guru, Santo dan Orang Suci di semua arah pada semua zaman. Jika tidak, sia-sia saja sedekah anda.

Buddha berkata bahawa dermakan Ajaran Benar ialah derma yang terbaik, sedekah yang terbaik. Dermakan Ajaran Benar ialah bentuk derma yang tertinggi, bentuk derma yang akan berikan paling banyak pahala. Menawarkan Ajaran Benar ialah tawaran paling mulia yang dengannya seseorang mendapat paling byk berkat. Tetapi anda perlu berhati murni dan rendah diri untuk bersyukur kpd Tuhan atas peluang untuk melakukannya, atas anda berduit, atas anda cukup sihat untuk pergi melakukannya. Lakukanlah ini di tapak sesawang anda, Facebook anda, apa-apa saja – akaun sesawang anda juga. Buat apa-apa saja untuk dermakan Ajaran Benar Guru kepada orang ramai yang jahil di luar. Itu akan bantu anda juga. Itu sedekah yang terbaik.

Buat masa ini, Tuhan tidak minta sedekah fizikal lagi. Saya asyik minta Tuhan dan menangis. Saya kata, “Mengapa? Mengapa? Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar, mengapa aku tak boleh memberi secara fizikal lagi?” Dia berfirman, “Kerana orang yang berada di zon bencana atau pada waktu kematian wabak, pada bila-bila di mana-mana pun, mereka patut alaminya.” Mereka perlukannya untuk dibersihkan. Jika tidak, mereka perlu diheret ke alam yang lebih rendah atau neraka atas perbuatan masa lampau mereka. Jika mana-mana daripada mereka tiada karma yang berat sangat untuk pergi ke neraka atau alam yang lebih rendah, maka Kuasa Guru boleh bawa roh mereka ke Syurga, lebih rendah atau lebih tinggi, mengikut pahala mrk. Jadi jika kita bantu mereka, maka mungkin pahala itu akan menjadi kurang bagi mereka kerana mereka menerima sesuatu dan perlu menukarkan pahala dgn itu. Jenis sedekah fizikal ini, kerajaan akan lakukan. Kerajaan ada cara, ada keupayaan kewangan untuk lakukannya.

Juga, kadangkala apabila kita pergi bantu orang dalam kesusahan, sesetengah kerajaan menuduh kita cuba ‘menangkap’ orang untuk masuki kumpulan saya dan memaksa mereka muncul di Supreme Master Television. Buat apa? Meskipun mereka dengan berat hati muncul di televisyen saya disebabkan kata-kata saya, saya memaksa mereka atau memikat mereka untuk lakukannya, maka itu baik untuk mereka juga. Mereka akan mendapat pahala yang sangat besar kerana mereka tidak buat apa-apa yang buruk, tiada contoh buruk daripada mereka di televisyen kita, hanya segala perkara baik.

Photo Caption: Ilusi Besar yang Rendah Boleh Mengelirukan

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android