Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini, saya rasa 10 hb, atau 11 hb Ogos 2026? Saya masih di dalam khemah meditasi tetapi lebih banyak di dunia fizikal hari ini, jadi mungkin suara saya lebih jelas bagi anda, anda semua yang meminati hal spiritual. Begitu sukar nak berada di dunia ini sebenarnya, bagi saya. Oleh itu, saya sepatutnya bertemu dengan Raja, Baginda Raja Clay, lebih awal, tapi saya tak dapat lakukannya Saya tak dapat lakukannya hari ini untuk lebih banyak berada di alam spiritual daripada di dunia ini. Jadi ia telah ditangguhkan selama banyak jam kerana banyak hal yang lain memenuhi fikiran saya. Itu dah tentu memperlahankan kerja roh saya. Aku beri salam kepada Raja Clay dgn segala kasih sayang dan rasa hormat. Semoga Engkau semua diberkati. Semoga Engkau dan rombongan-Mu di sini diberkati, dikasihi, dan dirahmati oleh MAPA dan Triniti kita yang Maha Tinggi, PALING Berkuasa. Salam sejahtera kepada Engkau, Tuanku Raja Clay. Aku amat bangga bertemu dgn Engkau dan amat berterima kasih atas Engkau menganggap planet kami sesuai untuk lawatan-Mu. Terima kasih. Jadi Raja Clay juga memberi hormat, bertitah, “Tidak, kami bangga berjumpa dengan Engkau, Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja. Kami dan orang kami, semua orang di alam spiritual kami beri salam kepada Engkau dan berharap Engkau baik dalam semua aspek.” Terima kasih, Tuan, terima kasih. Aku mohon maaf atas aku tidak dapat bertemu dengan Engkau lebih awal hari ini. Begitu banyak hal buat aku hampir macam terperangkap. Karma dunia dan karma keamanan dunia. Walaupun aku secara peribadi, dengan Rahmat TUHAN, bebas karma, apabila kita berjalan melalui lumpur, walaupun kita ada but yg panjang, tinggi, kita tetap tertangguh atau terpercik lumpur. Aku minta Engkau supaya faham dan maafkan aku. Raja Clay bertitah, “Oh! Tidak, tidak, tidak, tidak, tidak. Janganlah rasa terlalu wajib. Kami boleh tunggu selama-lamanya jika kami dapat jumpa dengan Engkau.” Wau, ya TUHAN! Itu sangat, sangat menenangkan bagi aku, Tuan. Seperkara lagi, Tuanku Clay, aku rasa begitu rendah diri dgn Engkau datang dari jauh untuk jumpa dgn kami, berkati dunia yang belum membangun sepenuhnya ini. Beritahulah kami dari alam mana Engkau datang dan berapa jauh itu dari kami di planet Bumi ini. “Kami datang dari alam spiritual kami sendiri, Alam Buddha yang dipanggil Flo, F-L-O. Ia sejauh lebih 4 zilion tahun cahaya dari planet-Mu di sini.” Oh, wau! Oh! Kami tak dapat bayangkan. Orang di seluruh planet Bumi tak dapat bayangkan itu boleh berapa jauh. Jadi ini pasti perjalanan yang sangat jauh dan susah bagi Engkau, Tuanku? “Oh! Tidak, jangan risau tentangnya. Kami buat perjalanan tetapi seolah-olah kami tidak buat perjalanan. Perasaannya adalah kami hanya berada di tempat yang sama sepanjang masa. Sehingga kami tiba di sini, kami masih terasa macam berada di tempat yang sama. Kami tidak terasa kami meninggalkan alam kami dan kami tidak terasa kami telah tiba di tempat lain dalam ruang. Jadi janganlah terlalu banyak memikirkan kesejahteraan kami. Kami ada sejenis alat pengangkutan yang luar biasa yang kita tidak rasai keletihan atau jaraknya.” Oh! Harap-harap suatu hari nanti orang kami di Bumi sini dapat bangunkan alat sebegini seperti Engkau punya sekarang. “Ya, Tuanku, Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja. Jika planet ini benar-benar dengar Ajaran dan nasihat-Mu serta jalankan amalan spiritual dengan baik, teringinkan TUHAN, maka tak lama kemudian dunia-Mu akan dinaikkan ke keadaan spiritual yang begitu maju supaya bukan sahaja alat ini tetapi juga banyak alat luar biasa, baik sekali yang lain akan dicipta di dunia-Mu.” Wau! Oh, wau! Biar kita berdoa agar ini akan berlaku, Tuan, kerana kami perlu gunakan sangat banyak jenis alat pengangkutan yang berlainan tetapi tak mungkin kami boleh bermimpi pun untuk miliki alat sebegini seperti apa yang Engkau miliki sekarang. Dengan Rahmat TUHAN, semoga semua orang di planet ini sedar dan menerima hak lahir mereka untuk menjadi lebih mulia, lebih tinggi, lebih bijak, lebih cerdik, lebih berkebolehan seperti sangat banyak planet lain yang nikmati begitu banyak kebebasan, keselesaan dalam kehidupan harian semasa membuat perjalanan juga. “Oh! Akan menjadi begitu, akan menjadi begitu. Kami juga berdoa untuk orang dan planet-Mu.” Terima kasih, Tuanku. Terima kasih, Tuan. Terima kasih, Tuan. Dengan Rahmat TUHAN, kami berharap dapat capai separuh saja daripada keupayaan alam-Mu pun untuk jalani kehidupan yang lebih selesa, lebih seperti Firdaus dan tiada kerisauan atau ketakutan sama sekali. Seperkara lagi, apakah peringkat spiritual yang Engkau dan rakyat-Mu capai, atau adakah terdapat peringkat-peringkat yg berlainan di alam-Mu yang menakjubkan? “Oh! Kami memang ada penduduk yang kurang tinggi tetapi mereka akan capainya. Cepat atau lambat, kami semua akan menjadi sama tetapi kami akan sentiasa alu-alukan makhluk spiritual yang kurang maju ke alam kami jika mereka memanggil kami, memanggil namaku atau memanggil seluruh populasi planet kami, hanya panggil nama planet kami saja pun, dengan segala keikhlasan, dengan kehidupan mulia yang penuh belas kasihan seperti mereka harus menjadi vegan. Ini faktor yang sangat, sangat penting untuk kemajuan spiritual. Jika kami dengar panggilan mereka, pelafazan mereka dan keinginan ikhlas mereka untuk menjadi bebas daripada segala beban dan penderitaan di dunia ini, maka kami akan bantu mereka dengan kuasa kami. Kami akan menaikkan mereka menjadi semakin tinggi sehingga roh mereka dapat capai kami.” Terima kasih, Tuan. Itu sangat pemurah, sangat baik budinya Engkau dan rakyat-Mu. Tuan, orangku di planet ini, dah tentu, ingin tahu apa maksud nama-Mu dan maksud nama planet indah-Mu. Boleh Engkau memakrifatkan kami? Bolehkah Engkau beritahu kami apa jenis amalan spiritual yang telah atau sedang Engkau gunakan untuk capai status pencapaian spiritual yang begitu banyak diberkati? “Oh, ya, ya! Kami akan buat begitu, Tuanku, Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja. Kami akan beritahu Engkau. Pertama sekali, namaku (Clay) bermaksud ‘Syurgawi’ dan nama planet kami, nama alam spiritual kami (Flo) bermaksud ‘Kebebasan’.” Wau, betapa sesuainya! Orang di planet ini akan suka mendapat itu – Kebebasan Syurgawi. Berharap suatu hari nanti mereka akan capai status kegemilangan spiritual itu. “Oh! Ya, mereka akan begitu, Tuan, cuma ini akan ambil masa yang sangat panjang, masa yang sangat, sangat panjang jika mereka terus hidup seperti sekarang kerana ia berada di arah yang bertentangan dgn Kebebasan Syurgawi.” Betul kata-kata-Mu, Tuanku. “Itu sebabnya Engkau bekerja keras sekali sejak zaman dahulukala lagi untuk cuba menaikkan roh bangsa orang di Bumi. Kami juga cuba pada masa ini untuk membantu misi-Mu, usaha mulia-Mu.” Terima kasih. Terima kasih, Tuan. Terima kasih, Tuanku Raja Clay. Ya, aku juga amat berterima kasih kepada semua Raja Buddha atas segala berkat, sokongan dan penaikan Mereka. Semoga TUHAN selama-lamanya kurniakan Berkat dan Rahmat tak berhujung kepada Engkau, semua Raja Buddha dan semua orang di bawah bimbingan dan ajaran Mereka. Amin. Raja juga bertitah, “Amin.” Photo Caption: “Mari Berehat di RUMAHKU”











