Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kadangkala apabila kita pergi bantu orang dalam kesusahan, sesetengah kerajaan menuduh kita cuba ‘menangkap’ orang untuk masuki kumpulan saya dan memaksa mereka muncul di Supreme Master Television. Buat apa? Meskipun mereka dengan berat hati muncul di televisyen saya disebabkan kata-kata saya, saya memaksa mereka atau memikat mereka untuk lakukannya, maka itu baik untuk mereka juga. Mereka akan mendapat pahala yang sangat besar kerana mereka tidak buat apa-apa yang buruk, tiada contoh buruk daripada mereka di televisyen kita, hanya segala perkara baik.Jadi mengapa mana-mana kerajaan malah menuduh saya gunakan wang untuk memberi sedekah bagi mendapatkan orang di televisyen? Ini memang tak masuk akal, IQ yang sangat rendah. Minta maaf, saya perlu kata. Orang-orang ini memburukkan nama kerajaan. Mereka tak harus memegang jawatan yang diamanahkan kerana mengatakan perkara sebegini, benar-benar memburukkan nama kerajaan. Kerajaan pun tak nak mengatakannya. Maksud saya kerajaan pusat, pemimpin kerajaan takkan mahu orang, pegawai atau kakitangan mereka menuduh orang atas apa-apa seperti itu, malah salah tuduh. Mana dapat saya memaksa orang yang tidak dikenali supaya muncul di TV? Bagaimana? Saya tiada di sana pun.Orang kami sendiri pun, anak murid Tuhan saya, sesetengah daripada mereka tak suka muncul di TV. Mereka malu-malu, segan-silu atau atas sesuatu sebab seperti mereka dlm syarikat perniagaan, mereka ialah nama besar dlm masyarakat atau bekerja untuk kerajaan. Mereka tak nak menunjukkan muka. Maka kami tak memaksa mereka. Mereka semua ialah sukarelawan. Mereka mohon kpd kami secara sukarela untuk biar mereka muncil di TV. Bukanlah mereka semua saya terima pun disebabkan karma buruk mereka atau kerana mereka tak cukup layak, seperti pertuturan tidak jelas atau gerak isyarat tidak sesuai, misalnya macam itu. Jadi bukanlah semua orang boleh muncul di Supreme Master Television kami untuk jadi juruacara atau buat sebarang jenis kerja yang berkaitan dengan itu. Jika mereka tidak betul-betul mematuhi rukun, maka saya takkan benarkan mereka hadiri meditasi berkumpulan pun.Saya beritahu anda secara jujur, jika saya ada bukti mereka memudaratkan anak murid lain atau memudaratkan orang lain di luar persatuan saya, saya malah akan beritahu kerajaan supaya mereka akan berhenti memudaratkan orang lain. Jadi bukanlah kami ambil banyak orang masuk supaya kami ada banyak orang. Tidak, tidak, anda tahu akan semua itu. Anak murid sebenar saya, selama berdekad-dekad sejak permulaan misi saya, sudah tahu akan itu. Mana-mana kerajaan boleh menemu bual mana-mana anak murid saya tanpa saya tahu dan tanya mereka sama ada segalanya yang saya beritahu hari ini dan sentiasanya adalah benar atau tidak. Saya boleh jamin semuanya benar kerana semua orang dalam persatuan saya, anak murid Tuhan saya, semuanya tahu akan itu. Mereka juga tahu bahawa sesetengah kononnya anak murid tak dibenarkan untuk hadiri meditasi berkumpulan kecuali mereka bertaubat dengan ikhlas dan menebus segala perbuatan buruk mereka.Trần Tâm atau Rumaji, atau apa-apa saja – dia ada begitu banyak nama – ialah salah satu daripada mereka yang dihalau keluar daripada kumpulan spiritual saya banyak dekad yang lalu kerana tidak hormati rukun, melanggar rukun dan buat perbuatan jahat mengikut agama Buddha pun, bukan peraturan saya saja. Sesiapa yang memudaratkan orang lain dengan sebarang cara atau memalsukan sesuatu, seperti berpura-pura sebagai orang baik atau biksu tetapi berbuat jahat, maka dia akan dihalau keluar daripada persatuan saya dan perlindungan saya juga. Tetapi saya ingat itu saja, hingga baru-baru ini, beberapa bulan yang lalu saja, saya tahu bahawa dia masih di sana dan menjadi ulat di dalam epal untuk merosakkan epal. Selepas saya tahu, saya menulis surat kepada dia tetapi dia tidak membalas. Kononnya pembantunya membalas surat saya. Barangkali itu pembantu yang merupakan biksu yang rapat. Itu apa yang mereka beritahu saya, ‘pembantu rapat’. Agaknya dia bantunya sehingga Trần Tâm merogol dia. Saya minta maaf atas segala bahasa kasar ini. Tapi apa lagi yang boleh saya katakan? Saya tak dapat muliakan perkataan itu atau gunakan perkataan lain kerana tidak sesuai.Di Syurga, kita tiada sebarang rukun kerana orang akan lakukannya secara automatik, segala perkara baik kerana roh mereka akan sudah bersih dan mereka tahu akan segalanya. Mereka hanya amalkan kesucian dari segi rohani dan badan, dengan apa-apa saja badan mereka di domain itu, alam itu.Kita ada banyak badan. Di domain fizikal ini, kita mesti ada badan fizikal, tetapi di Alam Astral, kita ada badan Astral. Di Alam Sebab Akibat, kita ada badan Sebab Akibat, badan Alam Kedua. Di Alam Brahma, kita ada badan Brahma.Apabila kita di Syurga yang lebih tinggi, hanya bahagian Astral yang lebih tinggi pun, badan Sebab Akibat atau badan Brahma, kita tidak buat sebarang perkara jahat kerana jika kita buat begitu, kita akan dihalau keluar dengan serta-merta ke peringkat yang lebih rendah atau pergi ke neraka. Tapi di alam yang lebih tinggi itu, kita tak berfikir nak membuat apa-apa yang jahat. Tiada sesiapa yang buat apa-apa yang jahat di sana. Semua orang akan buat perkara baik. Semua orang akan jalankan amalan spiritual jika mereka ada Guru baik yang terus mengajar mereka. Tetapi sesetengah orang, walaupun di Syurga yang lebih tinggi atau Syurga Brahma, tiada Guru untuk mengajar mereka. Jadi selepas karma baik berakhir, mereka perlu kembali ke mana-mana saja yang arus karma bawa mereka pada masa itu.Karma adalah seperti, kita boleh menyamakannya dgn sungai. Ada kawasan sungai yang tersekat sikit, ada kawasan yang mengalir dgn lancar, ada kawasan yang sempit, ada kawasan bawah tanah yang tersembunyi, ada bahagian yang keluar sebagai tasik. Jadi mengikut di mana mereka di peringkat arus karma itu, mereka akan menjadi itu. Mereka boleh menjadi manusia semula, baik, kaya dan terkenal, atau biasa, sederhana, kelas pertengahan, atau manusia miskin, atau manusia yang menderita atau manusia yang sakit, manusia yang cacat dan lain-lain, segala jenis kategori. Atau mereka malah boleh menjadi orang-haiwan yang buruk atau baik, jenis-jenis penderitaan yang berlainan, atau mereka boleh pergi terus ke neraka juga, mengikut perbuatan mereka, baik atau buruk dalam hayat lampau. Mereka akan menerima itu apabila telah habiskan karma baik di Syurga yang lebih tinggi.Raja sesetengah Syurga pun alami nasib yang sama ini. Apabila karma baik telah berakhir, mereka akan perlu lahir semula di peringkat yang berlainan mengikut karma mereka. Sebab itulah Raja-raja Syurga sentiasa memuja Buddha, mana-mana Buddha yg datang ke Bumi, kerana Bumi lebih dekat dengan Syurga-syurga ini. Mereka tak dapat melepasi Syurga Peringkat Ketiga untuk menjadi bebas selama-lamanya, di peringkat yang lebih rendah pun, seperti Peringkat Keempat. Mereka tak dapat pergi ke sana. Jadi jika mana-mana Buddha muncul di Bumi, mereka memuja Mereka. Mereka datang beri hormat kpd Mereka. Mereka mengikut Buddha untuk lihat dan dengar apabila Mereka bersuluk atau berkhutbah di mana-mana. Mereka meminta Buddha supaya mengajar mereka agar mereka dapat menaikkan status mereka atau bersihkan karma mereka.Jadi selepas pahala menjadi raja telah habis pun, mereka tak perlu pergi ke peringkat yang lebih rendah atau neraka. Mereka boleh terus menjadi anak murid Buddha. Ke mana-mana pun Buddha pergi di semua Syurga, mereka boleh hadiri khutbah Buddha yang mengajar di Syurga itu, Syurga peringkat yang lebih rendah, tetapi mereka terus memperbaik diri dan pergi ke peringkat Syurga yang lebih tinggi. Maaf. Saya tak rasa begitu selesa, terlalu banyak karma.Raja-raja Syurga pun memuja Buddha apabila mereka mengetahui mana-mana Buddha muncul, dan jika mereka dibenarkan untuk mengetahuinya, mereka akan datang. Mereka akan datang ke mana-mana saja boleh.Dari Syurga pergi ke Bumi adalah lebih senang. Dari Peringkat Brahma pergi ke Bumi adalah lebih senang bagi mereka menjelma pada bila-bila saja untuk jangka pendek, dah tentu. Jika Buddha berkhutbah, maka Buddha pada masa itu ada Kuasa yang amat besar dan terbuka kpd semua makhluk, jadi syaitan, hantu pun boleh datang dengar juga jika mereka bukan jenis yang dahsyat dan bekerja untuk maya. Maka mereka boleh datang dengar khutbah fizikal Buddha di Bumi kerana lebih senang bagi mereka turun ke sini. Tetapi mereka tak dapat pergi ke peringkat yang lebih tinggi utk berjumpadgn Buddha. Jika Buddha, contohnya, berkhutbah di Peringkat Keempat kepada Makhluk Peringkat Keempat atau Makhluk Peringkat Kelima di sana, maka orang dari Peringkat Ketiga, Peringkat Brahma hingga ke Peringkat Astral atau peringkat manusia tak dapat naik ke atas untuk dengar kecuali mereka ialah Santo yang lebih tinggi, dah tentu, atau anak murid Tuhan, anak murid Tuhan peringkat tinggi Guru itu. Maka dah tentu, mereka malah dapat pergi ke peringkat yang lebih tinggi daripada Peringkat Kelima untuk dengar ajaran Guru mereka tetapi mereka juga perlu rajin beramal kerana di peringkat Syurga yang lebih rendah, Buddha tak begitu kerap muncul, sama seperti Buddha tak begitu kerap muncul di Bumi dan tidak senang dikenal. Sebab itulah banyak manusia tidak mengenal Nabi Isa, Buddha, Guru Nanak atau Nabi Muhammad, moga-moga Tuhan beri kesejahteraan ke atas-Nya, ke atas semua Guru. Mereka tidak mengenal Mereka.Photo Caption: Suka Mewarnakan Kecantikan di Sekitar