Excerpts from a Repentance Letter from Our Association Member Who Helped Trần Tâm Sell Fake S.M. Celestial Jewelry: NAMO MAHAGURU CHING HAI SURAT TAUBAT MAHAGURU CHING HAI yang dikasihi Nama saya: (*****) Hari ini, saya bertaubat secara ikhlas kepada Guru. Saya ingin menyatakan seluruh situasinya seperti berikut. Saya sumpah semuanya yang saya tulis adalah benar. Tolonglah, GURU, selamatkan saya. Pada sekitar Jun 2022, sekumpulan enam orang yang memakai jubah kelabu, kepala bercukur – lima daripada mereka menunjukkan rasa hormat kepada satu orang yang mereka panggil sbg santo Trần swan – memperkenalkan diri sebagai saudara seguru dan berkenalan dengan saya sejak itu. (Mungkin sudah lama mereka mengikut saya di Facebook kerana saya sering buat perjalanan dan ada hubungan dengan banyak saudara seguru.)Satu hingga dua bulan selepas pertemuan pertama, mereka hantar kepada saya foto kilang (palsu) yang mengeluarkan Barang Kemas Firdausi (palsu). Ada seorang wanita yang kepala bercukur dalam kumpulan itu (mukanya saya ingat dengan jelas sekali). Kumpulan itu dedahkan kepada saya bahawa kilang mereka ialah kilang utama yang membekali dua kumpulan operasi di Kaohsiung dan Taipei. Mereka telah menjalankan urus niaga dengan saya sejak dua tahun lalu melalui Line dan WhatsApp (dgn gunakan banyak nombor berlainan). Saya sangat bangga dengan kerja ini dan menjadi tersesat dalam kegelapan, percaya bahawa saya bekerja untuk Guru. Mengenai urus niaga barangan kemas, seseorang yang bernama Thiên datang untuk mengutip wang tunai. Mereka sebut bahawa di Taiwan (Formosa), pengantin perempuan Âu Lạc (Vietnam) yang berkahwin dengan lelaki Taiwan (Formosa) akan bayar wang tunai kpd mereka. […]Dari Julai 2022 hingga sekarang, saya telah memperkenalkan dan memproses pesanan dari negara-negara termasuk Amerika, Australia, Âu Lạc (Vietnam) dan Perancis. Pada masa itu, saya membuat pesanan barangan kemas dan mengedarkannya mengikut senarai harga yang disediakan oleh orang-orang ini. Saya gunakan senarai harga mereka untuk semua urus niaga. […] (Mereka memanipulasikan saya supaya saya tidak dapat menyedari bahawa penilaian saya kabur, jadi saya percaya bahawa mereka bekerja dengan Guru secara langsung.) […] Saya berlutut di depan GURU, minta GURU supaya selamatkan saya, selamatkan roh saya. Saya sedar akan kesalahan saya. Terima kasih atas BERKAT GURU. Saya berterima kasih atas BERKAT SYURGA GURU. Dengan penuh hormat, (*****) dari Âu Lạc (Vietnam), 24 Oktober 2024Sekarang kita ada kata hati daripada Gabrielle di Perancis: Di Perancis, seorang saudara Âu Lạc (Vietnam) datang ke restoran vegan seorang anak murid untuk perkenalkan kepada kami barangan kemas yang dikatakan direka bentuk oleh Guru. Apabila saudara itu keluarkan semua barang kemas yang meniru Barangan Kemas Firdausi S.M. Guru, saya ada tanggapan bahawa itu barangan kemas palsu. Suara batin beritahu saya bahawa itu palsu. Tambahan pula, suara itu beritahu saya bahawa saudara ini mendapat komisen yang sangat tinggi daripada ini. Saya tahu bahawa saudara itu miliki kuasa sihir gelap yang membuat orang mematuhi arahannya. Walaupun saya tahu akan seluruh kebenaran tentang dia, saya tetap membelinya.Apabila pulang ke rumah, saya ambil gambar barang kemas itu dan ternampak imej syaitan di dalamnya. Ketika bermeditasi, saya nampak seorang biksu, seorang wanita berusia 30 hingga 40 tahun dan sekumpulan lelaki muda datang menyerang saya. Mereka merancang untuk membasuh otak saya. Sebahagian daripada kumpulan ini ialah manusia yg dapat keluarkan roh mereka untuk memudaratkan manusia, dan sebahagian lagi ialah syaitan yang dimusnahkan oleh Tuhan. Sekarang hanya biksu itu yang tertinggal. Jadi saya berdoa kpd Guru Tim Qo Tu dan Tuhan Yang Maha Berkuasa untuk perlindungan. Terima kasih kepada Guru kita dan semua Makhluk di Syurga kerana melindungi saya. Gabrielle dari Perancis
Kemudian Trần Tâm curi wang jahat itu untuk pergi berbuat amal atau memaksa orang buka restoran dan bekerja untuk dia.Maklumat berikut diberikan oleh mangsa Trần Tâm tentang cara Trần Tâm mendapatkan wang:- Minta derma amal: Trần Tâm menyerukan derma drpd pengikutnya di Âu Lạc (Vietnam), mendakwa bahawa itu untuk tujuan amal.- Menjual patung Trần Tâm: Patung Trần Tâm dibuat di Âu Lạc (Vietnam) dengan kos sekitar seratus ribu VND (~4 USD) tapi dijualnya pada harga berpuluh-puluh juta hingga lebih seratus juta VND (~3,939 USD).- Pendapatan daripada restoran vegetarian: Beberapa buah restoran menjadi sumber pendapatan Trần Tâm. Keuntungannya dihantar kepada dia. Tempat-tempat ini kadangkala juga mengadakan ‘upacara inisiasi’ untuk sekumpulan kecil orang.- Yuran untuk pentahbisan: Sesiapa yang ingin ditahbiskan mesti membayar yuran. Mereka dikehendaki menghadiri tujuh suluk bersama dia dalam masa setahun utk menjadi layak. Sewaktu mendaftar untuk pentahbisan, mereka mesti bayar 7 juta VND (~276 USD).- Apabila Trần Tâm sendiri memasak makanan dan jualnya, harganya menaik secara mendadak – dari berpuluh-puluh ribu atau 100,000 VND ke beberapa juta VND per masakan.Selain itu, seorang mangsa aniaya berkongsi bahawa Trần Tâm menjalani gaya hidup yang sangat mewah. Contohnya:- Trần Tâm berikan kereta Lexus kepada pengikutnya yang ditahbiskan manakala dia sendiri memandu Hummer.- Semua pakaiannya berjenama terkenal, dan dia beli jam tangan yang mahal tanpa melihat harganya pun.- Dia miliki koleksi jam tangan mewah yang disimpan di dalam almari pakaian khas.
Kemudian dia gunakan wang yang dicuri itu – mungkin bukan hanya daripada saya, daripada semua pengikut yang lain yang malah terpaksa menjual rumah mereka untuk menawarkan wang kepada dia – gunakan semua barang curi, wang curi dan rompakan hartanah orang yang diperoleh dengan titik peluh ini, dan pergi berkawan dengan pegawai kerajaan, datuk bandar dan pegawai kerajaan di Âu Lạc (Vietnam) juga. Saya baca itu di internet bahawa dia dipuji dan dialu-alukan dengan penuh kebesaran dan permaidani merah.Saya tertanya-tanya mengapa kerajaan tidak meninjau kehidupan peribadinya dan percayai mangsa yang datang kepada mereka untuk perlindungan dan keadilan, tetapi kelihatan macam tak jadi. Agaknya mangsa-mangsa ini datang ke pintu yang salah, ke pintu pihak berkuasa yang tak berapa pedulikan itu, atau kpd mereka yang telah dimanipulasi oleh Kuasa Syaitan melalui Trần Tâm. Ini tak sentiasanya berlaku di Âu Lạc (Vietnam) atau Thailand saja tetapi berlaku di negara-negara lain juga, mana-mana saja dia menjejakkan kaki. Oleh sebab dia pergi ke banyak negara, menyebabkan kekacauan dan tenaga perang di merata tempat, jadi Âu Lạc (Vietnam) – terutama Âu Lạc (Vietnam), kerana dia berada di sana paling lama – jadi Âu Lạc (Vietnam) alami banyak bencana baru-baru ini.Saya tiada kuasa sekular. Saya tiada pelindung. Saya tiada pengawal peribadi pun. Saya tiada senapang. Saya tiada apa-apa pun untuk hal itu. Undang-undang adalah dalam tangan kerajaan. Saya hanya boleh bantu dgn sesuatu cara tetapi dunia fizikal perlu diuruskan dengan cara fizikal, dengan kuasa fizikal seperti kuasa sekular, kuasa kerajaan, kuasa polis, kuasa keselamatan. Contohnya, Presiden Trump ditembak dan Kuasa tak nampak dapat menolak peluru melepasi kepala-Nya supaya ia hanya cederakan telinga-Nya. Hanya beberapa milimeter, Beliau akan mati. Anda nampak tak perbezaannya? Kuasa tak nampak dapat melakukan itu. Atau seperti dalam peperangan di Ukraine (Ureign), banyak roket Rusia hilang lenyap. Tetapi ia tak sentiasa dapat dielakkan sepenuhnya kecuali manusia melakukannya. Manusia perlu sedar dan wujudkan tenaga yang lebih baik, jadi lebih senang untuk Kuasa Tuhan tak nampak membantu dengan lebih efisien. Kerana karma dunia ada kuasa yang amat besar juga, dan dua itu, kuasa baik dan jahat bertarung untuk menang. Itu sebabnya.Jadi kuasa negatif, kuasa maya, cuba sedaya upaya, dah tentu, untuk melawan Kuasa Buddha atau Kuasa Syurga. Kita panggilnya Kuasa Tuhan atau Kuasa Syurga. Jadi bukan senang untuk Kuasa Tuhan atau Syurga sentiasa menang. Jadi sekarang anda faham. Jadi kita bangsa manusia di sini perlu berubah.Maaf. Cuaca lebih sejuk di kawasan hutan saya. Suara saya menjadi kurang merdu sikit. Saya harap anda dapat dengar dgn jelas kerana buat masa ini saya ada… telinga saya tersumbat sikit. Saya tak dapat menilai suara saya dengan betul tetapi saya rasa anda dapat dengar. Saya cuma harap suara saya cukup jelas bagi anda. Tidak semerdu yang saya mahukan tetapi ia cukup lunak, saya harap.Photo Caption: MUSIM SEJUK DALAM HIDUP AKAN BERLALU