Excerpt from “‘I Went To Hell For 23 Minutes...’ One Man’s Shocking Experience” from Reverend Pastor Vlad Savchuk’s YouTube channel - Oct. 20, 2023, Vlad Savchuk: Boleh kamu gambarkan pengalaman awal itu, bawa kami melalui hari itu, malam itu sewaktu kamu alami pengalaman itu apabila Tuhan berikan visi itu kepada kamu?Bill Wiese: Kami pergi ke pertemuan doa yang kami hadiri setiap malam Ahad. Pulang daripada pertemuan doa ini dan masuk tidur Saya bangun pada pukul 3 pagi hanya untuk dapatkan segelas air. Tiba-tiba sementara saya sedang berjalan melalui ruang tamu, sesuatu menyambar saya dan menarik saya keluar dari badan saya. Saya nampak badan saya jatuh ke atas lantai. Saya mula jatuh ke bawah terowong yang panjang ini dan terasa semakin panas. Kemudian saya mendarat di atas lantai batu sebenar di dalam sel penjara di neraka. Dinding, batang batu yang kasar. Penjara yang comot, busuk, kotor tetapi seperti kurungan bawah tanah. Banyak rangkap berkata tentang sel penjara di neraka. Vlad, saya jaga dan sedar sepenuhnya. Saya seperti saya di sini sekarang. Saya tertanya-tanya, bagaimana saya sampai ke sini? Mengapa? Ia tidak dijelaskan sehingga perjalanan balik tetapi perkara pertama yang saya dapati ialah kepanasan yang tinggi. Ia seperti relau bagas. Saya tertanya-tanya, mana boleh saya hidup dalam kepanasan tak tertahan ini?Saya nak bangun dan berlari keluar dari sel penjara ini tetapi saya dapati saya tiada sebarang kekuatan fizikal. Saya berfikir, apa yang tak kena dengan badan saya? Jika kamu berasa lemah akibat selesema, itu seribu kali lebih teruk daripada itu. Sebarang pergerakan memerlukan usaha yang amat besar. Tetapi Hikayat Hawari 17:28, “Dalam Dia kita hidup, bergerak dan wujud.” Pergerakan pun datang daripada Tuhan. Itu bukan automatik. (Wau!)Saya mendongak ke atas. Saya nampak dua syaitan ini di dlm sel, berupa reptilia. Benjol dan sisik di seluruh badan mereka. Rahang yang besar, mata yg cengkung, kuku sepanjang kira-kira satu kaki. Dua yang khusus ini setinggi kira-kira 12 atau 13 kaki (3.6 atau 4 meter). Itu tidak dibesar-besarkan. Mereka mundar-mandir di dalam sel seperti haiwan dalam sangkar yg garang. Mereka ada perilaku yang paling ganas. Mereka mengkufuri dan menyumpah Tuhan. Kita tahu bahawa kata-kata kufur datang dari alam syaitan. Tetapi mereka arahkan kebencian kepada Tuhan ini kepada saya. Saya tertanya-tanya mengapa, apa yg telah saya buat terhadap mereka? Tetapi satu syaitan angkat saya ke atas dan baling saya ke dinding sel penjara ini. Kekuatan yang amat besar syaitan ada. Saya rebah, terasa seolah-olah setiap tulang di dalam badan saya telah patah.Tetapi saya perlu jelaskan satu perkara. Tuhan jelaskan bahawa Dia menyekat kebanyakan drpd kesakitannya Dia tidak biarkan saya rasai semuanya, hanya jumlah yang kecil supaya saya boleh kisahkan kpd orang. Ini bukan metafora. Ini bukan suatu keadaan minda. Ini kesakitan sebenar yang akan kita rasai di neraka. Satu lagi syaitan di dalam sel ini mengangkat saya ke atas, korek dada saya dengan cakarnya, mengoyakkan daging saya. Sekali lagi, saya berfikir, mana dapat saya hidup menempuh ini? Saya seharusnya dah mati. Tetapi saya dapati saya ada badan. Matthew 10:28 nyatakan, “Takutlah pada Dia yang dapat binasakan roh dan badan di neraka.” Jadi kita ada badan tetapi ia dapat menahan seksaan ini. Tiada darah atau air yang keluar dari luka. Segalanya kering. (Wau!) Tiada satu titis air pun di neraka. Syaitan-syaitan ini langsung tiada belas kasihan terhadap kita. Mereka ada kebencian yang melampau terhadap kita. Jadi kita tidak mendapat manfaat belas kasihan.Lebih kurang pada masa ini, Vlad, suasana menjadi gelap. Saya percaya bahawa ada Kehadiran Tuhan di sana untuk meneranginya supaya saya dapat lihat. Tetapi Dia menarik balik sifat Cahaya-Nya. Ia kembali kepada keadaan biasanya, gelap-gelita. Itu begitu buruk dan jahat. Kelihatan macam ia menembusi setiap sel di dalam badan kita. Kemudian saya dibawa keluar dari sel penjara ini. Saya ditempatkan di sebelah lubang api yang besar, marak ini. Lubang ini seluas lebih kurang satu batu (1.6 kilometer). Saya memahami itu seperti lubang besar dalam tanah yang ada api yang menjulang tinggi ke dalam gua terbuka ini. Saya rasai bahangnya. Saya nampak api. Ini tempat saya dapat lihat orang buat kali pertama. Saya dapat lihat menembusi api dan nampak siluetnya. Ia kelihatan macam rangka tulang manusia. Mereka menjerit sekuat hati, terbakar. Kita tak dapat bezakan lelaki atau wanita, jeritannya begitu kuat. Tetapi Isaiah 57:21 nyatakan, “Tiada ketenangan, firman Tuhan saya kepada orang jahat.”Tiada sebarang jenis ketenangan di neraka. Kebanyakan drpd kita tak pernah lihat orang terbakar. Maksud saya, dahsyatnya melihat itu. Jeritan dan sebagainya, dan syaitan menolak orang masuk ke dalam semula. Mereka langsung tiada kekuatan untuk melawan mereka. Tiada tahap selesa, boleh tahan di neraka. Tahap bahangnya jauh lebih teruk daripada yang dapat minda bayangkan. Kita tak dapat masuk tidur. Mereka tiada rehat, siang dan malam. Ini bermakna tiada rehat daripada seksaan, tiada sebarang jenis rehat juga.Saya berdiri di bawah terowong yang menaik ke atas ini dan ada syaitan-syaitan di sepanjang dinding tepi, dinding gua, sesetengahnya setinggi dua dan tiga kaki (60 dan 90 sentimeter) saja, sesetengahnya setinggi 12 dan 13 kaki (3.6 dan 4 meter), herot-benyot, cacat dan pelik. Ada ular, dan saya berdiri di atas sekumpulan ulat. Saya tak tahu akan ini sebelumnya, tetapi apabila haiwan mati dimakan oleh ulat-ulat, selepas mereka makan dagingnya, ulat-ulat itu mati. Sebab itulah Nabi Isa berkata bahawa ulat tidak mati – Baginda gunakan perkataan ‘ulat’ – kerana daging tak pernah habis dimakan di neraka. Maksud saya, adakah itu cukup memualkan? Kita lapar. Kita tak dapat makan. Kita ada rasa lapar, dahaga. Jadi rasa dahaga yang kita tahan tidak terbayangkan. Kita perlu menahan ini, menyaksikan orang terbakar, syaitan menyerang kita dan sebagainya. Maksud saya, itu di luar sebarang jenis gambaran yang dapat saya berikan.Vlad Savchuk: Adakah kamu sedar bahawa kamu akan balik ke sini dan kamu berada dalam visi, atau Tuhan biar kamu rasai perasaan putus harapan pengalaman ini?Bill Wiese: Tuhan sekatnya daripada minda saya bahawa saya seorang Kristian. Dah 28 tahun saya seorang Kristian pada masa itu tetapi Tuhan sembunyikannya drpd minda saya bahawa saya seorang Kristian kerana jika saya di sana sbg seorang Kristian, saya memang begitu tetapi saya tak tahu, saya akan tahu untuk memuji Tuhan. Dia akan keluarkan saya dari sini. Saya akan mengetahui itu. Tetapi Dia mahu saya mengalami apa yang mereka rasai – perasaan putus harapan. Isaiah 38:18 nyatakan, “Mereka yang turun ke neraka tidak boleh harapkan kebenaran-Mu.” Dan kita tahu Nabi Isa bersabda, “Saya ialah jalan, kebenaran dan hidup.” Mereka tiada harapan untuk Dia kerana dah terlambat. Jadi sebenarnya itu bahagian neraka yang paling teruk. Disebabkan oleh fikiran kita, kita boleh berada di sana selama-lamanya. Di sini kita memikirkan masa sebagai permulaan dan pengakhiran, tetapi di neraka, saya faham ia tidak akan berakhir. Saya takkan dapat melepaskan diri dari tempat ini.Excerpt from “I WAS AT THE GATES OF HELL & JESUS SAVED ME!” by Lisa Sharkey - Dec. 19, 2021: Saya mula jatuh semakin dalam ke dalam kegelapan sementara suasana mula menjadi semakin panas. Kemudian tiba-tiba saya macam mendarat, macam pasir jerlus. Tiba-tiba saya terasa macam mata saya mula melaras seperti apabila kita cuba bangun, kecuali realitinya terasa lebih benar daripada apa yang pernah saya rasai dalam hidup. Perkara pertama yang saya lakukan adalah mendongak ke atas. Apabila saya mendongak, saya ingat saya lihat langit tetapi itu kegelapan sepenuh, hitam sepenuh. Ia benar-benar menyakitkan deria kita, terasa macam damak berapi benar-benar masuk ke dalam mata saya, damak berapi mengenai semua deria saya Semua liang roma saya, setiap serat di dalam diri saya benar-benar terasa begitu sakit dengan hanya lihat dalam kegelapan. Apabila mendarat, saya mula lihat dan menyedari bahawa saya berada di dlm lubang, seperti gua. Terasa macam gua ini hanya ada ketakutan. Ketakutan itu segera terasa macam tak pernah saya rasai sebelumnya, terasa macam tiada kehadiran Tuhan di sana.Sepanjang hidup saya, saya melawan kebimbangan dan serangan panik. Serangan panik paling teruk yang pernah saya alami di Bumi, saya akan mendarabnya dengan sebilion, dan ia berterusan. Ia sentiasa berterusan. Ketakutan itu berterusan. Perasaan putus harapan itu, ya ampun, kita terasa macam kita takkan sesekali keluar lagi. Kita tersangkut, macam kita takkan dapat keluar lagi. Apabila saya mula bertumpu pada di mana saya berada, saya terasa macam saya sejauh kira-kira dua buah padang bola sepak dari situ dan saya masih terasa seperti semut apabila saya mendongak ke atas dan ternampak pintu hitam yang kelihatan macam terbakar. Jadi ia seperti arang batu. Ia begitu, oh buruk, oh buruk! Begitu sukar nak katakannya. Kita tidak menyedari betapa menyeksakannya itu, maksud saya, kita... itu seksaan, dan tiada Kehadiran Tuhan.Meskipun kita tiada Tuhan dalam hidup kita, meskipun kita tidak percaya kepada Tuhan, sekurangnya kita ada Dia di Bumi. Keadaan begitu berbeza apabila kita berada di sana. Meskipun kita tidak percaya kepada Tuhan, roh kita akan tahu bahawa kita berada di neraka, dan saya di neraka. Selain ketakutan, selain putus harapan, selain berasa keseorangan, selain berasa tersangkut, fikiran saya tiba-tiba mula mainkan kembali hidup saya… mainkan kembali setiap dosa yang telah saya buat. Kita sentiasa alaminya lagi, dan ia begitu kuat. Kita alami perasaan itu lagi, perasaan kita.Satu perkara yang paling banyak tertera dalam fikiran saya ialah mama saya. Saya panggil dia mama saya. Dia mama saya. Mama saya seorang pahlawan doa. Dia sentiasa berdoa untuk saya selama ini agar keluar daripada gaya hidup ini dan jauhi dadah. Ketika saya di neraka, saya dapat dengar dia kata, “Oh, Lisa, saya harap kamu akan dengar dan kembali kepada Nabi Isa.” Pada ketika itulah tiba-tiba saya kata, “Saya harap sebelumnya saya dengar.” Tiba-tiba, badan saya terbakar. Roh saya terbakar. Apabila roh saya terbakar, itu jauh lebih panas kerana dulu saya ada masalah mengelar dan membakar diri sendiri kerana saya benci diri sendiri. Saya tahu akan lecur dan sebagainya tetapi tiada apa-apa seperti roh kita terbakar, begitu menyakitkan, macam kita... itu tidak… Kita tak dapat jelaskannya pun.Mustahil untuk menjelaskan seksaan itu, macam saya dapat dengar diri saya menjerit di dalam kepala saya. Fikiran adalah seperti jika kita pasang fon kepala atau apa-apa saja di dalam telinga dan kita perlu menjerit sekuat yang boleh. Itu macam sebilion kali lebih kuat daripada apa yang kita fikirkan. Kita berseorangan dalam fikiran kita. Kita berseorangan dalam dosa kita. Ia dimainkan kembali secara berulangan selain ketakutan, selain putus harapan, selain api, lebih panas daripada yang dapat kita bayangkan. Saya takkan hasratkan neraka bagi musuh paling ketat pun. Itu apa yang saya cuba. Itu sebabnya saya cuba memberitahu dunia ini kerana benar-benar ada neraka dan ia begitu menggerunkan. Saya tidak mahu sesiapa pun pergi.Jika anda tidak percaya kepada Tuhan, oh, tolong minta Nabi Isa supaya masuk ke dalam hati anda utk selamatkan anda. Jika anda tahu akan Tuhan, oh, bertaubatlah sekarang juga. Minta pengampunan. Anda takkan tahu bila anda akan mati. Anda takkan tahu bila Nabi Isa akan datang. Anda takkan tahu. Pada masa itulah, suasana menjadi semakin panas. Saya terasa macam gigi saya berkertak. Ia berkertak dan saya dapat rasa macam gigi saya patah secara berulangan. Rahang kita tak dapat bergerak dan kita menjerit dalam fikiran kita. Tiada air. Kita terasa macam mulut kita kering atau roh kita kering. Roh kita begitu kering. Hanya jika saya ada, hanya jika saya ada setitis air saja pada lidah saya, saya akan berasa lega.Jeritan berterusan. Hanya ada tangisan yang berterusan, kemuraman yang berterusan. Kita memikirkan masa. Kita menangis seperti kesakitan paling teruk yang pernah kita rasai dalam hati, kesakitan emosi, kita menangis dan mengeluh – sebilion kali lebih teruk. Apabila saya kata sebilion kali lebih teruk, saya benar-benar maksudkan sebilion kali lebih teruk drpd sebarang perkara negatif Setiap perkara negatif yang pernah kita rasai sepanjang hidup kita, kita akan rasai di neraka. Kita akan rasainya sebilion kali. Kita akan rasainya selama-lamanya.Sementara saya sedang menjerit, menggertakkan gigi, berharap, ketakutan, perasaan putus harapan, segala-galanya, tiba-tiba, saya berfikir, “Nabi Isa, Nabi Isa, tolonglah saya. Nabi Isa, selamatkanlah saya.” Apabila saya berteriak kepada Nabi Isa, dengan serta-merta saya ditarik keluar dari api itu dan tiba-tiba saya berada di dalam ambulans. Saya perlu beritahu anda, sebabnya saya bercakap tentang testimoni saya adalah kerana saya ialah bukti Rahmat Tuhan yang mengagumkan yang hidup, berjalan, bernafas.
Jika anda ialah anak murid Tuhan saya, maka anda perlu buat apa yang saya suruh atau apa yang semua kitab agama suruh. Anda boleh baca dan mengesahkannya. Jika anda masuk, mendakwa diri sebagai anak murid saya hanya untuk mempergunakannya, kedudukan anda dan sedikit pengetahuan yang anda curi daripada saya untuk keluar menipu orang dan memenuhi cita-cita rakus anda, memuaskan ego anda, maka maya akan buat anda menjadi alat berkesannya. Kemudian anda akan menjadi hamba bawahannya. Anda akan buat apa-apa saja yg disuruhnya. Jika tidak, siaplah anda. Itu sebabnya, seperti Ruma atau Trần Tâm, atau apa-apa saja semua namanya, melakukannya.Photo Caption: Sesetengah Makhluk Mulia BermahkotaPunca Jatuh ke dalam Neraka yang Paling Penting yang Didedahkan Tuhan, Bahagian 6 drpd 11
2024-12-25
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang kita cakap tentang keangkuhan. Orang berfikir mereka pergi ke gereja atau mereka merupakan paderi, ada banyak pengikut dan dihormati oleh masyarakat, dan disebabkan oleh penunjukan luaran mereka, kelihatan macam mrk mengikut Tuhan, hormati Tuhan dan melaksanakan Kehendak Tuhan tetapi mereka tidak. Mereka hanya gunakan kedudukan atau aktiviti luaran dalam bidang agama untuk bercakap besar atau berasa megah, berasa bahawa mereka suci, mereka beriman, mereka baik. Ini ialah orang yang akan ditangkap oleh maya kerana mereka mengenal anda. Mereka dapat baca fikiran anda seperti anda dapat lihat tapak tangan anda, dan mereka akan heret anda ke bawah. Jadi anda ada dua pilihan saja: sertai mereka untuk menjadi syaitan jahat, subhamba maya atau pergi ke neraka.Neraka, anda tak nak mengeja perkataan itu pun kerana itu sesuatu yang paling menggerunkan, di luar sebarang imaginasi anda. Bacalah pengalaman hampir mati orang yang pergi ke neraka dengan karma dan dengan campur tangan suci, hidup semula dan beritahu kita. Atau orang terpilih istimewa dibawa ke neraka oleh Nabi Isa atau Santo agung untuk melihat pemandangan yang mengerikan di sana dan kembali ke dunia ini untuk memberitahu dunia.