Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Wanita yang Tinggi, Bahagian 19 daripada 20

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Seperkara lagi: Saya tak dapat nyatakan dengan tepat bila pandemik atau kejadian dahsyat akan datang kerana manusia berubah juga, sentiasa berubah. Jika, contohnya, kampung itu sepatutnya ada kejadian dahsyat yang berlaku kepada mereka tetapi tiba-tiba mereka berubah atas sesuatu sebab, atau banyak daripada mereka berubah, maka ribut akan melencong dari situ, atau datang kemudiannya jika mereka tidak terus mengekalkan cara mulia.

Ketika saya di Taiwan (Formosa), selama empat tahun berturut-turut, taufan datang tetapi sebelum sampai ke Taiwan (Formosa), ia buat pusing-U atau malah pusing-V dari situ. Ahli sains atau orang Jepun mendapati itu. Mereka rasa orang Taiwan (Formosa) ada kuasa ajaib atau sesuatu. Apa-apa pun, saya hanya nak beri contoh itu untuk anda tahu bahawa meskipun ribut mungkin datang ke kampung anda, namun ia boleh melencong dari situ atau tidak datang.

Excerpt from a heartline from all Taiwanese (Formosan) contact persons of our Supreme Master Ching Hai International Association: 9 Ogos 2021 Laporan kemas kini di Taiwan (Formosa) Guru Yang Paling Prihatin, Kami ingin menzahirkan rasa terima kasih kepada Guru atas jagaan yang berterusan. Taiwan (Formosa) memang diberkati dengan satu demi satu keajaiban. Pada 23 Julai, taufan yang semakin hampir membuat lencongan 90 darjah; dan pada 5 Ogos, satu lagi taufan juga membuat pusingan tajam dan melanda daratan dulu, hanya meninggalkan sedikit hujan. […] Dengan penghargaan dan penghormatan mendalam kami, Semua orang hubung Taiwan (Formosa)

Excerpt from a heartline from a heartline from Hao-Jan in Taiwan (Formosa): Guru Tersayang dan pasukan Supreme Master TV yang berdedikasi,

Baru-baru ini, berita telah dikeluarkan oleh rangkaian Jepun yang paling terkenal NHK (Perbadanan Penyiaran Jepun) di mana suatu fenomena yang luar biasa dipaparkan: Setiap taufan yang menghampiri Taiwan (Formosa) dalam masa tiga tahun ini melencong dari Taiwan (Formosa) seperti yg dapat kita lihat drpd gambar 1. Dari Jun hingga Disember, musim taufan, setiap taufan melencong dari Taiwan (Formosa) selama tiga tahun berturut-turut, jadi NHK letak tiga tanda tanya (?) pada Taiwan (Formosa). Taufan pada 4 September 2022 adalah lagi dramatik seperti yang ditunjukkan dalam gambar 2. Kelihatan macam seseorang menekan brek dengan kuat dan ia buat pusingan-V yang tajam, bukan pusingan-U yang lancar. Yang terbaharu pada 13 September dalam gambar 3 juga mengikut jejak langkah nenek moyangnya.

Banyak orang Jepun hairan dan ingin tahu tentang perubahan luar biasa ini. Ada banyak balasan dan penjelasan kepada berita ini. Sesetengah orang kata, “Taiwan (Formosa) ada pergunungan tengah, taufan tak berani mencabarnya.” “Taiwan (Formosa) mungkin gunakan teknologi tinggi utk mencegah taufan.” Seseorang malah bergurau, “Ia dipanggil Tau-fan kerana ia ditadbir dan diarah oleh Tai-wan.”

Meskipun ada segala penaakulan saintifik dan kata-kata lucu ini, kita semua tahu bahawa ini disebabkan oleh kehadiran Guru serta Kasih Sayang & pengorbanan besar-Nya. Kita tak dapat menzahirkan rasa terima kasih dengan secukupnya kepada Guru Tersayang kita. Semoga Tuhan sentiasa melindungi dan menenangkan Guru di dunia yang bergolak ini. Semoga Guru juga nikmati ketenangan seperti yang diberikan-Nya kepada kita. Dengan banyak kasih sayang dan rasa terima kasih, Hao-Jan dari Taiwan (Formosa)

Buat masa ini, saya tak dapat berada di Taiwan (Formosa) lagi kerana sekarang saya ada kerja lain untuk dibuat di tempat lain dan taufan kadangkala datang menyusahkan mereka. Tetapi jika orang Taiwan (Formosa) ada lebih banyak orang vegan, lebih baik hati, lebih banyak berdoa, memuji Tuhan, memuji Buddha, maka keadaan akan menjadi lebih baik. Maka saya dapat lebih banyak berhubung dgn mereka dan lebih banyak bantu mrk. Tetapi manusia sangat sukar. Hari ini, pada tempoh dunia kita ini, sangat sukar untuk memberitahu manusia apa yang nak dibuat kerana mereka rasa mereka ialah Tuhan. Mereka ada segala-galanya. Apa-apa yang mereka mahukan, mereka boleh mendapatnya dgn hanya beberapa dolar, beberapa ratus dolar.

Orang Taiwan (Formosa) dah sangat baik tetapi tidak cukup kuat. Di Taiwan (Formosa), mereka memperoleh banyak wang, ada kerajaan yang sangat baik, kerajaan yang bersih dan ada sistem yang baik. Mereka ada undang-undang yang baik. Mereka sangat banyak menjaga rakyat. Jadi orang Taiwan (Formosa) juga rasa macam tiada apa-apa yang nak dirisaukan dan nikmati kehidupan mereka atau lupa akan Tuhan, lupa akan Buddha. Itu masalahnya. Jadi ini untuk orang Taiwan (Formosan): Sedarlah, okey? Tolong sedar. Tuhan dan Syurga tak dapat terus melindungi anda jika anda menuju ke arah yang bertentangan.

Ketika saya di Taiwan (Formosa), anda semua… Maksud saya, sekurangnya kononnya anak murid saya datang bermeditasi. Kami bermeditasi pada setiap hujung minggu dan kadangkala lebih lama, banyak hari, dan orang lebih banyak diingatkan tentang kebaikan, amalan spiritual selama empat tahun yang saya kembali baru-baru ini. Saya tidak bercakap tentang masa saya tinggal selama banyak tahun di sana Tidak, hanya yang baru-baru ini saja.

Selepas saya tinggalkan sana selama sembilan tahun, saya tak dapat kembali ke Taiwan (Formosa) kerana mereka memfitnah saya dalam banyak akhbar dan video. Mereka tak tahu apa-apa tentangnya. Mereka hanya dengar kata-kata satu atau dua orang jahat yang pergi berkata buruk tentang saya. Mereka tidak memeriksanya pun. Mereka tidak menyiasat atau apa-apa pun, tidak tanya kami pun, tulis saja segala perkara buruk tentang saya. Televisyen pun buat begitu bersama mereka juga. Kemudiannya sesetengah orang datang ke ashram kami dan gua persendirian saya untuk menyiasat. Kemudian lepas mengetahui segalanya yang jelas, perincian sebenar, mereka memohon maaf dan menulis atau memaparkannya di TV mereka. Mereka malah berkata ‘Namo Ching Hai Wu Shang Shih’, BERMAKSUD NAMO MAHAGURU CHING HAI.

Tetapi karma itu begitu besar sehingga setiap kali saya cuba kembali ke Taiwan (Formosa), saya tak dapat, malah seluruh pesawat perlu dibatalkan. Seluruh pesawat! Bukan hanya satu, dua tempat duduk saja yang dibatalkan, supaya saya tak dapat pergi. Saya hilang separuh drpd semua wang yg dibelanja utk pengaturan pesawat itu. Saya malah memastikan bahawa semua orang-anjing saya dan semua orang sudah masuk ke dalam pesawat itu. Kami terpaksa batalkannya. Ini hanya salah satu contoh. Contoh lain, saya dah lupa, tak nak ingat!

Tetapi semasa saya boleh kembali ke Taiwan (Formosa), saya tinggal di sana selama empat tahun – empat tahun secara berturut-turut, langsung tiada taufan. Pada tahun saya tinggalkan sana, taufan datang dan terus datang hingga sekarang. Hanya satu kali ia melencong dari situ. Saya rasa tahun lalu atau sesuatu. Agaknya pada masa itu, sesuatu berubah. Oleh sebab peperangan mengancam di pintu mereka, jadi mungkin orang menjadi lebih ikhlas pada masa itu. Saya tidak maksudkan hanya kononnya anak murid Tuhan tetapi orang biasa di luar juga lebih banyak beralih kepada Buddha, kepercayaan mereka dan Tuhan. Jadi pada tahun itu, taufan pergi dari situ, hanya satu kali saja. Saya tak pasti tentang tahun depan.

Semua ini fakta. Anda boleh tinjaunya di internet atau jabatan cuaca. Saya tidak mereka-rekanya. Pada masa itu, semua kononnya anak murid saya banyak memuji saya dan berkata, “Oh! Guru telah pulang, itu sebabnya.” Tetapi kami tak banyak berkata kepada sesiapa pun, hanya anak murid tahu akannya. Tetapi bukan semua orang tahu dan berfikir macam itu, orang Jepun pun.

Saya ceritakan kisah ini kpd anda untuk jelaskan bahawa tak begitu senang untuk nyatakan dengan tepat bila bencana akan betul-betul datang ke mana kerana hati manusia boleh berubah dan kesucian manusia boleh berubah.

Media report from The Economist – Oct. 30, 2021: Tiga darjah (Celsius). Itu boleh perbezaan antara salji dan hujan salji, memakai jaket atau tidak. Dalam kehidupan harian mungkin itu tak kelihatan ketara tetapi tiga darjah pemanasan global akan membawa bencana.

Excerpt from “Can We Cool the Planet?” (2020), Narrator: Adakah peningkatan suhu memacu ekosistem Bumi melepasi tahap tidak dapat kembali?

Jane Long: Kita tidak dapat kembali, tiada jalan ke belakang.

Steve Pacala: Setiap tahun, kerosakan lebih teruk.

Media report from The Economist – Apr. 13, 2023, Sandra Bookman: Salji yang turun di barat New York diukur dengan unit kaki, bukan inci...

Reporter: Salah satu ribut paling kuat yang pernah direkodkan...

Brian Williams: Ribut salji tanpa henti...

Hoda Kotb: Jumlah hujan yang mencatat rekod...

Reporter2: Jumlah hujan yang pecahkan rekod...

Reporter3: Dengan suhu catat rekod UK baharu.

Narrator: Bumi semakin banyak alami cuaca melampau, akibatkan kebinasaan di seluruh dunia, memusnahkan ekosistem, ekonomi dan komuniti.

Dan sebagainya...

Oleh itu, anda dapat minimumkan bencana atau anda dapat hilangkan bencana sepenuhnya. Jika anda ada Guru yang kuat, Guru yang berkuasa bersama anda, maka dah tentu itu lagi baik dan lagi senang untuk anda. Tetapi oleh sebab anda tak tahu dengan pasti, jadi anda jagalah diri. Seperti yang saya dah beritahu anda, letak makanan di rumah, makanan yang tak perlu dimasak, makan saja untuk kecemasan, seperti jumlah utk 10 hari, dua minggu. Kerana dalam keadaan itu, apabila bencana melanda, anda tak dapat memasak pun. Anda tiada tenaga elektrik, dan saya tak tahu sama ada gas akan berfungsi. Jadi lebih baik beli makanan yang boleh dimakan dengan begitu saja. Mi segera pun, anda boleh gunakan sedikit air untuk memasak, atau boleh makan secara kering. Saya makan secara kering apabila saya tiada kemudahan untuk memasak, ketika saya sedang melarikan diri atau semasa saya tidak mahu jiran tahu bahawa saya berada di sana, misalnya macam itu. Rasanya okey. Mi segera okey.

Jadi tak bermakna saya sentiasa dapat memasak bijan dan nasi perang. Sejak saya beritahu anda bahawa saya hanya dapat makan nasi perang dan bijan kadangkala, oleh sebab semua orang tahu dan banyak orang meniru, jadi saya tak dapat makan itu pun. Jadi apa-apa saja. Salad dan buah-buahan sudah baik untuk kita juga. Beras putih, beras perang ada sedikit arsenik ini di dalamnya atau sejumlah bahan arsenik di dalamnya. Begitu menakutkan. Tetapi ada cara untuk memasak bagi mengelakkan itu. Saya ada nampaknya di internet tetapi tak tahu bagaimana untuk mengesannya kembali kerana saya terlalu sibuk, tak dapat mengesan berita itu. Saya ada kerja lain untuk dibuat pada masa itu. Kemudian setelah rencana itu hilang, saya tak tahu bagaimana mendapatkan kembali itu. Saya bukan orang berpengetahuan teknologi tinggi. Saya hanya tahu sesetengah perkara seperti bagaimana buka Supreme Master Television, bagaimana tutupnya.

Sekarang saya belajar untuk buka sistem 40-kuadrilion supaya kita ada banyak skrin yang berikan jauh lebih banyak berkat kepada dunia melalui skrin Supreme Master Television. Jika, ya Tuhan, jika seluruh planet amalkan diet vegan dan buka ini, maka kita menjadi syurga, takkan ada peperangan lagi, tiada apa-apa yang buruk. Tiada sesiapa yang akan kelaparan. Tiada bencana yang akan berani melawat planet kita.

Saya bercakap benar tetapi saya tahu tak banyak drpd anda percayai saya kecuali anak murid, dah tentu. Saya berterima kasih kepada anda atas kepercayaan anda. Saya berterima kasih kepada anda kerana bantu bekerja untuk Supreme Master Television bagi menaikkan dunia kita. Saya berterima kasih kepada anda tanpa penghujungnya. Semoga Tuhan sentiasa melindungi dan membantu anda, menyuburkan anda dari segi rohani dan fizikal. Semoga anda sentiasa meningkat maju, menaik semakin tinggi dalam perjalanan spiritual anda. Itu akan paling menyenangkan saya. Kasihi anda selama-lamanya, nak. Kasihi anda, roh yang cantik. Kasihi anda, orang yang mulia. Kasihi anda, orang penyayang Tuhan.

Photo Caption: Diri yang Cantik dan Unik

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (19/20)
1
2024-11-24
7180 Tontonan
2
2024-11-25
3742 Tontonan
3
2024-11-26
3577 Tontonan
4
2024-11-27
3314 Tontonan
5
2024-11-28
3112 Tontonan
6
2024-11-29
2936 Tontonan
7
2024-11-30
2994 Tontonan
8
2024-12-01
3034 Tontonan
9
2024-12-02
3103 Tontonan
10
2024-12-03
2610 Tontonan
11
2024-12-04
2460 Tontonan
12
2024-12-05
2373 Tontonan
13
2024-12-06
2397 Tontonan
14
2024-12-07
2281 Tontonan
15
2024-12-08
2233 Tontonan
16
2024-12-09
2196 Tontonan
17
2024-12-10
2007 Tontonan
18
2024-12-11
2190 Tontonan
19
2024-12-12
1985 Tontonan
20
2024-12-13
1908 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android