Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Wanita yang Tinggi, Bahagian 13 daripada 20

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sesiapa yang hubungi orang lain untuk tawaran atau sebarang faedah perlu berkongsi karma orang itu. Anda tak tahu apa yang dilakukan oleh pengikut di rumah, atau dalam hati mereka apa yang mereka fikirkan, atau berapa banyak karma buruk yang mereka ada dalam hayat ini atau daripada hayat lampau yang terus melanda. Semua itu anda perlu ingat dan menahannya. Jadi jika anda ialah biksu, biksuni atau paderi, anda perlu benar-benar setiap hari dengan rendah diri bersyukur kpd Tuhan, berterima kasih kepada Buddha atas membantu anda, mengampuni anda, menyokong anda dengan Kuasa Mereka. Jika tidak, manusia saja tak dapat cernakan semua itu.

Di Âu Lạc (Vietnam), ada sebuah kisah yang diceritakan kepada saya oleh seorang biksuni, guru saya ketika beliau menjadi pelarian di Jerman. Saya bekerja di sebuah kem pelarian di ALAC (Pusat Nasihat dan Bantuan Guaman). Ada empat sekeluarga, keluarga beragama Buddha – dua biksu dan dua biksuni. Si suami dan anak lelaki ialah biksu. Si ibu dan anak perempuan pula ialah biksuni, seperti yang diberitahu oleh biksuni yang merupakan si ibu itu. Mereka ialah orang yang menyaksikan sumpah saya di depan mereka. Mrk beritahu saya bhw apa-apa yg saya hasratkan, jika colok tidak melengkung, melingkar ke bawah atau jatuh, abu colok tidak jatuh, maka hasrat saya akan menjadi kenyataan. Hasrat saya adalah benar dan ikhlas. Semua colok berdiri – semuanya terbakar tetapi tiada abu yang jatuh. Sebab itulah selepas saya pergi ke pergunungan Himalaya dan kembali, saya ingin membalas budinya kerana beliau mengajar saya sesuatu tentang Buddha, penganut Buddha dan galakkan saya supaya lebih percayai agama Buddha.

Pada masa itu, saya percayai agama Buddha dan Kristian, jadi memakai salib di depan dada saya. Seorang pekerja Caritas berikannya kpd saya, jadi saya pakainya. Biksuni Buddha ini tak suka saya memakai salib. Mereka mahu saya memakai patung Buddha sebaliknya. Mereka ingin mengheret saya ke dalam agama Buddha dan bukan agama Kristian. Maklumlah, adalah sukar untuk ikut satu agama di dunia ini kerana orang lain ingin mengheret kita ke dalam agma mereka yang lain kerana mereka rasa agama Buddha lebih baik. Seorang lagi pula rasa agama Kristian lebih baik dll. Mereka boleh berlawan selama-lamanya, sekurang-kurangnya secara lisan. Tetapi dalam keluarga saya, bapa saya beragama Kristian, nenek dan ibu saya beragama Buddha. Jadi apa yang saya nak buat? Saya dilahirkan dan dibesarkan dalam kedua-dua tradisi.

Sumpah saya pada masa itu, di depan empat orang biksu, adalah saya rasa kehidupan saya… Saya berkata kepada Buddha di Syurga, “Kehidupanku taklah terlalu buruk sebagai manusia. Aku tahu kehidupan manusia adalah buruk tapi kehidupanku tak terlalu buruk. Jadi tolonglah, jika aku ada apa-apa pahala, tolong pindahkannya kepada orang paling buruk mungkin, tetapi jangan biar aku tahu akannya.” Itu bagaimana semua colok berdiri tegak. Pada masa itu, saya tidak beritahu biksu dan biksuni itu tetapi rasanya saya boleh beritahu sekarang. Saya buat begitu. Apa salahnya? Saat, saya akan tanya sama ada adalah salah memberitahu atau tidak. Tidak, itu sudah berlaku. Saya dah tua sangat dan sudah selama banyak dekad saya buat begitu, jadi saya tak tahu sama ada saya akan mati esok, bekerja begitu keras dan banyak berlari, jadi tak apa. Jika tidak, anda akan adanya dalam fikiran anda sepanjang masa. “Apa yang dikatakannya? Dia bersumpah untuk apa? Mengapa colok itu berdiri tegak dan tiada apa-apa daripada abunya yang jatuh? Apa yang dikatakannya?” Itu akan buat fikiran anda terlalu sibuk.

Jadi itu benar-benar berlaku dalam hidup saya. Sejak itu, ia sentiasa berlaku. Tetapi itu sudah berlaku sebelumnya tanpa saya mengetahuinya. Sama seperti saya sudah pun dilahirkan sebagai Buddha tetapi saya tak dibenarkan untuk mengetahuinya apabila saya dah besar. Saya perlu pergi dapatkannya semula. Selepas saya mengetahuinya, saya tak berani berkata apa-apa lagi kerana saya dapat lihat semua Guru memberitahu orang bahawa Mereka ialah Guru drpd Tuhan, Buddha dan sebagainya, dan jalani kehidupan yg sangat dahsyat, dan tak banyak orang percaya kepada Mereka.

Hanya menjadi Guru biasa, Mahaguru saja pun, saya sudah diserang di merata tempat, apalagi menjadi Buddha Maitreya atau Nabi Isa, Satu-satunya Orang bagi tempoh masa ini yang dapat membantu dunia. Dah tentu, orang takkan mempercayainya. Jika mereka lihat saya, mereka kata, “Apa? Dia hanyalah seorang wanita kecil. Mana boleh dia menjadi Buddha? Wanita tak boleh menjadi Buddha.” Bagaimana jika saya dah jadi Buddha? Oleh itu, saya boleh buat banyak perkara. Saya boleh menjadi wanita atau lelaki mengikut apa paling banyak memberi manfaat kepada manusia. Jadi meskipun anda tak percaya bahawa saya seorang Buddha, tolong jangan katakan apa-apa yang buruk tentang saya. Jika tidak, saya tak dapat bantu anda. Saya bukan cuba mengugut anda. Saya bersumpah kepada Tuhan, Buddha bahawa saya bercakap benar kpd anda. Jika tidak, saya akan dihukum, seperti saya akan hilang selama-lamanya. Apa lagi yang saya nak beritahu anda? Saat, saya akan fikirkannya.

O ya! Saya terlupa bahawa saya nak bercakap tentang Kitab Teratai di mana Manjushri memberitahu seorang penanya bahawa Beliau pergi ke Kerajaan Lautan dan satu makhluk, makhluk air, anak perempuan naga, anak perempuan Raja Naga – biasanya Raja Naga memerintah air. Satu anak perempuan naga telah mendapat makrifat. Dia merupakan Arhat, wajar dipuja. Dia berusia lapan tahun saja. Selepas semua orang yg lain rasa sangsi terhadap Dia, Dia buktikannya.

Tetapi orang-orang yang menyoal Dia dan tanya Manjushri ini sudah berada di peringkat yg lebih tinggi juga, tidak setinggi Arhat atau Buddha tetapi barangkali mereka di peringkat tidak kembali lagi, tidak perlu kembali kepada hidup manusia lagi jika mereka tidak mahu. Mereka sudah tinggi. Jadi apabila Dia buktikannya, mereka dapat lihat Dia apabila Dia menjelmakan diri di negeri lain, kawasan lain, Alam lain dan mendedahkan identiti-Nya sebagai Makhluk yang sangat bermakrifat, mengajar makhluk lain, mengajar makhluk hidup di tanah yang sangat jauh.

Manjushri berkata, “Terdapat anak perempuan Raja Naga Sāgara yang berusia lapan tahun saja. Dia bijak. Fakultinya tajam. Dia juga tahu sangat akan semua fakulti dan perbuatan makhluk hidup. Dia telah memperoleh kuasa ingatan. Dia memelihara semua khazanah rahsia mendalam yang diajarkan oleh Buddha-buddha, masuki meditasi yang dalam dan sangat mampu memahami semua Dharma. “Dia dengan serta-merta memikirkan Bodhi (makrifat) dan mencapai tahap tidak merosot kembali. Dia ada kepetahan tak terhalang dan memikirkan makhluk hidup dengan begitu banyak belas kasihan seolah-olah mrk ialah anak-Nya sendiri. Sifat baik-Nya sempurna. Fikiran dan penjelasan-Nya teliti dan terperinci, pengasih dan berbelas kasihan. Dia berfikiran harmoni dan telah mendapat Bodhi (makrifat).

Bodhisattva Prajñākūṭa berkata, “Saya lihat Tathāgata Shakyamuni yang dengan tidak henti-henti menjalankan amalan yang susah dan ketat selama kalpa-kalpa (eon-eon) yang tidak terukur, mengumpulkan pahala dan sifat baik sementara mencari jalan Bodhi (makrifat). Memerhatikan sangat banyak kosmos, tidak ada satu tempat sekecil biji sawi pun di mana Bodhisattva ini tidak mengorbankan nyawa-Nya demi kebaikan makhluk hidup. Baginda mendapat makrifat penuh hanya selepas ini. Adalah sukar untuk percaya bahawa Budak Perempuan Naga ini akan mendapat makrifat penuh dengan serta-merta.”

Sebelum Dia selesai bercakap, anak perempuan Raja Naga itu tiba-tiba muncul di depan Mereka. Bersujud dengan penuh hormat kepada Buddha, Dia berundur ke satu belah dan melafazkan puisi puji-pujian ini: “Buddha tahu sangat Sifat-sifat baik dan jahat, Dan Dia menerangi sepuluh arah sepenuhnya. Badan Dharma-Nya yg halus dan suci Dikurniai dengan tiga puluh dua tanda; Dengan lapan puluh sifat baik Badan Dharma-Nya dihiasi. Dia dipuja oleh dewa-dewi dan manusia, Dan disanjung naga. Tidak ada makhluk hidup yang tidak beri hormat kepada Dia. Di samping itu, aku akan mendapat makrifat apabila dengar kata-kata-Nya, Itu hanya boleh diketahui oleh Buddha. Aku akan dedahkan ajaran Mahāyāna Dan menyelamatkan makhluk hidup yang menderita.”

Pada masa itu, Śāriputra berkata kepada Budak Perempuan Naga, berkata, “Engkau kata Engkau akan memperoleh Jalan Tertinggi tidak lama lagi. Ini sukar dipercayai. Mengapa begini? Badan perempuan tercemar; ia bukanlah wadah yang sesuai untuk Dharma. Mana boleh Engkau mendapat Makrifat Tertinggi? Jalan Buddha adalah panjang. Seseorang dapat memperolehnya hanya selepas rajin menjalankan amalan yang ketat dan mengamalkan kesempurnaan sepenuhnya selama kalpa-kalpa (eon-eon) yang tidak terukur. Tambahan pula, badan perempuan ada lima halangan. Yang pertama ialah ketakupayaan untuk menjadi Brahma besar. Yang kedua ialah ketakupayaan untuk menjadi Śakra. Yang ketiga ialah ketakupayaan untuk menjadi Māra, dan yang keempat ialah ketakupayaan untuk menjadi Raja Roda Pemutar Dharma (Cakravartin). Yang kelima ialah ketakupayaan untuk menjadi Buddha. Mana dapat Engkau dengan badan perempuan segera menjadi Buddha?”

Kemudian Budak Perempuan Naga menyampaikan kepada Buddha sebiji permata yang berharga sangat banyak kosmos dan Buddha menerimanya. Budak Perempuan Naga berkata kepada Bodhisattva Prajñākūṭa dan Śāriputra mulia, berkata, “Saya menawarkan sebiji permata berharga dan Bhagavat menerimanya. Adakah itu dilakukan dengan cepat atau tidak?” Mereka jawab, berkata, “Ia dilakukan dengan cepat sekali!” Budak Perempuan Naga berkata, “Melalui kuasa transendentalmu, lihatlah saya menjadi Buddha dengan lebih cepat daripada itu.” Kemudian seluruh jemaah di sana nampak Budak Perempuan Naga segera bertukar menjadi bentuk lelaki, menyempurnakan amalan Bodhisattva, pergi ke Alam (Suci) Vimalā di Selatan, duduk di atas bunga teratai berpermata dan mendapat Makrifat Tertinggi, Penuh, menjadi dikurniai dengan tiga puluh dua tanda dan lapan puluh sifat baik serta menjelaskan Dharma sebenar secara universal demi kebaikan semua makhluk hidup di sepuluh arah.

Kemudian Bodhisattva, Śrāvaka, lapan jenis dewa, naga dan sebagainya, manusia dan bukan manusia di dunia Sahā (dunia ini), semuanya nampak di kejauhan Budak Perempuan Naga menjadi Buddha dan mengajarkan Dharma secara universal demi kebaikan manusia dan dewa-dewi dalam jemaah itu. Mereka berasa sangat girang dan beri hormat kepada Dia dari jauh. Apabila mendengar Dharma, bilangan makhluk hidup yang tidak terkira menjadi bermakrifat dan mencapai tahap tidak merosot kembali. Bilangan makhluk hidup yang tidak terkira menerima ramalan tentang mereka capai peringkat Buddha pada masa depan. Alam (Suci) Vimalā bergegar dengan enam cara. Di dunia Sahā (dunia ini), terdapat tiga ribu makhluk hidup yang berhasrat untuk menjadi bermakrifat dan menerima ramalan tentang akhirnya mereka capai peringkat Buddha. Bodhisattva Prajñākūṭa, Śāriputra dan seluruh jemaah menerima dan mempercayai ini dengan senyap. ~ Kitab Teratai, Bab 12

Jadi mereka menyembah atau beri hormat kepada Dia dari jauh dan mempercayai Dia. Manjushri beritahu mereka pun, mereka tidak percayainya kerana Dia seorang perempuan. “Mana boleh Dia menjadi bermakrifat dan Arhat jika Dia seorang perempuan?” Manjushri beritahu mereka pun, mereka tidak percayai Manjushri. Boleh percaya tak? Bodhisattva Manjushri ialah Arhat Kebijaksanaan nombor satu dalam lingkungan Buddha pada masa itu.

Tetapi sesetengah biksu dan biksuni dapat lihat masa depan. Mereka dapat lihat saya juga. Sebab itulah apabila saya kembali selepas pergunungan Himalaya, saya membalas budinya dengan mentransmisikan Kaedah Quan Yin ini kepada beliau dan anak perempuannya, hanya mereka berdua saja. Mereka sangat percayai saya dan masih memanggil saya Guru hari ini apabila saya menawarkan sesuatu bagi membayar untuk tokong mereka. Mereka kata, “Terima kasih, Guru,” dan sebagainya. Saya tiada di sana. Saya hanya hantar orang utk tawarkannya Saya buat tawaran kepada beberapa buah tokong tetapi saya tak nak kata berapa banyak dan di mana.

Ketika kami baru bertemu, beliau juga mengajar saya perkara, sekurangnya berikan satu kitab kpd saya. Di Jerman pada masa itu, saya tak tahu di mana nak mendapat kitab, jadi dia berikan satu kepada saya. Saya masih ingat itu, apa-apa pun yang saya baca, itu sebelumnya, lama dahulu, di Âu Lạc (Vietnam). Di Jerman, kita tak dapat cari kitab Buddha bahasa Âu Lạc (Vietnam) – sangat sukar. Beliau sangat percaya kepada saya, masih begitu. Dulu beliau beritahu saya apa yang beliau tahu tentang agama Buddha pada masa itu. Pada masa itu, saya masih pergi ke seluruh planet dan belum pergi mencari makrifat di mana-mana lagi.

Tetapi mereka yang katakan itu saya dapatkan perlindungan – tetapi beliau sangat rendah diri – tidak menerima saya sebagai pengikut atau anak muridnya kerana kita dapatkan perlindungan biksu atau biksuni, kemudian kita membuat tawaran kepada mereka dan sebagainya. Beliau tidak menerima itu. Beliau bawa saya kepada biksu lain yang ada tokong. Beliau tiada tokong, rasa bahawa beliau seorang wanita dan bukan biksuni sepenuh. Beliau tidak menerima 250 rukun pada masa itu untuk menjadi biksuni sebenar, bermakna bukan biksuni sepenuh. Jadi beliau bawa saya kepada biksu sepenuh utk dapatkan perlindungan tetapi itu tiada apa-apa. Mereka hanya mungkin ambil sampul merah kita yang berisi wang tawaran di dalamnya dan hanya beritahu kita, “Baiklah, sekarang kamu anak murid Buddha, Sangha dan Dharma.” Itu saja.

Mereka tidak ajar saya apa-apa pun. Dua orang kononnya biksu itu, biksu besar yang ada tokong, tidak mengajar saya apa-apa pun, tidak lebih daripada biksuni yang mengajar saya atau malah berikan kitab kepada saya itu. Kemudian apabila saya pergi belajar di sesuatu tempat yang lain, mereka menyalahkan saya menjadi pembidaah atau apa-apa saja. Mereka tidak ajar saya apa-apa pun. Maka mereka seharusnya ajar saya bagaimana tidak menjadi pembidaah jika saya seorang pembidaah.

Tapi tak apa, manusia. Biksu, biksuni, mereka manusia juga. Mereka belum lagi Santo. Itu sebabnya. Buddha adalah berbeza. Buddha dilahirkan sebagai manusia tetapi bukan manusia. Baginda berkata Baginda telah menjadi Buddha sejak selama-lamanya lagi, cuma kali ini Baginda kembali selepas kitaran kerja, khidmat penuh di dunia manusia. Macam itulah. Jadi ini ialah kali terakhir. Baginda sudah lengkapkan kitaran penuh dari Buddha ke menjadi Buddha semula. Itu saja. Tetapi Baginda sudah pun Buddha sejak selama-lamanya sebelumnya. Bereon-eon, tempoh banyak Bumi yang tidak terkira, banyak Syurga, musnah, dibina semula – Baginda sudah lama menjadi Buddha. Begitu lama sehingga kita tak dapat kira. Itu dipanggil masa sangat banyak eon. Begitu juga dengan Buddha Maitreya dan banyak Buddha yang lain. Adalah mungkin bagi manusia menjadi Buddha juga, dah tentu.

Photo Caption: Layu untuk Melindungi Hidupan Musim Bunga Seterusnya!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (13/20)
1
2024-11-24
7180 Tontonan
2
2024-11-25
3742 Tontonan
3
2024-11-26
3577 Tontonan
4
2024-11-27
3314 Tontonan
5
2024-11-28
3112 Tontonan
6
2024-11-29
2936 Tontonan
7
2024-11-30
2994 Tontonan
8
2024-12-01
3034 Tontonan
9
2024-12-02
3103 Tontonan
10
2024-12-03
2610 Tontonan
11
2024-12-04
2460 Tontonan
12
2024-12-05
2373 Tontonan
13
2024-12-06
2397 Tontonan
14
2024-12-07
2281 Tontonan
15
2024-12-08
2233 Tontonan
16
2024-12-09
2196 Tontonan
17
2024-12-10
2007 Tontonan
18
2024-12-11
2190 Tontonan
19
2024-12-12
1985 Tontonan
20
2024-12-13
1908 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android