Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pendedahan Raja Perang tentang Peperangan dan Keamanan, Bahagian 1 daripada 7

2024-06-19
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

“Orang di dunia perlu berubah kepada cara hidup yang betul – perlu hentikan cara hidup ganas dan bunuh. Maka keamanan akan datang. Keamanan akan wujud dan berkekalan.” Itu kata-kata-Nya. Ini kali pertama saya dengar sesuatu macam itu daripada Raja Perang. Saya ingat kita boleh berikan segalanya yang kita mahu asalkan kita adanya. Tetapi itu tak benar. […]

Halo, orang tersayang Syurga, roh abadi. Saya ada berita kecil untuk dikongsi dengan anda. Dan berharap anda semua membuat sebaik yang boleh supaya hasilnya akan seperti yang anda mahukan, terutamanya dalam aspek rohani.

Secara sampingan, sebelum saya terlupa lagi, terima kasih kpd semua orang yg ucapkan Selamat Hari Jadi kepada saya pada minggu-minggu lalu. Saya tak dapat membalas kepada anda semua secara peribadi walaupun saya berfikir bagaimana. Kemudian saya terlalu sibuk, abaikannya. Kita orang Naga (tanda zodiak Cina) bersifat pelupa dan terlalu sibuk juga. Anda tahu sangat akan saya: Saya jenis Naga ini. Jadi maafkanlah saya. Anda ingatkan saya bahawa tahun ini Tahun Naga, tahun kelahiran saya, jadi anda secara khusus ucapkan semoga saya selamat sejahtera. Terima kasih dan terima kasih. Semoga anda semua yang dilahirkan pada tahun qamari Naga mengecap waktu yang menyeronokkan dan selamat sejahtera juga! Saya tidak menyambut hari jadi saya sejak lama dahulu lagi. Saya tiada hati untuknya kerana dunia masih dalam kesakitan dan kedukaan. Tapi anda semua, Naga yg bersemangat, sambutlah dan nikmatinya, dengan Berkat dan Kasih Sayang Syurga!!!

Saya nak bercakap dengan anda kerana semalam kebetulan saya memerhatikan bantuan Raja Damai. Saya ucapkan terima kasih kepada Dia. Saya berterima kasih kepada Dia kerana bantu melaksanakan Kehendak Tuhan dan bantu dunia mempunyai suasana yang lebih tenang, lebih harmoni. Kemudian saya tanya Dia sama ada Dia boleh buat lebih daripada itu saja atau tidak. Dia kata Dia hanya boleh buat apa yang boleh dan dalam Hukum Alam Semesta. Tetapi sebenarnya saya lihat Dia sudah buat lebih daripada apa yang boleh. Apa yang dibuat-Nya kebanyakannya perlu dibuat secara diam-diam dan hampir secara rahsia.

Kemudian saya memanggil Dewa Perang dan bercakap dengan Dia. Saya kata, “Mengapa Engkau lakukan semua ini?” Jadi dah tentu, jawapannya jelas. Dia beritahu saya bahawa Dia tak suka apa yang dibuat-Nya seperti bangkitkan perang di dunia ini tetapi kuasa karma terlalu berat, terlalu besar. Dia tak dapat tidak berbuat demikian. Jadi saya beritahu Dia, “Engkau tiada rasa simpati terhadap mangsa perang di mana-mana ke? Kerana seperti yang Engkau lihat, itu bukan apa yang sesiapa mahukan, terlalu banyak penderitaan, terlalu banyak kesakitan, perpisahan, kebimbangan, kerisauan, situasi yang dahsyat sekali, fizikal dan segala jenis kesakitan: mental, psikologi, emosi.”

Jadi Dia berkata kepada saya, buka kata, “Kuasa karma hilangkan segala rasa simpati dan belas kasihan. Jadi sentiasa sifar – sifar rasa simpati, sifar Mitleid.” Tutup kata. ‘Mitleid’. Bermaksud rasa simpati. Meskipun Dia mahu, Dia tak dapat. “Tiada ruang, tiada peluang untuk sebarang rasa simpati wujud jika terdapat kuasa karma.” Oh! Dia bercakap dengan lebih fasih tapi saya tak dpt benar-benar katakannya.

Jadi saya berkata kepada-Nya bahawa saya juga memahami kedudukan-Nya dan kerja yang perlu dibuat-Nya tetapi saya tak tahan melihat manusia terlalu banyak menderita terutamanya penyaksi yang tak berdosa seperti orang tua dan kanak-kanak – itu memang menyayat hati saya setiap hari. Jadi bagaimana dengan Dia hukum saya sebaliknya, seorang diri, dan biarkan orang lain sejahtera? Saya sanggup menderita berapa banyak dan berapa lama pun. Saya cuba lakukan PR untuk diri sendiri, perhubungan awam, kita panggilnya. Saya iklankan diri sendiri. Saya kata, “Aku lebih wajar daripada mana-mana mangsa dalam peperangan, kesemua daripada mereka. Jadi jika Engkau binasakan aku, jika Engkau menghukum aku, itu dah cukup wajar, dah cukup bagus untuk semua orang yang lain.” Jadi Dia beritahu saya, “Tidak mungkin.” Saya kata, “Apa-apa pun mungkin. Mengapa tidak?”

Jadi Dia kata, “Tenaga bunuh dan ganas tidak bercampur dengan tenaga damai. Jadi tenaga damai berasingan, dan tenaga bunuh berasingan. Ia takkan bercampur dan tenaga bunuh takkan dapat melitupi tenaga damai. Oleh itu, jelasnya itu seperti dua jenis kutub tenaga, dua jenis tenaga yang berbeza, berasingan. Jadi tidak mungkin bagi tenaga damai bercampur dengan tenaga ganas untuk menjadi satu dengannya kerana tenaga damai tak dapat dimusnahkan.” Agaknya Dia maksudkan tenaga saya adalah untuk keamanan tetapi karma dunia adalah ganas, membunuh dan segala kemusnahan ini. Ia tak boleh bercampur, jadi Dia tak dapat musnahkannya. Jadi Dia perlu musnahkan tenaga ganas saja. Saya harap saya telah katakan dgn jelas. Ketika saya bercakap dengan Dia, segalanya memang jelas. Sebenarnya kata-kata-Nya... Dia kata kerana karma peperangan dan karma keamanan datang dari sumber tenaga yang berbeza. Ia tak boleh bercampur. Sebab itulah tenaga perang tak boleh menutup, tak boleh membaluti, tak boleh bercampur dengan tenaga damai. Sebab itulah saya tak boleh berkorban bagi wujudkan keamanan untuk orang.

“Orang di dunia perlu berubah kepada cara hidup yang betul – perlu hentikan cara hidup ganas dan bunuh. Maka keamanan akan datang. Keamanan akan wujud dan berkekalan.” Itu kata-kata-Nya. Ini kali pertama saya dengar sesuatu macam itu daripada Raja Perang. Saya ingat kita boleh berikan segalanya yang kita mahu asalkan kita adanya. Tetapi itu tak benar. Jika kita ada tenaga damai, kita tak boleh berikannya untuk melemahkan tenaga perang pun. Mungkin pengaruh kecil, seperti kita dapat bantu dengan duduk di sebelah orang yang gementar atau takut dan menenangkan dia dengan tenaga kita, tenaga damai, tetapi bukan melemahkan tenaga perang seluruh dunia. Ya Tuhan, tetapi saya ingat kita boleh berikan segalanya. Saya sangat sedih mendengar semua ini.

Kemudian saya beritahu Raja Perang, “Aku akan terus buat sebaik yang boleh. Aku takkan berhenti. Lebih baik Engkau menyebelahi aku demi Engkau sendiri! Kebaikan sentiasa akan menang.”

Jadi lihatlah, karma ialah sesuatu yang tak dapat kita elakkan – karma baik atau karma buruk. Satu lagi yang tak dapat dielakkan ialah Kehendak Tuhan! Tempoh hari, saya bercakap dengan anda tentang satu hidangan sehari. Saya tak berniat untuk beritahu anda. Suatu kali, bekas Naib Presiden Taiwan (Formosa) dua kali, Puan Lu, datang melawat Ashram Alam Baharu dan salah seorang wanita yang menemaninya tanya saya sama ada saya makan sehari sekali. Saya tak kata apa-apa pun. Saya bercakap tentang sesuatu yang lain. Saya tak nak bercakap tentang itu. Tetapi hari itu, saya tak tahu mengapa, terlepas cakap dan beritahu anda itu. Saya tak ingat pun mengatakan semua ini sebelumnya tentang diet satu hidangan sehari. Itu cuma lahir drpd rasa simpati terhadap semua makhluk yang lain: orang yang kebulur, orang-haiwan yg kebulur juga, dan semua makhluk yang kekurangan keselesaan – keselesaan makanan yang minimum, asas bagi makhluk lain juga, malah seperti pokok atau tumbuhan.

Tetapi saya terlepas cakap. Selepas hantarnya kepada pasukan kerja, saya teringat akan itu tetapi saya sibuk dengan begitu banyak perkara yang lain, jadi saya tulis catatan. Saya kata, “Potong itu. Potong ‘satu hidangan sehari’ itu.” Kemudian saya berfikir apabila ia kembali kepada saya untuk dibaca pruf, saya akan potongnya. Tetapi saya tidak! Saya terlupa! Kemudian ia terlepas dari tangan saya dan disiarkan.

Ya Tuhan, saya tidak mahu itu disiarkan. Saya tak nak beritahu anda pun sejak permulaan lagi. Kerana saya tidak mahukan akibatnya, karmanya yang berlipat ganda. Saya juga tidak mahu sesetengah orang menirunya. Mungkin anda nak tiru apa yg saya buat. Ini pernah berlaku. Orang nak meniru apa yang saya buat. Tetapi ia disiarkan. Pertama, saya tak nak beritahu orang tentang apa yang saya buat dalam kehidupan peribadi. Kedua, saya tidak mahu orang mengikutnya kerana mungkin itu bukan apa yang harus dilakukan oleh mereka, atau mungkin bukan apa yang harus saya beritahu mereka. Mungkin saya tak harus

Kemudian saya terlupa – dua, tiga kali ia terlepas. Hingga selepas itu – ya Tuhan – apabila saya bercakap dengan seorang anggota pasukan (Supreme Master Television), saya kata, “Ya Tuhan. Saya nak potong bahagian itu tentang saya makan satu hidangan sehari tetapi saya terlupa dan sekarang dah terlambat. Dah terlambat.” Saya berasa sangat tidak senang selama beberapa hari.

Tetapi lepas itu Syurga beritahu saya bahawa ia sepatutnya didedahkan. Walaupun saya mengeluh lega, saya tetap tak suka bahagian itu disiarkan kpd orang ramai macam itu. Tetapi saya tahu mengapa harus macam itu: supaya ada satu lagi sebab saya boleh beritahu anda supaya tidak bertindak melampau dan menjaga badan, kesihatan anda dan sebagainya. Kerana Tuhan tidak mahu orang terlalu banyak menyekat diri dengan sesuatu jenis disiplin yang berlebih-lebihan, yang tidak begitu perlu.

Photo Caption: Oh, Kasihi Awak Juga, Jiran

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android