Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Untuk makrifat semerta, itu sesuatu yang anda perlu bergantung kepada berkat seribu eon baru dapat menerimanya daripada Guru yang luar biasa, berkuasa. Tanpa itu, meskipun anda menjadi orang zahid untuk masa yang sangat panjang dan tidak makan apa-apa pun, tak berapa berguna. Dah tentu, itu mungkin dapat bersihkan sebahagian drpd karma anda tetapi karma fizikal saja tak dapat bawa pembebasan kepada anda atau menghukum anda kerana pengertian spiritual berbeza dengan pengetahuan luaran. […]
Hai, orang yang penyayang! Adalah baik bercakap dengan anda lagi walaupun kita sentiasa berkomunikasi di dalam. Saya ingin bincangkan sesuatu dengan anda. Khabarnya baru-baru ini sesetengah daripada anda ingin makan sehari satu hidangan saja hanya kerana saya berkata kepada anda bahawa saya makan sehari sekali saja. Janganlah meniru macam ini kerana jika anda masih bekerja di dunia yang sibuk, janganlah terlalu keras terhadap diri sendiri. Makan satu hidangan sehari biasanya utk semasa anda bersuluk, berseorangan atau bersama kawan yg boleh dipercayai. Jika tidak, jika anda masih bekerja keras sekali setiap hari, kemudian balik ke rumah, anda masih perlu menjaga orang anda – ahli keluarga, malah orang-haiwan kesayangan, kawan dan saudara-mara anda – maka anda tidak harus. Anda boleh cuba, dah tentu, untuk seketika bagi melihat macam mana keadaannya tetapi jangan memaksa diri, berfikir ini akan buat anda menjadi Buddha dengan cepat. Bukan macam itu. Kerana berapa banyak yang anda makan juga bergantung kepada pahala anda dalam hayat lampau atau hayat ini.Buddha bermakrifat terhormat tiada banyak tekanan pada masa itu kerana tiada pencemaran, tiada perubahan iklim untuk dikhuatiri… Maksud saya, bukanlah Buddha risau tentang hidup dan mati, cuma orang bermakrifat sentiasa ambil berat tentang orang lain – orang lain – bukan diri sendiri.Ketika Buddha masih hidup pun, Baginda membenarkan biksu-Nya minum jus pada waktu petang. Kerana pada masa itu, Buddha sendiri dan para biksu makan sehari sekali saja pada sekitar waktu tengah hari. Biasanya selepas waktu tengah hari, mereka tidak makan makanan. Mereka minum air, dah tentu. Anda boleh buat begitu juga. Tetapi Buddha berkata dengan jelas bahawa Baginda benarkan biksu-Nya minum jus – segala jenis jus daun, jus sayuran dan jus buah-buahan. Saya akan minta pasukan kami cetaknya untuk anda, atau tunggu sekejap, mungkin saya boleh beritahu anda.Arahan Buddha terdapat dalam Mahāvagga kerana ada seorang zahid yang datang kepada Buddha untuk menjemput Baginda dan para biksu-Nya makan. Pada masa itu, dah terlalu lewat pada waktu petang kerana Buddha dan Sangha biksu tidak makan hidangan, makanan pejal, lepas waktu tengah hari. Biasanya mereka makan pada sekitar waktu tengah hari saja. Jadi orang zahid Keniya menyediakan jus dan menawarkannya kepada Buddha.Buddha berkata kepadanya, “Agihkanlah ini kepada para biksu.” Tetapi para biksu sangat risau kerana itu bukan waktu makan makanan, jadi mereka menolak. Kemudian Buddha berkata, “Oh! Tak mengapa. Kamu boleh minumnya.” Selepas itu, orang zahid Keniya sajikan jus yang disediakannya kpd semua biksu sehingga mereka semua berasa puas dan tidak mahu lagi.Kemudian disebabkan penawaran ini, Buddha juga memberikan arahan, menujukan kata-kata kepada para biksu dan berkata, “Saya benarkan kamu, wahai biksu, lapan jenis minuman yg boleh diminum: sirap mangga, sirap jambu, sirap plantain, sirap moka, jus anggur, sirap yang dibuat daripada akar telepok yang boleh dimakan, madu dan sirap phārusaka. Saya benarkan kamu, wahai biksu, jus semua buah kecuali jus yang disediakan daripada jagung. Saya benarkan kamu, wahai biksu, minuman yang disediakan daripada semua jenis daun kecuali minuman yang disediakan daripada herba.” Herba, agaknya serupa dengan pudina atau rosemary. Buddha terus berkata, “Saya benarkan kamu, wahai biksu, minuman yang disediakan daripada semua bunga kecuali jus akar manis. Saya benarkan kamu, wahai biksu, penggunaan jus tebu.” Semua ini ialah jus yang Buddha benarkan biksu-Nya minum walaupun sudah melepasi waktu tengah hari. Sebelum penawaran ini pun, para biksu dibenarkan untuk makan makanan semasa buat perjalanan atau dalam situasi yang serupa apabila waktu makan adalah tidak pasti.Jadi kalau anda benar-benar pertimbangkan untuk makan satu hidangan saja sehari, maka dengarlah arahan Buddha, seperti yang telah saya beritahu anda. Terdapat juga madu yang dibenarkan. Tetapi biasanya, sebelum itu pun, Buddha benarkan penggunaan madu untuk tujuan perubatan dan simpannya selama tujuh hari saja. Saya tidak minum jus. Saya jarang minum, mungkin beberapa kali saja dalam hidup saya.Ia baik. Ia boleh diminum. Anda boleh minumnya pada waktu petang kalau anda berkeras hendak makan satu hidangan sehari pada tengah hari. Tetapi berhati-hati, anda perlu ada khasiat yang mencukupi kerana anda masih bekerja di dunia dan terpengaruh oleh tenaga orang yang lapar dan berselera di persekitaran anda. Kalau anda rasa dengan menjadi orang zahid atau makan sekali saja sehari, anda akan menjadi Buddha, bukan macam itu.Anda juga perlu makan mengikut karma yang ditetapkan dalam hayat ini. Saya sendiri buat begitu juga. Saya pernah menjadi breatharian untuk suatu tempoh masa juga dan berterusan sehingga Syurga hentikan saya kerana itu tak berguna untuk kerja spiritual saya, iaitu melalui lebih banyak karma berkaitan makanan, akan ada lebih banyak Berkat untuk dunia! Bagi badan fizikal saya yang kecil, ia hanya buat apa yg boleh secara fizikal! Tapi maklumlah, terasa begitu bebas, begitu ringan seperti terapung sehingga saya rasa begitu sedih nak hentikannya!!! Saya masih sedih mengenangkan itu.Jadi tolonglah, jangan memaksa badan anda untuk melakukannya walaupun keazaman adalah kuat dan apa-apa yang anda mahu dapat dilakukan. Tetapi jika karma anda bukan macam itu atau anda tiada amalan spiritual dan kekuatan spiritual dalaman yang sangat kuat, badan anda mungkin menjadi lemah. Jadi tolonglah, anda boleh cuba untuk seketika bagi melihat macam mana keadaannya. Jika tak boleh, anda perlu cuba melaraskan semula kepada menu lama secara beransur-ansur asalkan itu vegan. Saya tak suka berikan tanggapan kepada mana-mana drpd anda bahawa kezahidan ialah suatu kemestian dalam amalan kita. Tidak, tidak. Tidak. Jadilah normal. Jadi normal. Nikmatilah apa-apa saja yg anda mampu dalam hidup anda. Begitu banyak benda anda sudah elakkan. Saya amat berterima kasih atas itu. Jadi cubalah bersederhana dlm segalanya. Kezahidan itu sendiri tidak bawa banyak kepada anda. Saya perlu beritahu anda secara terus terang.Yang penting adalah anda amalkan meditasi dan cara hidup yang betul. Anda perlu ditransmisikan ‘kaedah’ meditasi oleh Guru bermakrifat dan berupaya sebenar yang ada Kuasa besar supaya Dia dapat berikannya kepada sesiapa saja yang bertuah untuk bertemu dengan Dia dan minta bantuan terbesar di Bumi dan di Alam Semesta ini, iaitu inisiasi dengan Rahmat untuk makrifat. Kerana makrifat spiritual ialah sesuatu di dalam diri sebenar anda. Itu bukan daripada pakaian luaran, iaitu badan yang menempatkan roh anda. Seandainya kabel elektrik sangat cantik dan dijaga dengan baik tetapi tiada sambungan dengan sumber elektrik, maka lampu takkan bernyala dan sebarang peralatan lain yang perlukan tenaga elektrik takkan berfungsi. Ia perlu disambungkan kepada kuasa elektrik.Sama juga, jika kita menjaga badan ini dengan baik sekali tetapi tiada sambungan dengan sumber Kuasa Tuhan sebenar di dalam, maka tak berguna. Dah tentu, kabel elektrik perlu disenggara dengan baik supaya tenaga elektrik dapat melaluinya untuk kegunaan lain tapi bukan buat apa-apa pd kabel elektrik secara berlebih-lebihan. Anda tak perlu beri jagaan yang lebih kepada kabel elektrik tetapi perlu menyenggaranya dgn baik, dengan secukupnya. Anda tak perlu menghiasi kabel elektrik dengan bunga, sutera, baldu atau apa-apa kain cantik yang lain, mengecatnya dengan segala jenis warna atau menghiasi kotak elektrik atau palam elektrik. Itu tak perlu. Okey? Itu saja. Saya harap saya telah jelaskan dengan secukupnya kerana anda cerdik.Untuk makrifat semerta, itu sesuatu yang anda perlu bergantung kepada berkat seribu eon baru dapat menerimanya daripada Guru yang luar biasa, berkuasa. Tanpa itu, meskipun anda menjadi orang zahid untuk masa yang sangat panjang dan tidak makan apa-apa pun, tak berapa berguna. Dah tentu, itu mungkin dapat bersihkan sebahagian drpd karma anda tetapi karma fizikal saja tak dapat bawa pembebasan kepada anda atau menghukum anda kerana pengertian spiritual berbeza dengan pengetahuan luaran. Saya perlu memikirkan bagaimana menjelaskannya. Adakah saya masih perlu??Photo Caption: KERJA PALING RENDAH TETAP KERJA YANG DIPERLUKAN.