Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Lokasi Istana Suci, Bahagian 1 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Saya juga nak ingatkan anda sekali lagi bahawa pada waktu malam, jika tidak benar-benar perlu, jangan keluar, terutamanya berseorangan dlm kegelapan kerana waktu malam ialah masa makhluk negatif seperti syaitan ghairah, hantu ghairah. Mereka malah dapat masuk melalui tingkap dan pintu anda yang terbuka. Maka pasang lampu di dalam jika perlu. Jika tidak, tutup pintu sebelum matahari hilang di ufuk. Bukanya pada waktu pagi, pada siang hari apabila dah cukup terang untuk anda lihat segalanya dengan jelas. Mereka dapat masuk melalui celah yang sangat kecil pun, apalagi tingkap dan pintu besar yang terbuka. […]

Hai, orang yang menawan, orang tersayang Tuhan! Ya, saya tahu, anda fikirkan saya dan rindui saya. Terima kasih atas semua itu. Kita bersyukur kepada Tuhan atas kita masih di dunia yang indah ini walaupun banyak orang dah tiada akibat perubahan iklim, wabak, bencana, apa-apa saja. Itu perlu dilakukan disebabkan oleh kejahilan kita terhadap Hukum Alam Semesta. Namun begitu, selagi kita hidup, kita cuba. Cubalah jadi manusia terbaik yang boleh anda bayangkan. Kerana jika anda ialah manusia terbaik, anda dapat jadi Santo dgn senangnya. Ya, anda dah tahu. Sekurangnya mereka yg telah diinisiasi ke dalam Kaedah Quan Yin, cara hidup Quan Yin dan menjadi vegan, anda tahu akan itu.

Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada anda semua yang cuba sedaya upaya untuk pergi meyakinkan orang lain supaya hidup mengikut standard moral, Hukum Syurga dan Rukun Tuhan. Bukanlah Tuhan mahukan apa-apa daripada kita, cuma ada cara untuk menjalani kehidupan yang akan membuat kita menjadi contoh Syurga dan Bumi sebaik mungkin. Dah tentu, hasilnya itu juga membuat kehidupan anda menjadi sebaik mungkin, sebagaimana yang anda mahukan. Saya nak ucap berbanyak terima kasih kpd anda semua yang cuba setiap cara yang mungkin untuk bantu orang lain meningkatkan tahap spiritual mereka serta membantu manusia, orang-haiwan dan makhluk lain yang menderita di Bumi supaya jadi lebih ceria, lebih gembira, lebih mulia dan baik hati serta mengetahui erti kehidupan sebenar di planet ini.

Saya amat berterima kasih kepada anda. Saya tahu anda telah cuba sedaya upaya walaupun dah ada kerja keras, dah ada jadual yang padat, dah ada banyak kerja lain yang perlu anda buat, dan dah tentu, kerja dalaman yang anda buat setiap hari ketika bermeditasi. Sekurangnya anda cuba kenali Tuhan, makin hari makin banyak – sekurang-kurangnya itu. Kerana itu satu-satunya perkara yang paling penting kepada kita sekarang dan di akhirat. Kepada anda semua yang beramal utk hubung dgn Tuhan secara langsung melalui Melodi, Getaran Syurga dalaman dan Cahaya Syurga dalaman yg datang secara langsung drpd Tuhan, terima kasih. Semoga Tuhan berkati anda untuk menambahkan lagi kemajuan anda serta peningkatan roh, jiwa dan hidup anda.

Saya nak ingatkan anda bahawa selepas matahari terbenam, lebih baik tidak makan lagi, atau sekurangnya sangat sedikit – sekadar cukup. Jika anda sangat lapar, makan kurang drpd makan tengah hari. Dua kali sehari memang dah cukup baik – sarapan dan makan malam – sebelum matahari terbenam, jika jadual kerja anda benarkan. Kemudian cuba bermeditasi sebanyak yang boleh dari waktu itu hingga keesokan paginya. Cuba buat kerja dengan cepat dan cekap supaya anda ada lebih banyak masa untuk bermeditasi atau buat kerja baik lain untuk bantu orang lain yang perlukan bantuan spiritual dan fizikal. Mereka yang perlukan bantuan spiritual adalah paling terdesak, paling kesian, paling memerlukan bantuan. Jadi buatlah apa yang anda boleh. Terima kasih banyak-banyak.

Saya juga nak ingatkan anda sekali lagi bahawa pada waktu malam, jika tidak benar-benar perlu, jangan keluar, terutamanya berseorangan dlm kegelapan kerana waktu malam ialah masa makhluk negatif seperti syaitan ghairah, hantu ghairah. Mereka malah dapat masuk melalui tingkap dan pintu anda yang terbuka. Maka pasang lampu di dalam jika perlu. Jika tidak, tutup pintu sebelum matahari hilang di ufuk. Bukanya pada waktu pagi, pada siang hari apabila dah cukup terang untuk anda lihat segalanya dengan jelas. Mereka dapat masuk melalui celah yang sangat kecil pun, apalagi tingkap dan pintu besar yang terbuka.

Tetapi saya percaya bahawa mereka yang amalkan Kaedah Quan Yin dengan ikhlas, perlindungan dan getaran dalaman dan luaran anda sangat tinggi. Jadi hantu takkan dapat mendekati anda, masuk ke dalam rumah anda atau mendekati persekitaran anda kerana akan ada lingkaran perlindungan di sekeliling rumah anda. Lebih luas dan lebih kuatnya (lingkaran perlindungan): bergantung kepada nilai amalan spiritual anda. Tetapi anda berpeluang untuk menjadi lebih kuat dalam kesejahteraan anda, diri anda, nilai dan kuasa spiritual anda. Jadi tolonglah, lagi banyak anda bermeditasi dan jalankan amalan spiritual lagi kuatnya anda dan tiada apa-apa yg dapat mudaratkan anda. Anda dah tahu akan semua itu melalui banyak contoh, banyak pengalaman luaran dan dalaman yang anda tahu dengan visi seperti anda nampak dalam visi, anda tahu secara intuitif atau anda sendiri alaminya secara sedar.

Baru-baru ini, Baginda Raja Hantu Ghairah sudah pergi mendiami tempat tinggal, alam yang saya cipta untuk jenis makhluk yang serupa seperti syaitan ghairah atau hantu ghairah. Tetapi Raja syaitan ghairah memilih untuk masih berada di planet ini. Raja hantu ghairah telah memutuskan untuk membawa seluruh kumpulan-Nya, warga-Nya sejauh ke alam yang telah saya cipta, bernama Ifuse. I-F-U-S-E. Sekarang mereka sangat gembira dan amat bersyukur kepada Tuhan atas tempat itu, di atas Peringkat Ketiga, di antara alam spiritual Ketiga dan Keempat. Anda tahu akan alam itu. Orang yang saya inisiasi tahu akan alam itu. Sekarang mereka sangat gembira. Jadi sejak itu – nampaknya mungkin kurang daripada seminggu saja, kerana mereka tak dapat bayangkan betapa indah dan menggembirakannya tempat tinggal baharu yg dikurniakan ini, berkata, “Kami seharusnya tahu akannya lebih awal. Mengapa kami tak tahu lebih awal...” – jadi mereka sangat gembira dan amat berterima kasih.

Mrk hantar begitu banyak kasih sayang yang saya rasai setiap hari. Saya juga terkejut dengan penerapan kasih sayang yang begitu tiba-tiba, tidak seperti arus kasih sayang biasa yang saya terima daripada anda dan makhluk mulia, suci dan baik yang lain di planet ini. Itu belum lagi termasuk Kasih Sayang daripada Tuhan, Kasih Sayang daripada Guru Tertinggi, Anak Tunggal Tuhan serta Kasih Sayang semua Santo, Orang Suci dan semua Guru dari semua arah dan semua masa. Saya sangat gembira dengan itu. Jadi ini bermakna kita akan alami gangguan yg kurang dlm amalan spiritual dan dalam usaha kita untuk membantu makhluk lain di Bumi sini supaya mereka akan menjadi lebih tinggi, kehidupan mereka akan menjadi lebih selesa dan lebih senang.

Tetapi masih ada syaitan dan hantu di Bumi dlm bentuk manusia. Mereka yang dalam bentuk manusia lebih sukar untuk diuruskan daripada mereka yang tiada bentuk manusia untuk mengaktifkan kuasa mereka atau mewujudkan kekacauan atau kesusahan untuk manusia dan makhluk lain, bermakna orang-haiwan, pokok, tumbuhan, malah batu. Tapi sekurang-kurangnya sangat banyak sudah pergi ke alam Ifuse di luar planet kita. Jadi kita boleh gembira dengan halangan, tenaga niat jahat telah banyak dikurangkan. Sekarang, dah tentu, seperti sebelumnya, terpulang kepada manusia untuk mengubah kelakuan mereka, jalani kehidupan yang lebih baik, mulia, bermoral supaya benar-benar tiada apa-apa yang boleh menimpa mereka – atau kurang, minimum atau sifar.

Hantu ghairah itu berasa sangat gembira di alam Ifuse ini. Mereka begitu berterima kasih dan hantar sangat banyak kasih sayang. Saya tak tahu sama ada anda dapat rasainya. Saya sendiri rasainya. Agaknya mereka hanya hantar rasa terima kasih dan kasih sayang ke arah saya, kpd saya, untuk saya secara peribadi saja. Saya masih rasainya hari ini. Tetapi ada syaitan dan hantu ghairah yang masih bersembunyi dlm bentuk manusia dan kita tak dapat buat banyak dengannya Hanya perlakukan semua makhluk dengan kasih sayang dan kebaikan hati. Kemudian secara perlahan-lahan keadaan akan berubah – mereka akan mengubah hati, mengubah sikap, mengubah fikiran mereka.

Saya telah beritahu anda lama dahulu bahawa Baginda Raja Syaitan Ghairah tersentuh oleh segala laporan drpd warga-Nya tentang apa yg saya buat Mereka juga menonton Supreme Master Television di mana anda laporkan apa yg saya buat atau mereka menyaksikan khutbah saya dan mengubah fikiran. Jadi mereka telah memutuskan untuk berhenti mengganggu manusia dan berhenti berbuat jahat walaupun karma dan tenaga buruk manusia boleh benarkan mereka berbuat demikian. Saya memang sangat hargai usaha yang begitu baik, sifat Raja Syaitan Ghairah dan Raja Hantu Ghairah yang begitu baik. Mereka malah boleh begitu gagah, begitu berani, begitu tegas untuk hentikan jalan yang buruk, menjadi sedar, mengikut cara hidup yang lebih baik. Saya begitu gembira dengan itu juga. Saya begitu gembira untuk anda, untuk saya juga. Saya rasa jauh lebih selesa.

Photo Caption: Cuba Terus Hidup!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/3)
1
2024-06-04
5723 Tontonan
2
2024-06-05
4809 Tontonan
3
2024-06-06
4655 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android