Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Dunia-dunia Perangkap di Dunia Ini, Bahagian 1 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jika anda makan daging orang-haiwan, maka anda terjerumus ke dalam dunia pembunuhan. Semua ini akan ada karmanya. Setiap perbuatan, reaksi ada karmanya. Sebab itulah sukar untuk keluar. Ia mendatangkan kesan. Perbuatan anda sentiasa mendatangkan kesan – baik atau buruk. Jika anda terjerumus ke dalam dunia mencuri, maka anda akan lari di dalamnya juga, bersama dengan dunia-dunia lain yang kamu terjerumus ke dalam atau terlibat. Dunia pembunuhan termasuklah pemakanan daging orang-haiwan kerana itu melibatkan pembunuhan makhluk hidup lain. […]

Hai, anda semua, orang yang menawan, orang baik, orang tersayang Tuhan. Saya gembira dapat bercakap dengan anda lagi. Sesetengah daripada anda menyoal dalam fikiran, saya dapat rasa, mengapa Tuhan atau malaikat, sekurang-kurangnya malaikat atau Santo dan Orang Suci hingga kini tak dapat musnahkan iblis atau banyak daripada syaitan itu.

Masalahnya, ini kedengaran mudah tetapi bukan macam itu. Mereka hampir seperti apa yang kita panggil AI, kecerdasan buatan, yang silap. Kerana mereka tidak dibuat daripada bahan boleh musnah. AI mungkin kita dapat kawal sampai tahap tertentu sebelum terlambat kerana mereka dibuat daripada sekurang-kurangnya bahan boleh musnah. Tetapi iblis dan malaikat ingkarnya bersama-sama tidak dibuat daripada bahan boleh musnah. Mereka tidak dibuat daripada bahan material. Sebab itulah sukar, seperti udara, kita tak dapat musnahkan udara. Mereka juga ada kuasa besar daripada Tuhan yang dikurniakan kepada mereka pada waktu mereka dicipta. Itu membuat keadaan menjadi rumit.

Sesetengah syaitan dibuat daripada bahan material dan ada roh kerana sebelumnya mereka ialah manusia. Tetapi sesetengahnya tidak. Jadi sangat sukar untuk menguruskan makhluk yang tiada jirim ini. Syaitan, hantu lebih senang untuk diuruskan, dikawal daripada malaikat ingkar seperti iblis, contohnya. Kerana hantu dan syaitan kebanyakannya dibuat daripada tenaga buruk, tenaga ganas dan perbuatan jahat manusia. Mereka yg menentang Kehendak Tuhan, menentang Kuasa Positif alam semesta ini dibuat daripada tenaga buruk manusia – selagi tenaga ini masih wujud dan sudah terbentuk menjadi sejenis lembaga, biar kita kata begitu. Saya tiada perkataan untuk jirim ini.

Selagi tenaga musnah manusia yang datang daripada pelbagai perbuatan jahat, kelakuan buruk atau kelakuan yang membinasakan masih wujud, syaitan, hantu atau seumpamanya akan terus wujud dan mengucar-ngacirkan kehidupan kita. Hanya apabila kita berhenti melakukan perbuatan ini baru akan syaitan secara perlahan-lahan tidak mengganggu kita kerana mereka tiada sebarang tarikan, hubungan dengan kita lagi. Yang sama saling menarik. Jika kita terus berkelakuan buruk, bertindak buruk, berbuat jahat, ini akan menjana tenaga yang sama dengan syaitan dan hantu yang dibuat daripada tenaga yang serupa atau sama itu. Jadi jika kita tidak membuat perbuatan jahat, mempunyai kelakuan buruk atau kelakuan membinasakan yang serupa ini, syaitan atau hantu takkan ada cara untuk berpaut pada kita, menyusahkan kita atau berhubung dengan kita.

Tetapi dari mana datangnya tenaga buruk ini? Dari mana datangnya kesalahan, perbuatan jahat atau perbuatan yang membinasakan ini? Pd asalnya, itu langsung bukan salah kita. Dunia ini dibuat daripada begitu banyak elemen yang berlainan, ada begitu banyak perangkap. Keadaannya adalah macam itu. Itu keadaan dunia ini – tidak seperti keadaan Syurga. Keadaan di Syurga adalah tiada perbuatan jahat, tiada kesusahan, tiada kelakuan yang membinasakan seperti itu atau seumpamanya.

Dunia ini tak begitu konstruktif kepada kita, tak begitu baik, tak begitu banyak membantu dengan cara yang kita mahukan untuk jalani kehidupan kita. Selalunya ada perangkap yang membuat kita terjerumus ke dalamnya, jadi kita akan berkelakuan mengikut perangkap ini. Jadi perangkap ini, kita boleh panggilnya karma, akibat natural perbuatan dan tindak balas kita. Sangat mudah untuk jelaskan kpd anda seperti ini: Contohnya, jika anda dekati air dari pancuran, anda akan terpercik air juga jika pancuran itu pancurkan air. Oh! Saya harap pasukan saya akan bersabar kerana sekarang ini keadaan memang susah.

Jadi berkata secara mudah, jika sbg manusia kita berkelakuan baik... Oleh sebab kita ialah anak Tuhan, kita sepatutnya ada segala sifat terbaik dan tujuan mulia. Tetapi oleh sebab kita datang ke dunia ini, kita akan atau kita telah terpengaruh oleh kuasa negatif. Jadi mungkin kita terperangkap dalam situasi tertentu, kelakuan tertentu, pemikiran tertentu dan tindak balas tertentu yang kita tak cukup masa untuk kawal. Situasi di dunia ini akan selama-lamanya buat kita terjerumus ke dlm perangkap-perangkap yg berlainan Kita memanggil ini ‘perangkap’ atau hanya jirim karma.

Contohnya, jika anda dilahirkan dengan jenis DNA cemburu dan membesar, anda membawanya bersama anda atau anda belajar itu daripada jiran, ibu bapa atau rakan, maka suatu hari nanti, atau pada hari lain anda akan berasa cemburu dengan seseorang. Mungkin orang itu lebih terkenal daripada anda, lebih kaya daripada anda, ada lebih banyak kekayaan drpd anda atau lebih bertuah drpd anda, atau orang yang anda cintai nampaknya kasihi orang lain dan anda rasa dia tidak taat kepada anda, maka anda menjadi cemburu. Jika anda ada kecenderungan ini, kerap cemburu, siaplah, anda akan terjerumus ke dalam dunia cemburu, kategori dunia cemburu. Jadi itu seperti anda ada dunia lain di dunia anda. Kemudian kitaran itu akan berterusan untuk masa yang sangat panjang sehingga mungkin anda menyedari bahawa itu tidak baik untuk anda dan anda akan cuba berhenti. Kemudian secara perlahan-lahan mungkin anda akan keluar dari dunia cemburu itu.

Setiap sifat ada sebuah dunia yang padan dengannya. Itu masalahnya. Sama seperti jika anda meninggalkan negara anda dan melancong ke negara lain kerana anda suka akan negara itu – suka akan orang di sana, suka akan makanannya, suka akan pemandangannya, suka menerokainya, maka dah tentu anda berada di negara itu. Buat masa ini, anda langsung tak berada di negara anda. Jadi itu serupa dengan dunia-dunia yang merupakan perangkap untuk menggoda kita supaya masuk. Jika kita tak berhati-hati, kita sentiasa boleh terjerumus ke dalam segala jenis perangkap, sentiasanya, dan sangat sukar untuk keluar.

Jika anda berniat untuk mencuri sesuatu daripada seseorang atau anda benar-benar melakukan… Memikirkannya saja belum begitu teruk. Jika anda mengawal fikiran anda dan berhenti berfikir, maka tak terlalu teruk. Maka anda berubah dan tidak lakukannya Tetapi jika dulu atau sekarang anda melakukan jenis perbuatan mencuri, maka anda terjerumus ke dalam dunia curi di mana bukan anda seorang saja tetapi banyak orang yang tergolong dalam dunia itu. Kemudian suatu hari nanti, barang anda akan dicuri. Kemudian untuk membalas dendam, anda mencuri daripada orang itu lagi dan kitaran ini takkan berhenti sehingga anda berhenti.

Jika anda makan daging orang-haiwan, maka anda terjerumus ke dalam dunia bunuh. Semua ini akan ada karmanya. Setiap perbuatan, tindak balas ada karmanya. Sebab itulah sukar untuk keluar. Ia mendatangkan kesan. Perbuatan anda sentiasa mendatangkan kesan – baik atau buruk. Jika anda terjerumus ke dalam dunia curi, maka anda akan lari di dalamnya juga, bersama dengan dunia-dunia lain yang anda terjerumus ke dalam atau terlibat. Dunia bunuh termasuklah pemakanan daging orang-haiwan kerana itu melibatkan pembunuhan makhluk hidup lain.

Photo Caption: Roh Suci dan Bebas Selama-lamanya, Tetapi Minda dan Badan Boleh Buatnya Rasa Terperangkap dlm Kesakitan dan Penderitaan Mereka dengan Perbuatan Salah!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/2)
1
2024-04-08
10165 Tontonan
2
2024-04-09
7498 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android