Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Religions and Veganism – Eating Meat Is Never Right, Part 1 of 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

01. “Jadilah penjelmaan keadilan dan kesaksamaan dalam SEMUA CIPTAAN.” ~ Kitáb-i-Aqdas (Agama Bahá'i)

02. “Makanan manusia ialah bijirin dan bukan daging. ~ Penyebarluasan Kedamaian Universal (Agama Bahá'i)

03. “Tuhan telah menetapkan makanan setiap makhluk dan memakan secara bertentangan dengan penetapan itu adalah tidak dibenarkan.” ~ ‘Abdu’l-Bahá (vegetarian) (Agama Bahá'i)

04. “Semua daging yang dimakan oleh orang ialah daging saudara-mara mereka sendiri.” ~ Kitab Lankavatara (Agama Buddha)

05. “Dengan jahil dan buruk (...) membunuh haiwan untuk dimakan... mereka menyumpah diri sendiri (...)” ~ Kitab Ksitigarbha (Agama Buddha)

06. “(...) Menawari dewa-dewi daging (...) makhluk hidup adalah seperti menawari seorang ibu daging anaknya sendiri. Ini suatu dosa yang besar.” ~ Jalan Tertinggi Anak Murid (Agama Buddha)

07. “Jika makhluk hidup (...) berhenti membunuh, mereka tidak akan berada dalam kitaran lahir dan mati yang berterusan.” ~ Kitab Surangama (Agama Buddha)

08. “Memakan daging menghancurkan benih belas kasihan.” ~ Kitab Mahaparinirvana (Agama Buddha)

09. “Semua daging adalah seperti mayat manusia.” ~ Kitab Lankavatara (Agama Buddha)

10. “Suatu keadaan yang tidak menyenangkan atau menggembirakan bagi saya, mana boleh saya mengenakannya pada makhluk lain?” ~ Samyutta Nikaya (Agama Buddha)

11. “Ke mana pun pemakan daging pergi, makhluk di kawasan perairan, di darat kering atau di langit berasa takut. Mereka malah pengsan atau mati.” ~ Kitab Mahaparinirvana (Agama Buddha)

12. “Jika seseorang dapat mengawal badan dan fikirannya dan dengan itu HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMAKAN DAGING HAIWAN dan memakai produk haiwan, saya kata dia akan mendapat pembebasan.” ~ Kitab Surangama (Agama Buddha)

13. “Jika mana-mana anak murid saya masih makan daging, tahulah bahawa dia salah satu drpd keturunan candela. DIA BUKAN ANAK MURID SAYA dan saya bukan gurunya.” Candela bermaksud pembunuh. ~ Kitab Lankavatara (Agama Buddha)

14. “Pemakan daging ada begitu banyak kesalahan yang tak terkira, jadi orang vegan ada banyak pahala dan sifat baik yang tak terkira.” ~ Kitab Lankavatara (Agama Buddha)

15. “Mereka yang demi daging dan darah Menyembelih makhluk hidup, Akan dibakar di Lapan Neraka Panas.” ~ Nabi Milarepa (vegetarian)

16. “(...) ‘Manusia’ bermakna berkelakuan berperikemanusiaan, bukan membunuh atau mencederakan manusia dan haiwan, akhirnya termasuk pokok dan tumbuhan juga, dan belajar menghargai nyawa.” ~ Buku Kebenaran (Persatuan Agama Buddha Sangha Biksu)

17. “Orang yang makan daging akan jatuh ke dalam jalan kelahiran semula yang menggerunkan dan mengalami kesakitan tak terbatas.” ~ Kitab Surangama (Agama Buddha)

18. “Pemakan daging menyebabkan makhluk firdausi menjauhi mereka dan makhluk hidup yang lain takut pada mereka.” ~ Kitab Surangama (Agama Buddha)

19. “Makhluk firdausi tidak pernah mendekati orang yang makan daging kerana mulut mereka sentiasa berbau busuk.” ~ Kitab Lankavatara (Agama Buddha)

20. “Daging tidak baik, daging tidak bersih.” ~ Kitab Lankavatara (Agama Buddha)

21. “Meskipun anda tidak biasa dengan makanan vegan, Lebih baik daripada hidangan yang penuh dengan darah.” ~ Sepuluh Rukun untuk Perkembangan Spiritual Diri (Agama Buddha Bửu Sơn Kỳ Hương)

22. “Melafazkan Nama Buddha, mematuhi rukun dan mengamalkan diet vegan. Menjadi vegan dalam hati anda juga adalah lagi baik.” ~ Nabi Huỳnh Phú Sổ (vegan)

23. “Makan buah-buahan dan sayuran, jadi tidak mengalami karma (balasan) buruk yang disebabkan oleh mulut.” ~ Hidup di Dunia, Menikmati Tao (Agama Buddha Zen Trúc Lâm)

24. “Mereka yang mematuhi rukun tidak mencederakan mana-mana bentuk hidupan Syurga dan Bumi.” ~ Patriark Bodhidharma Terhormat (vegan)

25. “...Perkara paling penting adalah berhenti membunuh... kerana haiwan mempunyai roh dan pemahaman seperti manusia juga.” ~ Ajaran Santo (Cao Đài-isme)

26. “Apa gunanya memenuhi rasa anda jika hati anda kekurangan belas kasihan?” ~ Ajaran Sebenar Tiga Kaedah (Cao Đài-isme)

27. “Daging untuk perut, dan perut untuk daging: tetapi Tuhan akan memusnahkan kedua-duanya.” ~ I Orang Corinth, Kitab Suci Bible

28. “Tetapi daging yang ada nyawa yang merupakan darah, anda tidak harus makan.” ~ Genesis, Kitab Suci Bible

29. “Anda tidak harus membunuh.” ~ Eksodus, Kitab Suci Bible

30. “Saya mahukan belas kasihan dan bukan korban.” ~ Matthew, Kitab Suci Bible

31. “Adalah tidak baik memakan daging, meminum arak atau apa-apa saja yang dengannya saudara anda jatuh, tersinggung atau menjadi lemah.” ~ Orang Rom, Kitab Suci Bible

32. “(...) Apabila kita menahan diri (daripada makan daging), berbuat demikian kerana ‘kita letak badan kita di bawah, dan buatnya di bawah kekuasaan.’” ~ Origen dari Alexandria (vegetarian)

33. “Seseorang hampir tiada sifat baik jika dia menikmati hidangan dan kenduri daging.” ~ Santo Basil Agung (vegetarian)

34. “Adalah bertentangan dengan maruah manusia menyebabkan haiwan menderita dan mati secara tidak wajar.” ~ Soal Jawab Gereja Katolik

35. “Orang superior, semasa melihat haiwan yang hidup, tidak sampai hati melihat mereka dibunuh dan mati (...)” ~ Mensius (vegan)

36. “Supaya ada kedamaian, pertama sekali manusia mesti berdamai dengan haiwan (...)” ~ Guru Nguyễn Thành Nam (vegan) (Agama Buddha Nam Quốc)

37. “(...) Jika anda tidak berhenti menawarkan dan memakan daging dan darah, kemurkaan Tuhan terhadap anda tidak akan reda.” ~ Gospel Dua Belas Orang Suci (Essenisme)

38. “Malang menimpa pemburu kerana mereka akan diburu.” ~ Gospel Dua Belas Orang Suci (Essenisme)

39. “Jangan biar orang membuat dirinya keji terhadap mana-mana makhluk hidup atau haiwan yang merayap dengan memakan mereka.” ~ Skrol Laut Mati (Essenisme)

40. “Orang yang makan daging haiwan yang disembelih, makan bangkai.” ~ Gospel Kedamaian Essenisme (Essenisme)

41. “Memandangkan anda tidak dapat hidupkan semula haiwan yang telah dibunuh, anda bertanggungjawab ke atas pembunuhan mereka. Oleh itu, anda akan pergi ke neraka (...)” ~ Adi-lila (Agama Hindu)

42. “Orang yang tidak berbelas kasihan terhadap haiwan tidak dapat berbelas kasihan terhadap manusia.” ~ Prinsip Bishnoisme

43. “(...) Syurga tidak dapat diperoleh jika makhluk dibunuh.” ~ Manusmriti (Agama Hindu)

44. “Anda tidak boleh menggunakan badan kurniaan Tuhan untuk membunuh makhluk Tuhan, sama ada mereka ialah manusia, haiwan atau apa-apa pun.” ~ Yajur Veda (Agama Hindu)

45. “Pemakan daging dilahirkan secara berulangan dalam pelbagai rahim dan setiap kali mengalami kematian bukan semula jadi melalui kelemasan.” ~ Mahabharata Anusasana Parva (Agama Hindu)

46. “Prajapati berkata bahawa memakan sebarang jenis daging ialah dosa besar dan hindarkan diri drpd berbuat demikian adalah sangat berpahala.” ~ Yamasmriti (Agama Hindu)

47. “Semua makhluk hidup akan menyusun sepuluh jari memuja, berdoa untuk mereka yang enggan menyembelih dan menikmati daging.” ~ Tirukural (Agama Hindu)

48. “Dengan tidak membunuh mana-mana makhluk hidup, seseorang layak untuk diselamatkan.” ~ Manu-samhita (Agama Hindu)

49. “Ahimsa (tanpa keganasan) ialah Dharma tertinggi.” ~ Mahabharata Shantiparva (Agama Hindu)

50. “Lindungilah kedua-dua spesies kita, yang berkaki dua dan berkaki empat.” ~ Rig Veda Samhita (Agama Hindu)

51. “Melindungi haiwan dianggap sebagai tugas suci.” ~ Charak Sanhita (Agama Hindu)

52. “Tidak mencederakan makhluk hidup ialah agama tertinggi.” ~ Ahimsa Paramo Dharmah (Agama Hindu)

53. “Diharamkan kepada anda (memakan) BANGKAI, DAN DARAH, DAN DAGING BABI, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah...” ~ Kitab Suci al-Quran

54. “Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya.” ~ Kitab Suci al-Quran

55. “Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok tanaman dan biji-bijian yg dituai; serta pohon-pohon kurma yang tinggi menjulang, yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya.” ~ Kitab Suci al-Quran

56. “Jangan sama sekali biarkan perut anda menjadi kubur pada haiwan.” ~ Hadis (Islam)

57. “Sesiapa yang pemurah terhadap SEMUA makhluk Tuhan adalah pemurah terhadap dirinya.” ~ Hadis (Islam)

58. “Allah tidak kasihani sesiapa yang tidak mengasihani makhluk-Nya.” ~ Hadis (Islam)

59. “Orang zahid sejati tidak harus menerima makanan dan minuman yang disediakan khas untuk dia dengan menyembelih makhluk hidup.” ~ Sutrakritanga (Jainisme)

60. “Membunuh mana-mana makhluk hidup adalah seperti membunuh diri sendiri.” ~ Bhagavati Aradhana (Jainisme)

61. “Berbelas kasihan terhadap makhluk lain adalah berbelas kasihan terhadap diri sendiri.” ~ Bhagavati Aradhana (Jainisme)

62. “Orang yang menjaga rohnya dan mengawal derianya tidak harus bersetuju dengan sesiapa membunuh makhluk hidup.” ~ Sutrakritanga (Jainisme)

63. “Orang yang fikirannya tenang dan bebas daripada keghairahan tidak mahu hidup dengan memudaratkan makhluk lain.” ~ Kitab Suci Acharanga (Jainisme)

64. “Seseorang tidak harus mencederakan, menguasai, menghambakan, menyeksa atau membunuh haiwan, makhluk hidup, organisma atau makhluk berperasaan.” ~ Kitab Suci Acharanga (Jainisme)

65. “Bermurah hatilah terhadap semua makhluk hidup.” ~ Tattvartha Sutra (Jainisme)

66. “Sementara daging masih di antara gigi mereka, (...) kemurkaan TUHAN telah dibangkitkan terhadap orang-orang itu dan (...) menghapuskan mereka dengan bencana yang besar.” ~ Angka, Kitab Suci Bible Ibrani

67. “Anda harus makan herba di padang.” ~ Genesis, Kitab Suci Bible Ibrani

68. “Aku tidak rasa seronok dengan darah lembu, biri-biri dan kambing.” ~ Isaiah, Kitab Suci Bible Ibrani

69. “Makan malam daripada herba yang berkasih sayang adalah lebih baik daripada lembu mati dan kebenciannya.” ~ Bidalan, Kitab Suci Bible Ibrani

70. “Jangan bergaul dengan mereka yang minum arak atau bergaul dengan mereka yang membuat diri kenyang dgn daging.” ~ Bidalan, Kitab Suci Bible Ibrani

71. “Akan menjadi peraturan selama-lamanya bagi generasi-generasi anda di semua kediaman anda, anda tidak makan lemak atau darah*.” *darah bermaksud ‘daging’ yang ada darah ~ Leviticus, Kitab Suci Bible Ibrani

72. “Seseorang yg musnahkan satu hidupan dianggap telah memusnahkan seluruh dunia dan seseorang yang selamatkan satu hidupan dianggap telah menyelamatkan seluruh dunia.” Talmud (Agama Yahudi)

73. “Orang yang mengambil ganja, daging dan arak, tidak kira apa pun ziarah, puasa dan upacara yang diamalkan, mereka semua akan pergi ke neraka.” ~ Sri Guru Granth Sahib Ji (Sikhisme)

74. Agama tertinggi adalah meningkat ke persaudaraan universal dan menganggap semua makhluk sama dengan anda. ~ Sri Guru Granth Sahib Ji (Sikhisme)

75. “Jika anda kata Tuhan tinggal di dalam semua makhluk, mengapa anda membunuh ayam?” ~ Sri Guru Granth Sahib Ji (Sikhisme)

76. “Adalah bodoh membunuh haiwan dengan kejam dan memanggilnya makanan suci.” ~ Sri Guru Granth Sahib Ji (Sikhisme)

77. “Anda membunuh hidupan tetapi panggilnya amalan keagamaan. Maka apa itu bukan keagamaan?” ~ Sri Guru Granth Sahib Ji (Sikhisme)

78. “(...) Jika darah (atau daging) dimakan oleh manusia mana boleh hatinya murni?” ~ Sri Guru Granth Sahib Ji (Sikhisme)

79. “Guru kita, Pembimbing Spiritual kita berdiri di sisi kita hanya jika kita tidak makan daging atau bangkai.” ~ Sri Guru Granth Sahib Ji (Sikhisme)

80. “(...) Seseorang tidak dapat memiliki kesedaran yang murni apabila dia makan darah dan daging makhluk lain.” ~ Sri Guru Granth Sahib Ji (Sikhisme)

81. “Anda membunuh makhluk hidup dan memuja benda tak bernyawa, pada waktu menghadapi ajal, anda akan alami kesakitan yang teruk.” ~ Sri Guru Granth Sahib Ji (Sikhisme)

82. “Bermurah hati terhadap semua makhluk - ini lebih berpahala daripada melawat dan mandi di 68 tapak ziarah dan memberi sedekah.” ~ Sri Guru Granth Sahib Ji (Sikhisme)

83. “Jangan pergi ke gunung untuk tangkap burung di dalam sarang atau ke kawasan perairan untuk meracun ikan dan udang. Jangan menyembelih lembu.” ~ Kawasan Jalan Senyap (Taoisme)

84. “Mereka yang ingin mengetahui kebenaran alam semesta harus mengamalkan sikap hormat terhadap semua hidupan (...)” ~ Hua Hu Ching (Taoisme)

85. “Belilah haiwan dalam kurungan dan berikan kebebasan kepada mereka.” ~ Kawasan Jalan Senyap (Taoisme)

86. “Betapa patut dipujinya penghindaran yang menjauhi penyembelih!” ~ Kawasan Jalan Senyap (Taoisme)

87. “Tumbuh-tumbuhan itu, Aku, Ahura Mazda (Tuhan) melimpahi bumi untuk membekalkan makanan kepada orang yang beriman dan foder kepada lembu yang pemurah.” ~ Avesta Suci (Zoroastrianisme)

88. “(...) Penyembelihan pelbagai jenis haiwan ternakan ialah dosa yang besar.” ~ Antologi Zadspram (Zoroastrianisme)

89. “Orang (...) yang menganggap semua makhluk di bumi sebagai dirinya sendiri, Dia menjadi Makhluk Abadi, Tuhan sebenar sentiasa bersama dia.” ~ Santo Kabir (vegetarian)

90. “Gerakan (veganisme) ini harus menimbulkan kegembiraan istimewa bagi mereka yang hidupnya penuh dengan usaha untuk mewujudkan kerajaan Tuhan di bumi.” ~ Leo Tolstoy (vegetarian)

91. “Seseorang beretika hanya apabila nyawa adalah suci bagi dia, nyawa tumbuhan dan haiwan serta nyawa orang lain.” ~ Dr. Albert Schweitzer, MD (vegetarian)

92. “Asas vegetarianisme saya bukanlah fizikal, tetapi moral.” ~ Mahatma Gandhi Ji (vegetarian)

93. “Ketika kita makan daging, kita menyerap elemen alam haiwan seperti ketakutan, kekejaman dan sebagainya. Ini bermakna akan sangat sukar bagi kita mengembangkan Diri yg lebih tinggi...” ~ Omraam Mikhaël Aïvanhov (vegetarian)

94. “Jika haiwan boleh bercakap, maka akankah kita berani membunuh dan makan mereka? Mana boleh kita menjustifikasikan pembunuhan saudara sebegini?” ~ Voltaire (penyokong veganisme)

95. “Jangan membunuh haiwan. Boleh ikut? Jangan bunuh mereka untuk dimakan.” ~ Jiddu Krishnamurti (vegetarian)

96. “Haiwan ialah kawan saya... dan saya tidak makan kawan saya.” ~ George Bernard Shaw (vegetarian)

97. “Asalkan orang membunuh haiwan secara beramai-ramai, mereka akan saling membunuh.” ~ Pythagoras (vegan)

98. “Akan tiba masanya orang melihat pembunuhan haiwan seperti mereka melihat pembunuhan orang.” ~ Leonardo da Vinci (vegetarian)

99. “Sayuran ialah cara alam semula jadi yang semula jadi, betul, membersihkan.” ~ Edgar Cayce

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/2)
Saksikan Lebih Banyak
...Dalam Agama  (3/24)
3
2021-03-19
10317 Tontonan
4
2021-12-08
7481 Tontonan
6
2022-01-22
5785 Tontonan
8
4:23
2019-11-06
8760 Tontonan
9
2022-01-07
5755 Tontonan
10
2021-04-28
19366 Tontonan
14
2019-10-30
10357 Tontonan
16
2019-04-22
9847 Tontonan
18
2018-07-27
7935 Tontonan
19
2020-06-04
13453 Tontonan
21
2017-11-30
8642 Tontonan
23
2018-01-21
6384 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android