Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Baginda Raja Ye menzahirkan hasrat-Nya untuk akhiri pertemuan kami di sini dengan segala kasih sayang, berkat. Baginda bertitah bahawa baginda tidak mahu tinggalkan sisi saya, cuma kami masing-masing ada tugas untuk dilaksanakan. Baginda dapat lihat bahawa diri fizikal saya perlu berehat selepas segala usaha untuk dengan perhatian penuh, eksklusif berada di planet ini dan dalam suasana tenaga tinggi pada masa yang sama. Jadi Baginda ingin ucapkan selamat tinggal buat masa ini supaya saya boleh berehat sikit sebelum saya perlu melaksanakan banyak kerja lain yang menanti saya setiap hari. Terima kasih, Tuan, kerana begitu baik hati. Terima kasih, terima kasih. Aku harap kita boleh bertemu lebih awal pagi ini supaya usaha ini kurang meletihkan. Aku tidak hasratkan apa-apa di dunia ini dan berharap tenaga usaha gigihku tidak ganggu Engkau, bebani Engkau dan rombongan-Mu dengan sebarang cara. Raja bertitah, “Oh! Tidak, tidak, tidak. Segalanya baik, lancar dan meriangkan.” Tiada apa-apa pun di dunia ini yang dapat bebani Baginda dan rombongan-Nya sama sekali kerana Baginda melawat untuk waktu yang singkat saja. Kuasa-Nya dan kuasa rombongan-Nya akan cukup untuk menangkis sebarang pengaruh kuasa negatif yang tidak menyenangkan di dunia ini. Oh! Kami begitu senang hati dengar itu, Tuanku. Kami begitu senang hati mendengar itu. Harap-harap suatu hari nanti dunia ini akan ada kuasa sebegini untuk setiap makhluk supaya mereka dapat jalani kehidupan yang baik, menakjubkan, bebas sekarang dan selama-lamanya. Syukur kpd Engkau, TUHAN, atas segalanya dan izinkan pertemuan hari ini dengan Berkat dan Kasih Sayang-Mu. Semoga Engkau dan orang-Mu selamat sejahtera, Tuan. Jika Engkau boleh, beradalah di sini lebih lama sikit untuk berkati orang kami, semua makhluk di dunia yang menyusahkan ini. Naikkan mereka, tenangkan mereka, buka mata mereka, hati mereka supaya mereka dapat lihat jalan yang lebih baik di depan mereka untuk memimpin mereka pulang ke Rumah. Tidak kira di mana Rumah berada, ia sentiasa bahagia, gembira dan bebas. Terima kasih atas kunjungan-Mu, Tuan. Terima kasih, semua anggota rombongan di sini juga. Kita ucap selamat tinggal buat masa ini tetapi kita tak pernah berpisah. Kasihi Engkau, Tuan. Kasihi Engkau, Raja Ye. Kasihi engkau, anggota rombongan yang hadir di sini, dan kasihi engkau, semua orang di Alam kegembiraan Buddha Py-Mu. Saya begitu gembira akhirnya, hari ini, bertemu dengan Raja Ye dan orang-Nya. Adalah lebih meletihkan menunggu, berharap dan meluangkan tenaga untuk pertemuan ini daripada bertemu dengan Raja sendiri dan orang-Nya. Jadi akhirnya kami dapat lakukannya. Saya dapat menghembus nafas lega. Saya perlu berehat sikit. Sejujurnya, saya tak rasa saya dapat lakukannya. Sudah begitu meletihkan hari ini melawan karma keamanan dan karma dunia. Saya begitu gembira dengan TUHAN begitu banyak berkati saya supaya dapat bercakap dengan Raja Py. Ingatlah akan TUHAN. Serahkan seluruh, segala diri anda kepada TUHAN. Biar TUHAN lindungi anda. Biar TUHAN bantu anda. Biar TUHAN mengajar anda, di dalam dan di luar, segalanya yang harus anda lakukan untuk jalani kehidupan yang damai dan gaya hidup bebas yang sesuai sebagai anak TUHAN. Semoga semua orang sedar sekarang. Semoga semua pemimpin negara menjaga rakyat anda tidak kira apa pun yang perlu anda korbankan. Tiada peperangan lagi, hanya keamanan, kasih sayang dan bantuan sesama orang. Itu saja yang perlu anda lakukan untuk menjadi manusia yang baik dan santo untuk seluruh Alam Semesta lihat. Terima kasih kerana cuba. Saya kasihi anda. Saya kasihi anda semua, orang baik, orang jahat, orang berakhlak tinggi dan pendosa. Semoga TUHAN berkati anda, bantu anda dan biar anda rasai Kasih Sayang-NYA selama-lamanya. Amin. Selepas Baginda Raja Ye memandang ke belakang pada kami, saya berkata kepada Baginda, “Tolonglah bantu aku. Ajar manusia sesuatu supaya mereka dapat ingat dan bertindak dengan sewajarnya dengan Nama TUHAN.” Jadi Baginda Raja Ye bertitah, “Segalanya yang harus mereka tahu, Engkau sudah ajar mereka.” Saya berkata, “Terima kasih, Raja, tapi tolonglah, daripada Engkau, itu berbeza. Itu pendapat kedua. Itu apa yang mereka panggilnya di Bumi. Tolong beritahu mereka sesuatu. Beritahu mereka apa baik untuk mereka dan sematkannya dalam minda mereka, tolonglah.” Jadi Raja Ye berpusing sepenuhnya ke arah kami, menghadap kami dari jarak bbrp meter, bertitah, “Ini untuk pemimpin dunia-Mu: Pertama sekali, anda begitu berkeistimewaan, mulia dan dihormati, dilantik untuk jawatan yang sangat tinggi, dihormati, disanjung di dunia ini. Kedua, jadi jadilah pemimpin yang baik, pemimpin yang mulia, pemimpin yang dihormati, pemimpin yang lebih baik daripada diri anda sekarang kerana anda bukan hanya memimpin, bukan hanya memerintah rakyat. Anda menjalankan misi TUHAN untuk memimpin mereka ke jalan yg betul ke arah ketinggian akhlak, rakyat yang damai dan penyayang sesama mereka, terhadap rakyat negara jiran dan terhadap semua makhluk yang dikurniakan oleh TUHAN untuk hidup di planet ini. Ketiga, jadi apa yg perlu anda laksanakan, anda dah tahu, ialah Kehendak TUHAN. Hentikan segala pembunuhan dlm perang, dalam keamanan, secara terbuka atau tertutup, terutama pembunuhan fetus tak berdosa yang merupakan keturunan darah anda sendiri. Hentikan segala pembunuhan makhluk lain di planet anda. Jelasnya, anda tahu – tiada lagi penyembelihan orang-haiwan di dunia. Mereka berada di sini untuk bantu anda, berkati anda, kurniakan lebih banyak pengetahuan, keharmonian dan persahabatan. Yang seterusnya, tidak lagi saling mencerobohi negara, tidak lagi menggunakan kuasa ganas untuk menindas rakyat lain yang merupakan anak TUHAN di negara jiran anda. Jadilah contoh ketinggian akhlak, contoh pemimpun pemurah, bijak sebelum anda harapkan sikap dan mentaliti yang serupa atau berkaitan daripada rakyat anda. Memuja TUHAN, berdoa kpd TUHAN untuk bimbingan dan pembebasan roh anda. Anda akan dikurniai dengan lebih banyak kuasa, kedudukan yang lebih tinggi daripada apa yang anda ada sekarang jika anda lakukan semua itu. Dengarlah kata-kata Gurumu di Bumi, Mahaguru Ching Hai, maka anda akan menjadi makhluk hidup yang sempurna, santo yang dapat menjadi contoh dalam kedudukan anda dan di akhirat. Semoga anda semua selamat sejahtera dalam usaha untuk melaksanakan tugas anda sebagai pemimpin rakyat. Semoga TUHAN lebih byk berkati anda.” Jadi kami kata, “Amin.” Anggota rombongan-Nya juga berkata, “Amin.” Sesudah ini, Raja Ye dan anggota rombongan-Nya menyusun sepuluh jari, tundukkan kepala dan berpusing dari arah kami. Kami terasa macam kehilangan sesuatu selepas mereka tinggalkan sini. Tetapi apa yang nak dibuat? Kita semua ada kerja untuk dibuat. Kita semua ada tugas untuk diuruskan. Kita harap kita dapat jumpa dgn mereka di sesuatu tempat suatu hari nanti secara berulang kali. Photo Caption: “Bermanfaat dgn Cantik dan Penyayang”











