Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, maklumat diberikan tentang bahaya perubahan iklim, dengan penyumbang utama ialah pengeluaran daging orang-haiwan serta bagaimana penyelesaian yang paling mudah dan senang adalah menghindari daging orang-haiwan.Jeffrey: Saya optimistik dengan matlamat persidangan hari ini dan persidangan seperti ini yang berlangsung di seluruh negara ini. Jadi bagi pihak rakan sekerja saya, majlis bandaraya dan seluruh bandar West Hollywood, saya ingin alu-alukan kalian ke komuniti kami di sini dan terima kasih atas kepimpinan yang kalian berikan. West Hollywood, seperti biasa, ghairah dan sedia untuk berdiri bersama kalian dalam perjuangan ini. Terima kasih banyak-banyak. (Whoo!)MC: Jane Velez-Mitchell: Saya ingin berkata bahawa ada banyak restoran vegan dan pilihan vegan yang ditawarkan di West Hollywood. Kita suka akan itu, kan? (Ya!) Woah!Seperti yang telah kita katakan, perubahan iklim ialah gerakan di seluruh dunia. Kita ada set yang benar-benar bersifat antarabangsa di sini hari ini. Saya bukan hanya merujuk kepada diri sendiri. Sekarang saya ingin perkenalkan pengacara bersama untuk siaran langsung yang mengagumkan ini, dari Kanada, penulis Donald Gilmore. Silakan, Donald.MC: Donald Gilmore: Terima kasih, Jane. Krisis perubahan iklim bukan lagi suatu subjek perdebatan. Ahli sains, ahli politik, pemimpin syarikat dan pemimpin semua agama menggesa orang ramai supaya ubah gaya hidup mereka bagi membendung pemanasan global dengan lebih banyak mengitar semula serta kurang gunakan tenaga dan air. Namun begitu, penyelesaian paling berkesan dan serta-merta yang benar-benar dapat mengurangkan tiga suku daripada gas pemanasan global yang merundung kita ialah satu cara yang nampaknya tiada sesiapa yang bincangkan. Ia sangat mudah: Ubah diet kita.MC: Jane Velez-Mitchell: Itu dah pasti. Ini makanan segera alam semula jadi. Kita ambil, gigit dan makannya. Apa lagi boleh lebih pantas? Kita gembira untuk berkata bahawa sekarang buat kali pertama, kumpulan alam sekitar, penyokong hak asasi haiwan, kumpulan antara agama, dan ya, malah media, berkumpul untuk membantu dunia menyedari kegilaan diet biasa Amerika, diet yang musnahkan diri sendiri yang malangnya tersebar ke seluruh dunia, seperti yang kamu sebut tadi, Donald.MC: Donald Gilmore: Memang begitu. Tapi jangan terimanya daripada kami saja. Mari kita dengarnya daripada pakar yang telah mengkaji krisis pemanasan global secara saintifik dan teliti.VO: Perubahan iklim sebagai luka sengaja kendiri, boleh dikatakan begitu…...boleh hapuskan aset yang sudah tak seberapa.Kita telah sampai ke tahap kita hadapi kecemasan sebenar.Perubahan iklim bertanggungjawab terhadap konflik yg hanya boleh menjadi semakin rumit pada masa depan jika kita tidak bertindak secepat mungkin.Kita akan alami malapetaka yang ditambahkan pada malapetaka lain.Sehingga penularan penyakit.Jika masa depan dunia bergantung pada saya, apa yang akan saya buat?Litupan ais Kutub Utara mencair dengan pantas sekali tetapi apa yang kelihatan penting bagi saya ialah sesetengah kesan yang kita saksikan sekarang berlaku dua kali lebih pantas daripada yang diramalkan oleh ahli sains lima tahun yang lalu saja.Laporan yang dikeluarkan awal tahun ini oleh Panel antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) PBB menyimpulkan bahawa suhu global kian meningkat dan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti manusia.Jika kalian lihat Laporan Penilaian Keempat IPCC, kami telah menilai beberapa senario penstabilan.Pada 2010, mungkin sudah terdapat sebanyak 50 juta orang yang terpaksa berpindah akibat perubahan iklim, penggurunan dan penyahhutanan.Pakar beritahu kita bahawa situasi di sebalik krisis ini bukanlah yang sementara saja.Keadaan menjadi makin hari makin susah.Jam hari kiamat perubahan iklim berdetik dengan lebih pantas menuju tengah malam. Kita tidak bertindak balas dengan cukup pantas.Jadi perubahan iklim jelasnya akan berikan kesan negatif yang besar.Skala dan kelajuan perubahan alam sekitar pada permulaan abad ke-21 ialah panggilan kejut yang serius kepada kita sebagai manusia di planet ini.Cabaran yang kalian hadapi adalah untuk buktikan kepada orang bahawa kalian serius dengan penyesuaian dengan apa yang tak dapat dielakkan.Pengeluaran dan pemakanan daging adalah sangat intensif dari segi pelepasan karbon dioksida. ...lebih banyak daripada semua kereta, lori dan kapal ditambahkan.Makanan yang kita makan, bagaimana ia dikeluarkan dan jenis makanan yang kita makan adalah sangat penting.Segala-galanya datang dengan kesan alam sekitar khususnya pengeluaran daging lembu.Kita makan terlalu banyak daging di dunia ini.Itu punca masalah iklim, pemakanan daging kita....sesuatu yang malah memudaratkan kesihatan manusia.Hari ini, jika kita ingin mengurangkan pelepasan CO2, gaya hidup vegan memang suatu cara yang sangat berkesan.Saya makan banyak hidangan vegetarian. Saya rasa itu sesuatu yang boleh kita semua lakukan.Ada beberapa manfaat alam sekitar yang menakjubkan dengan mengambil beberapa langkah menuruni rantaian makanan.Hanya untuk satu hari atau lebih drpd itu, menjadi orang [vegan].Biar kita dekati perubahan iklim bukan sebagai suatu ancaman masa depan tetapi sebagai suatu peluang sekarang untuk bekerja bersama.Masa untuk bertindak adalah sekarang.Individu boleh mengambil tindakan.Jika kita memahami ini dan mengambil tindakan yang perlu, sebenarnya kita ada situasi yang jauh lebih baik.Jika kalian kurang makan daging, kalian akan menjadi lebih sihat dan planet ini akan menjadi begitu juga.Maka ada sesuatu jenis kesedaran tentang tanggungjawab individu untuk menjaga planet ini.Kita tak boleh kurang berani dan revolusioner dalam pendekatan untuk menangani perubahan iklim.Ini situasi menang-menang jika kalian kurang makan daging.Jadilah Vegan, Pelihara Alam dan Selamatkan Planet Kita.MC: Jane Velez-Mitchell: Itu mengagumkan! Saya tak tahu bahawa Putera Charles seorang vegan! Agaknya baginda adalah begitu sekarang, kan? Lebih baik baginda segera menjadi begitu. Amalkan apa yang dikatakan, bukan?Baiklah. Kita begitu teruja hari ini adanya bersama kita salah seorang pemimpin yang merintis dalam gerakan ini. Beliau merupakan pengarang buku laris ‘Diet Keamanan Dunia: Pemakanan untuk Kesihatan Spiritual dan Keharmonian Sosial’. Tajuk yang begitu baik, buku yang begitu baik. Biar saya perkenalkan sekarang, Dr. Will Tuttle!Dr. Will: Sangat seronok berada di sini. Seperti yang telah kita dengar tadi, saya Dr. Will Tuttle. Saya pengarang buku ‘Diet Keamanan Dunia’. Saya telah menjadi vegan selama kira-kira 28 tahun. Terima kasih.Lebih kurang 10 atau 15 tahun yang lalu, saya mula berfikir bahawa seseorang harus menulis buku yang bukan sahaja berikan implikasi alam sekitar, implikasi kesihatan dan implikasi kekejaman terhadap haiwan dengan hidangan kita tetapi juga gambaran yang lebih luas tentang kesannya kepada kita dari segi rohani dan psikologi, sejarah dan antropologi seluruh budaya ini serta peranan utama yang dimainkan oleh sikap menganggap haiwan sebagai komoditi saja dlm kesukaran kita sendiri untuk menyelesaikan masalah kita. Jadi saya berfikir bahawa seseorang akan menulis buku yang akan berikan gambaran yg luas ini. Saya menunggunya ditulis dan isteri saya berkata – Madeleine, pasangan saya – berkata, “Jika kamu nak baca buku itu, saya rasa lebih baik kamu tulisnya.” Jadi (Ya.) saya habiskan masa lima tahun untuk menulis buku ini. Saya memang berbesar hati berada di sini hari ini dan menjadi sebahagian daripada gerakan ini yang saya percaya dalam hati saya ialah gerakan yang paling berkuasa di planet ini untuk evolusi positif, keamanan dan keharmonian.Sekarang saya ingin mengambil sedikit masa untuk memperkenalkan Mahaguru Ching Hai. Ketika saya pertama kali saksikan video Mahaguru Ching Hai pada tahun 1980-an, saya segera tertarik oleh kehadiran-Nya yang penuh belas kasihan serta kebijaksanaan-Nya yang relaks dan mendalam. Dengan berlalunya tahun-tahun, rasa hormat saya kepada Beliau sebagai seorang guru spiritual telah begitu banyak bertambah sehingga saya anggap Beliau sebagai salah satu cahaya paling terang dan mengilhamkan yang memancari Bumi ini hari ini.Pada bila-bila saya menjadi putus harapan dengan kebutaan dan kekejaman manusia, saya hanya perlu memikirkan Mahaguru Ching Hai dan pelajar-Nya yang penyayang dan ghairah serta semua kerja yang mereka buat dengan ikhlas untuk menggalakkan Belas Kasihan dan Kedamaian. Saya tahu bahawa Beliau ilhamkan suatu gerakan yang hebat untuk meningkatkan kesedaran di planet ini.Apabila orang tanya saya ajaran spiritual dan teladan siapa paling saya rekomenkan, itu Mahaguru Ching Hai. Bagi saya, Beliau ialah keajaiban hidup. Di sebelah fizikal luaran, Beliau seorang wanita Asia yang kecil molek dari sebuah kampung yang biasa. Membesar di Vietnam, Beliau mengikut tradisi agama Kristian dan Buddha, dan juga sendiri mengalami kegerunan peperangan.Saya rasa sejak kecil lagi, ada kasih sayang terhadap semua hidupan yang bersinar dlm diri-Nya bagai bintang yang terang, sentiasa memimpin Beliau. Akhirnya Beliau berpindah ke Jerman, berkahwin dengan seorang doktor Jerman dan bekerja dalam program sosial di sana.Namun begitu, panggilan spiritual-Nya begitu kuat sehingga Beliau terasa perlu pergi ke India dan dengan restu penuh kasih sayang suami-Nya, Beliau pergi ke pergunungan Himalaya untuk mencari guru spiritual sebenar. Beliau menahan banyak kesusahan di sana tetapi akhirnya menemui seorang Guru agung di kawasan pergunungan yang terpencil. Melalui amalan meditasi intensif-Nya, Beliau capai pengertian yang mendalam tentang sifat realiti.Beliau kembali ke timur Asia tanpa berfikir hendak mengajar tetapi Cahaya Kasih Sayang dan Kebijaksanaan-Nya menarik minat orang. Beliau segera menjadi tumpuan perhatian bagi pelajar yang mencari ilham dan bimbingan spiritual. Apabila kesedaran tentang ajaran dan kehadiran kuratif-Nya tersebar, beribu-ribu orang diilhami oleh teladan-Nya dan secara spontan, pusat-pusat meditasi terbentuk di seluruh dunia dengan sesi meditasi yang kerap dan projek jangkauan komuniti untuk bantu orang dalam kesusahan.











