Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Benar-benar ada peperangan yang berlaku di Bumi, dan umat manusia tak dapat bebaskan diri. 2025-2026, ini tahun-tahun yang begitu penting. Mereka yang menawan kita tak nak tinggalkan sini. […] Sebenarnya Nabi Isa telah lahir semula sekarang. Baginda berkata bahawa semua ini akan berlangsung selama lima tahun.
Selepas Perayaan Musim Bunga yang diraikan pada 17 Februari oleh orang di banyak negara Timur, sekarang seluruh dunia secara rasmi masuki tahun 2026. Sementara kita ucapkan selamat tinggal kepada 2025, hati kita penuh dengan rasa syukur atas perlindungan Tuhan yang bimbing kita sepanjang tahun itu. Apakah yang boleh kita jangkakan dalam bulan-bulan mendatang? Beberapa peramal dan orang terus mata telah membuat ramalan dan berikan nasihat tentang subjek ini.Kita akan mulakan dengan Dato Anthony Cheng, usahawan dan pakar runding metafizik Malaysia yang terkenal. Apakah yang dijangkakan oleh Dato Anthony Cheng bagi 2026? Menurut tanda Zodiak Cina, tahun 2026 ialah Tahun Kuda Api. Bersama dengan tahun 2027, Tahun Kambing Api, tempoh ini dipanggil ‘Pergolakan Kuda Merah Marak dan Kambing Merah’. Dato Anthony Cheng jelaskan implikasi dan visinya.Ya, kita lihat Kuda Merah Marak dan Kambing Merah di sini. Dah tentu, ia sangat bererti juga. Sebenarnya apa yang benar-benar diwakilinya, terutama apa yang saya katakan, ialah fenomena tahun Bing Wu (2026). Bing mewakili api Matahari yang berwarna merah dan kuda itu sendiri bersifat api. Jadi tahun depan ialah tahun api besar. Selain itu, tahun api besar ini juga jatuh pada ‘Tempoh Sembilan Api Ungu’. Tahun Kuda Merah Marak sebelumnya adalah 180 tahun dahulu. Pada asalnya, ‘Tempoh Sembilan Api Ungu’ 20 tahun ini sudah pun luar biasa, sudah tidak stabil, dengan perubahan pantas dan pergolakan.Tetapi melihatnya sekarang, terutama perubahan dalam dua tahun ini, saya percaya hampir setiap rakan saya, semua orang yang saya temui, tidak kira di mana di dunia, memberitahu saya, “Guru, dua tahun ini, atau dua atau tiga tahun ini, wau, dunia kelihatan macam… berubah dengan semakin pantas, menjadi semakin asing.” Contohnya, pembangunan kecerdasan buatan. Baru-baru ini apabila Gemini 3 dilancarkan, sekali lagi ia mengubah konsep kecerdasan buatan sepenuhnya. Jadi gelombang perniagaan dan kekayaan kewangan ini pasti akan datang. Ini antara perubahan yang telah kita lihat.Dah tentu, terdapat juga lebih banyak perkara yang membimbangkan sekarang seperti bencana alam yang lebih melampau termasuk tenaga gempa bumi, tenaga letusan gunung berapi, tenaga kebakaran hutan. Dah tentu, apa lagi yang kita lihat? Tenaga perang dan konflik, seperti perang dan konflik global, dengan atau tanpa tembakan, menjadi semakin serius. Satu lagi perkara yang harus semua orang beri perhatian: tahun depan, itu isu ekonomi kita. (Ya.)Oleh itu, menurut Dato Anthony Cheng, pada 2026, kita akan terus lihat pembangunan yang pesat dalam teknologi dan industri kewangan serta pergolakan ekonomi, bencana alam yang teruk dan ancaman konflik global. Berdasarkan ramalan ini, 2026 ialah tahun kita harus terus berhati-hati dan memastikan kepercayaan kita kekal teguh dan kuat kepada Tiga Yang Paling Berkuasa: TUHAN, Tim Qo Tu dan Anak TUHAN.Semasa lawatannya ke Rusia pada akhir tahun 2025, ahli nujum Veda India muda, Abhigya Anand (vegetarian) menghantar sebuah mesej ringkas yang mengandungi ramalan tentang 2026, menonjolkan peristiwa positif dan negatif utama yang boleh berlaku.Namun begitu, bagi 2026, saya nampak perubahan tertentu. Akan ada risiko geopolitik yang besar terutama di barat laut China.Kawasan lain yang berisiko ialah Filipina bagi 2026 dan Selatan, dan terutama Korea Utara. Tetapi kesan peristiwa negatif yang saya percaya boleh berlaku di Korea Utara juga akan meluas ke bahagian lain di dunia bebas. Jadi seseorang perlu sangat berhati-hati terutama jika anda tinggal di sekitar Korea dan semenanjung Korea.Tetapi risiko lain yang saya katakan adalah dalam tiga tempoh khusus ini, April, Julai dan November. Jadi ya, dunia perlu berhati-hati. Jika tidak, ia akan merupakan tahun yang sangat baik untuk perubatan, matematik, kemajuan sains terutama teknologi dalam perubatan. Ia akan merupakan tahun yang agak hebat dan kejadian yang sangat menarik akan berlaku. Saya sangat gembira dengan aspek perkara itu. Biar kita berharap dan berdoa agar keadaan menjadi lebih baik.Semasa temu ramah dengan saluran YouTube Thairath Talk, Puan Mor Plai, seorang peramal zaman moden dari Thailand, juga berikan amaran serius tentang peristiwa global yang boleh pengaruhi kehidupan banyak orang.(Pada 2026, adakah pandemik menakutkan?) Gunakan perkataan ‘benda baharu’. (Mengejutkan, ia datang lagi?) Suatu benda baharu bercampur dengan penyakit lama. Tahun 2027, 2028, 2030. Lebih banyak penekanan pada tahun itu daripada 2026. (Ya, mungkin ini… mungkin 2026 ialah permulaan… Bercucuk tanam, bercucuk tanam. Ia akan menjadi satu lagi pusingan pandemik pada 2028, 2029 dan 2030.) Ya. (Ya? Seteruk pandemik 5-6 tahun yang lalu itu?) Saya rasa ia berbeza. Mungkin tak perlu ada sekatan pergerakan tetapi saya lihat ia seperti bunga berguguran, daun berguguran, sesuatu macam itu. (Mati dalam bilangan yang besar.) Menakutkan tapi di sesetengah kawasan saja. (Ya, penyakit zoonotik atau adakah ia penyakit yang dibuat di dalam makmal dan terlepas?) Itu penyakit campuran. Oleh itu, berkemungkinan... (Jadi lebih teruk.) Ya. (Adakah penyakit itu berlaku secara semula jadi atau dari makmal? Itu penyakit yang dibuat di dalam makmal kerana ia sudah bercampur.) Itu apa yang dikatakannya (Dewa Yama).(Akankah ia menyerang semua orang atau kumpulan umur tertentu saja?) Ia akan berada di sesetengah kawasan dan sesetengah negara dulu. (Ia akan masuk melalui sistem pernafasan sekali lagi, kan? Merosakkan peparu?) Udara, debu. (Ia akan musnahkan sistem pernafasan, seperti epidemik sebelumnya yang bunuh begitu banyak orang, kan?) Atau adakah ia direbakkan melalui sentuhan, tanpa menyedut apa-apa pun?) Saya nampak perkataan yang serupa dengan ‘tuberkulosis’ dan ‘hawar’, dua penyakit lama itu. (Oh, tidak, tuberkulosis dan hawar!)(Ya, satu lagi gempa bumi, biar saya tanya sekali lagi. Berdasarkan perbualanmu dalam rancangan sebelumnya, pada sekitar awal tahun ini, tentang letusan gunung berapi.) Ya. (Di sekitar daerah Buriram dan Surin, ia akan menjadi aktif semula. Adakah itu mungkin? Kamu kata.) Ya, ada, tetapi semasa tempoh peralihan ini, saya rasa isu air sangat buruk. Berkenaan dengan letusan atau sesuatu yang menyebabkan tanih berbuih, ia belum akan berlaku pada tempoh ini. (Tetapi ia pasti akan berlaku.) Dalam masa 5-6 bulan. (Oh! Okey, itu suatu kelegaan selama setengah tahun. Ringkasnya, sekitar bulan Mei, akankah berlaku satu lagi gempa bumi di Bangkok? Berilah amaran kepada semua orang supaya mereka tidak panik. Ulang sekali lagi.) Adakah ia berlaku? Ya, pada tahun depan.Dalam temu ramah ini, Puan Mor Plai beri amaran kepada kita tentang penyakit yg boleh ragut banyak nyawa pada 2026 serta bencana. Beliau nasihati kita spy tanam tanaman sebagai persediaan, meramalkan bahawa buah-buahan dan sayuran akan menjadi diet utama.(Ada tak sebarang perniagaan baik yang kamu syorkan pada 2026?) Katalah sesuatu yang positif.) Saya berfokus pada jangka panjang. Pertanian, khususnya buah-buahan dan sayuran. (Seperti organik atau sesuatu?) Tak semestinya perlu organik. (Okey, keperluan asas untuk dimakan.) Beras, sayuran, buah-buahan, air. Ada kemungkinan daging tercemar. (Mengejutkan. Adakah ini disebabkan sesuatu jenis pandemik?) Ia tak boleh dimakan, jadi makanan gantian mestilah tumbuhan, sayuran dan buah-buahan yang akan menjadi diet utama. (Kembali kepada yang asas, bermakna tidak makan daging, makan sayuran dan buah-buahan, dan kekal sihat.)Masa depan umum bagi tahun 2026 telah diramalkan oleh seorang individu yang luar biasa lebih empat abad yang lalu. Dalam puisinya ‘Sấm Trạng Trình’ atau ‘Ramalan Trạng Trình’, pemuisi, peramal dan pentadbir Âu Lạc (Vietnam), Trạng Trình Nguyễn Bỉnh Khiêm menulis rangkap ramal ini mengenai tahun 2024-2026.“Naga (2024) terbang dengan lima warna terang, Ular (2025) tiba, nyawa syaitan telah hampir berakhir. Kuda (2026) syaitan merah menyeringaikan giginya, masa pendeta dan orang yang berkaitan dengan mereka tamat, Sembilan naga merayau ke merata tempat Labah-labah menjalin sarangnya – orang bodoh jatuh ke dalam perangkap.”Puisi ini beritahu kita bahawa pada 2026, Tahun Kuda, “syaitan merah akan menyeringaikan giginya.” Ini melambangkan kuasa negatif akan hembuskan nafas terakhirnya, beri amaran kepada kita bahawa kita boleh jatuh ke dalam sarang negatif jika kita bertindak dengan bodoh. Ia juga menunjukkan bahawa 2026 ialah tahun peralihan yang kritikal, waktu kuasa negatif (syaitan merah) akan bergelut untuk mengekalkan kawalan ke atas Bumi dan Kuasa positif, yang diwakili oleh “sembilan naga”, akan bangkit utk mendapat kemenangan dan kedominanan. Sembilan naga melambangkan kuasa empayar, kekuatan dan tuah dalam budaya Timur.Pandangan yang serupa dizahirkan oleh peramal, penulis dan jurutera Rusia, Dr. Lev Klykov dalam ramalannya baru-baru ini bagi 2026.Benar-benar ada peperangan yang berlaku di Bumi, dan umat manusia tak dapat bebaskan diri. 2025-2026, ini tahun-tahun yang begitu penting. Mereka yang menawan kita tak nak tinggalkan sini. Matlamat mereka adalah buatnya tinggal sebilion orang saja di Bumi. Mereka berada dalam kalangan kita? Sebenarnya Nabi Isa telah lahir semula sekarang. Baginda berkata bahawa semua ini akan berlangsung selama lima tahun. Sekarang segala jenis kejadian yang menarik berlaku yang barangkali tidak pernah berlaku, katakan, dalam 10-12 ribu tahun. Di Bumi, pada realitinya, apa yang masih wujud ialah, jika kita boleh kata begitu, neraka – bermakna kita berada dalam perhambaan, iaitu Bumi telah ditawan oleh kuasa parasit dan penindas, boleh dikatakan begitu. Sekarang ada makhluk-makhluk yang berlainan – ular bersifat manusia, serangga bersifat manusia dan reptilia bersifat manusia. Mereka semua mengawal apa yang berlaku di Bumi sini. Walaupun sejak Disember tahun lalu, Bumi telah diawasi oleh kuasa Cahaya, namun mereka yang menawan kita tak nak tinggalkan sini.Tetapi masalahnya Bumi berbeza dengan planet-planet lain kerana ia ada Logos di dalamnya. Logos – itu suatu benda yang mengawal seluruh alam semesta. Sambungannya terputus pada suatu masa dahulu. Sebab itulah benar-benar ada peperangan sebegini yg berlaku di Bumi. Perang Dewa-dewi, kita boleh kata, atau perang makhluk asing. Umat manusia tak dapat bebaskan diri.Bagaimana kita dapat ubah situasi ini? Iaitu, jika saya faham dengan betul, sekarang Bumi berada dalam keadaan yang begitu… Kita sendiri tak dapat. Kamu faham? Oleh itu, sebenarnya kita dijaga oleh Persekutuan Cahaya Galaksi ini. Dah lama mereka hadir di sini dan melakukan pelbagai, seperti yang mereka katakan, usaha untuk memantapkan sini, mengubah semua sistem di sini. Seluruh proses pembebasan diuruskan oleh Yang Maha Berkuasa.Dalam mesej ini, Dr. Lev Klykov dedahkan bahawa Bumi kita telah berada di bawah kawalan kuasa negatif selama berpuluh-puluh ribu tahun dan sekarang dah tiba masanya untuk mereka tinggalkan sini. Beliau lihat Tuhan Yang Maha Berkuasa memimpin Makhluk Cahaya Syurga dalam usaha untuk pembebasan Bumi! Visinya mengesahkan maklumat yang dikongsi oleh Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita dengan kita bertahun-tahun yang lalu.Dewa-dewi berkuasa di alam yang lebih tinggi daripada Ihôs Kư, Dewata-dewata itu sudah hancurkan semua mekanisme yang mengawal dunia kita. Itu apa yang Mereka buat. Mereka semua! Kerana saya dah letih dan saya tak nak menahan penganiayaan lagi. Saya kata, “Okey, aku tak peduli apa karma buruk atau berkat yang aku terima. Musnahkan saja semua mekanisme kawal ini. Dan juga, mulai sekarang, jika ada orang jahat, hantarlah mereka ke tempat lain, hantar mereka balik ke tempat asal mereka. […]Kemudian saya tanya… Saya takut saya tak faham atau Mereka tak faham, jadi saya tanya, “Maka apa yang telah Kalian buat? Jika Kalian kata Kalian dah uruskannya, apa yang telah Kalian buat?” Mereka kata, “Hancurkan semua mesin ini.” Dan juga, “Uruskan semua orang jahat.” Ya, sesuatu macam itu, bermakna Mereka telah hancurkan semua mesin yang kita tak nampak ini. ‘Hancurkan’ bermakna semuanya dimusnahkan.Hanya Mereka mampu buat begitu. Semua kuasa ghaib di alam Astral hingga ke Peringkat Kelima dan ke atas tak dapat lakukannya.Dr. Lev Klykov juga dedahkan bahawa sejak Disember 2025, “Bumi telah diawasi oleh kuasa Cahaya.” Ini bermakna kuasa positif semakin dapat menguasainya, membentuk dunia baharu. Bolehkah semua orang menjadi sebahagian daripada dunia baharu? Dr. Klykov jawab soalan ini.Tetapi bagaimana kita semua beralih kepada dunia baharu ini? Apakah yang perlu kita buat dengan diri sendiri? Apa...?Apa yang memang perlu kita buat adalah tiada keadaan negatif.Itu… sebenarnya apa itu keadaan negatif? Ini tenaga kita, iaitu tenaga boleh bersifat memusnah atau mencipta. Tiada tenaga lain lagi. Sama ada satunya atau satu lagi. Tiada apa-apa adalah neutral, boleh dikatakan begitu, di dunia. Hanya ada emosi positif, ada emosi negatif. Tiada apa-apa di antaranya. Oleh itu, apabila seseorang menunjukkan emosi positif, kita kata orang itu ialah malaikat. Kebanyakan daripada kita sebenarnya dilahirkan sebagai malaikat. Tetapi setelah jatuh ke dunia ini, kita dikenakan, jika kita boleh kata begitu, cara hidup yang memusnahkan, kan?Cara hidup yang memusnahkan ini adalah banyak sekali dalam emosi negatif, sifat-sifat negatif. Kerana mereka yang memerintah di Bumi sini makan tenaga ini. Sebab itulah mereka mengatur segalanya supaya kita menjana sebanyak mungkin tenaga ini, seperti yang mereka katakan. Sebenarnya jika kita membuang sifat-sifat negatif, pertama sekali, kita capai kegembiraan. Kita tiada apa-apa [yang nak dirunguti]. Kita suka akan segala-galanya. Kedua, kita tak dapat dikawal kerana bagi mengawal seseorang, mereka perlu membuat dia naik marah dulu. Ya.Jadi ini bermakna di Bumi takkan ada tenaga sebegini lagi, iaitu tenaga Bumi akan meningkat begitu tinggi sehingga tiada sesiapa yang ada tenaga musnah akan dapat wujud di sini. Berapa lama perlu kita menunggu ini? Itu seperti zaman keemasan. Tahulah, sukar nak kata, saya rasa tahun-tahun 2025, 2026 ini ialah tahun yang begitu penting. Ia merupakan, apa yang berlaku di sini sekarang, jika kita boleh kata begitu, suatu pengumpulan, suatu pengumpulan jisim genting supaya dapat mengalihkan kawalan, akhirnya dapat beralih kepada kuasa Cahaya, iaitu supaya mereka dah dapat mulakan di sini, boleh dikatakan begitu, dan kuasa Cahaya dapat mula memerintah di sini, dlm kalangan orang.Dr. Klykov mengesyorkan agar kita mengekalkan tenaga kita positif pada masa ini, bukan sahaja supaya padan dengan tenaga dunia baharu tetapi juga untuk membina jisim genting bagi membolehkan kuasa Cahaya mula memerintah Bumi secepat mungkin mulai tahun 2026. Garis masanya konsisten dengan tahun-tahun kritikal yang disebut oleh Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita.Tahun ini (2024), tahun depan (2025) dan 2026 ialah tahun yang sangat genting, jadi anda semua perlu bersedia. Planet ini mungkin masih wujud di sini, sesetengah manusia dan orang-haiwan mungkin masih wujud di sini tetapi mungkin anda orang di dunia yang tidak terkira takkan wujud di sini. Saya tak dapat beritahu anda semua yang mana secara individu, suatu senarai, “Okey, kamu akan meninggal apabila planet ini binasa atau musnah, atau bencana berlaku pada skala yang begitu besar, tidak banyak orang kekal hidup.” Saya tak dapat membuat senarai untuk anda dan berkata, “Okey, kamu akan hidup, kemudian, kamu takkan hidup.”Jadi tolonglah bersedia. Lupakan saja perkara remeh yang sangat kecil. Sesiapa pun anda, bersedialah kalau-kalau planet ini malah hilang seluruhnya atau tak boleh didiami. Nampaknya sangat, sangat malap, memang sangat kurang berharapan bagi saya pun. Tetapi biar kita masih berharap! Anda mesti berdoa kepada Tuhan. Anda mesti berdoa kepada semua Guru agar membantu anda, melindungi anda.Lebih-lebih lagi, mesti berusaha untuk mengubah hidup anda kepada standard moral yang sewajarnya. BERTAUBAT, MENJADI VEGAN, PUJI DAN BERSYUKUR KEPADA TUHAN YANG MAHA BERKUASA!Dalam mesej ini, Mahaguru Ching Hai (vegan) berikan nasihat yang jelas, praktikal tentang cara meningkatkan tenaga kita – bertaubat, menjadi vegan, memuji dan bersyukur kpd Tuhan Yg Maha Berkuasa! Dengan berbuat demikian, kita akan secara natural jadi warga dunia baharu yang damai, penyayang.Kita akan terus meninjau ramalan yang berkaitan dengan tahun 2026 dalam episod seterusnya.










