Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Namo Maitreya Muni Berbelas kasihanlah terhadap semua makhluk hidup dalam ketidakupayaan sepenuh Halo Syurga memakrifatkan orang jahil Turun ke Bumi untuk menyelamatkan mereka yang merana!
Hidup ialah mimpi yang panjang, persambungan satu siri mimpi, besar dan kecil. Siluet seekor burung di atas tasik akhirnya hilang, hanya ketenangan di permukaan tasik berkekalan, tidak terhalang dan tanpa kebimbangan. “Di atas tasik, siluet seekor swan yang terbang Pergerakan di atas air terkenangkan kekosongan dalam satu lagi hayat.” Dan masa berterusan dalam khayalan sekilas hingga hari hati menjadi tenang. Pada masa itu, roh yang sedar dan bulan yang gembira akan melimpah di seluruh dunia.Awan meluncur di langit biru Bau hujan dalam angin sejuk Di atas tasik, siluet seekor swan yang terbang Pergerakan di atas air terkenangkan kekosongan dalam satu lagi hayat Resah pada malam hari, tersalah anggap mimpi sebagai hidup Pada bantal, bulan memancar dengan lembut pada larut malam Fikiran dalam tafakur selama banyak jam Fikiran tenang, sebuah mimpi abadiSemasa sambutan Perayaan Kuih Bulan 1997 di Los Angeles, California, Amerika bersama penulis, seniman Âu Lạc (Vietnam) dan ahli-ahli persatuan kami, Mahaguru Ching Hai telah dijemput ke atas pentas untuk mempersembahkan lagu rakyat ‘Pokok Buluh Anggun’.Master: Lagu ini ialah cerita rakyat Âu Lạc (Vietnam) yang digubah muzik oleh penggubah handalan, Beethoven Âu Lạc (Vietnam), Phạm Duy sekali lagi. Dia kata dia nak kembali ke sini semula kerana ada sesuatu untuk dibuat di sini. Saya berkata kepada orang lain, “Baiklah, selamat datang.” Saya takkan kembali ke sini. Saya tak rasa begitu. Saya tak sukanya. Tapi kadangkala menyeronokkan di sini.Okey, lagu ini saya nyanyikan kerana saya nak dedikasikannya kpd dia, penghibur agung zaman kita. Dia telah buat kita tepuk tangan, buat kita menangis dan dedikasikan sepanjang hidupnya terhadap melodi muzik mulia. Sekarang saya akan berasa bangga bernyanyi untuk dia. Saya tahu mungkin buat kali pertama, dan dia harap bukan kali terakhir. Lagu ini saya dedikasikan kepada kamu juga.Lagu ini berjudul ‘Kak Ngah’, tahulah, Kak Long. Di Âu Lạc (Vietnam), kami panggil Tuhan nombor satu. Okey? Jadi bagi apa-apa yang lain, yang paling baik pun boleh menjadi nombor dua saja. Faham? Jadi kami tidak memanggil kakak sulung sebagai ‘Kak Long’. Kami panggil ‘Kak Ngah’. Kak Ngah. Sebab itulah mereka panggil saya ‘Kak Ngah’. Tidak. Saya memanggil diri ‘Kak Ngah’. Ya? Mereka panggil saya ‘Kak Long’.Jadi lagu ini mengenai seorang lelaki yang jatuh cinta pada Kak Ngah. Anak perempuan sulung mana-mana keluarga. Ia sangat merdu, melodi dan lirik yang sangat indah. Ia sangat mudah saja, ungkapan mudah bagi cinta murni orang desa. Dia buatnya menjadi muzik yang begitu merdu. Saya harap saya tidak memalukan dia dengan suara saya. Bagaimanapun, saya cuba sedaya upaya. Seseorg hanya boleh cuba sedaya upaya. Saya dedikasikannya kepada kamu supaya pada bila-bila kamu rindui Kak Ngah, kamu boleh memikirkan lagu ini sekali lagi. Okey?Pokok buluh anggun Bertumbuh di tepi kolam Kak Ngah begitu cantik di mana-mana pun dia berdiri Kak Ngah begitu cantik di mana-mana pun dia berdiri... Pokok buluh anggun Bertumbuh di tepi rumah komunal kampung Kak Ngah begitu cantik semasa dia berdiri seorang diri pun... Kak Ngah begitu cantik semasa dia berdiri seorang diri pun... Pokok buluh anggun Bertumbuh di tepi kolam Aku telah jatuh cinta pada Kak Ngah Mana boleh dia sampai hati tidak mempedulikan aku? Mana boleh dia sampai hati tidak mempedulikan aku?Selepas lama berpisah, dalam hati kekasih, seluruh Syurga dan Bumi kelihatan macam meraikan waktu pertemuan semula. “Bumi penuh dengan tenaga hidup, Amat gembira dengan pertemuan semula kita, Hari gembira yang diimpikan, meriangkan, Bersama seperti di pertemuan pertama kita.” Suasana harmoni dengan cinta kasih, kosmos terpesona oleh lagu-lagu gembira, dan hidup penuh dengan bau harum bunga.Aku bertolak, mengembangkan sayapku ke langit. Aku akan melawatmu! Orang yang aku hargai... Aku akan melawatmu! Orang yang aku hargai...Bumi penuh dengan tenaga hidup, Amat gembira dengan pertemuan semula kita, Hari gembira yang diimpikan, meriangkan, Bersama seperti di pertemuan pertama kita. Biar kita tidak ingat akan Malam-malam murung, Kerana mulai sekarang Kita bersama Kerana mulai sekarang Kita bersama Masa yang panjang... masa yg panjang!Tangan terbuka, Ciuman yang dalam, lembut, Bersama malam ini Biar kita lupakan masa lalu Dan yang selebihnya. Bersama malam ini Biar kita lupakan masa lalu Dan yang selebihnya.Kita bertolak pada waktu matahari terbit, Pulang pada waktu senja, Bernyanyi pada malam bulan purnama, Berkorus pada hari berangin sepoi-sepoi. Hidup ialah taman bunga yang harum, Ya Tuhan! Hidup ialah taman bunga yang harum, Ya Tuhan!Menyedari bahawa hidup ialah ilusi dan nampak dengan jelas bahawa kewujudan manusia bermakna kekusutan dan penderitaan, seseorang mulakan perjalanan, meninggalkan ilusi fana dan perdambaan yang tidak perlu untuk mencari Kebenaran, mencari jalan ke arah pembebasan daripada kitaran lahir dan mati.Aku mencari Buddha di merata tempat Mengetepikan kekayaan dan keselesaan, Meninggalkan harta benda dan kekasihku! Meninggalkan kehidupan seperti rumah inap di tepi jalan, Hanya sebuah pertunjukan komedi – kejayaan dan kemasyhuran!Aku mencari kedatangan semula Buddha Tetapi gunung tinggi dan laut luas Engkau boleh di mana? Dunia dalam kegelapan dan penuh dengan kesengsaraan Makhluk yang tidak terkira teringinkan Engkau.Namo Maitreya Muni Berbelas kasihanlah terhadap semua makhluk hidup dalam ketidakupayaan sepenuh Halo Syurga memakrifatkan orang jahil Turun ke Bumi untuk menyelamatkan mereka yang merana!