Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Punca Jatuh ke dalam Neraka yang Paling Penting yang Didedahkan Tuhan, Bahagian 7 drpd 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jika anda ialah anak murid Tuhan saya, maka anda perlu buat apa yang saya suruh atau apa yang semua kitab agama suruh. Anda boleh baca dan mengesahkannya. Jika anda masuk, mendakwa diri sebagai anak murid saya hanya untuk mempergunakannya, kedudukan anda dan sedikit pengetahuan yang anda curi daripada saya untuk keluar menipu orang dan memenuhi cita-cita rakus anda, memuaskan ego anda, maka maya akan buat anda menjadi alat berkesannya. Kemudian anda akan menjadi hamba bawahannya. Anda akan buat apa-apa saja yg disuruhnya. Jika tidak, siaplah anda. Itu sebabnya, seperti Ruma atau Trần Tâm, atau apa-apa saja semua namanya, melakukannya. Dia tak pernah ragu-ragu untuk memudaratkan orang lain, malah merogol kanak-kanak, sama seperti paderi Katolik. Saya ingat ini takkan berlaku dalam kumpulan saya tetapi ia berlaku. Sekurang-kurangnya orang yg bernama Trần Tâm atau Rumaji, apa-apa saja.

Itu menyedihkan tetapi manusia tidak senang dengar kebaikan, pengetahuan tinggi atau kebijaksanaan sebenar, hanya begitu senang untuk jatuh ke dalam kehidupan senang, tergoda oleh segala jenis benda yang disediakan oleh maya utk mereka. Setelah anda berada di dalamnya, sukar untuk keluar, tetapi masih ada masa. Selagi saya di sini, saya akan menerima anda dengan tangan terbuka dan mengajar anda jika anda ikhlas, benar-benar memuja Tuhan dan ingin pulang ke Rumah di Alam Tuhan. Saya sentiasa mengalu-alukan anda. Karma anda, saya akan bersihkan semuanya tanpa kos, apa-apa pun. Saya takkan minta apa pun drpd anda.

Saya jalankan perniagaan tetapi ia adil, malah lebih adil daripada perniagaan luar. Kami mengambil untung 10% saja supaya kami dapat teruskan dan bantu orang lain juga. Sebab itulah saya tidak sekaya banyak orang yang anda rasa kaya. Saya kaya tetapi tak terlalu kaya kerana saya bantu orang lain. Saya tidak memperoleh begitu banyak tetapi berikan jauh lebih banyak daripada orang lain yang ada jauh lebih banyak wang tetapi tidak berikan. Semuanya wang Tuhan. Jika saya berikannya, semuanya dengan Nama Tuhan. Saya tahu bersyukur kpd Tuhan atas itu. Jika Tuhan tidak mahu saya berikan lagi atas sebarang sebab, maka saya perlu berhenti. Buat masa ini, Tuhan tidak mahu saya bersedekah lagi kerana Dia kata pengadilan perlu adil dan lurus. Ia tak boleh dibantu oleh faktor luar dan dengan mengubah Hukum. Meskipun Tuhan hantar kita ke sini atau biar kita datang ke sini, Tuhan perlu adil juga. Contohnya, jika kita orang Amerika dan pergi ke negara bersekatan, presiden kita tak boleh benarkan kita buat sesuatu yang disekat di negara bersekatan itu. Dia tak dapat bantu kita jika kita melanggar undang-undang sekatan negara bersekatan itu. Tetapi kita tetap boleh berbuat amal, amal jariah sebesar mungkin, menurut agama Buddha. Saya akan beritahu anda.

Meskipun anda berbuat amal di dunia ini, anda tak boleh tidak suci dan tidak baik. Itu sebabnya maya akan pergunakan amal jariah dan ego anda yang wujud dengan amal jariah untuk menghukum anda kerana syaitan akan berkata bahawa anda bunuh ciptaan mereka, penduduk mereka di dunia ini, dan anda bunuh orang-haiwan mereka untuk dimakan, misalnya macam itu, dan anda jalankan perniagaan yg tidak adil, mengambil terlalu banyak. Anda berusaha sikit tetapi mengambil terlalu banyak dan menjadi kaya tanpa keadilan. Maka dia akan gunakan semua itu untuk menghukum anda, heret anda ke neraka atau ambil anda ke dalam kumpulan mrk untuk buat anda lakukan lebih banyak perbuatan jahat supaya mereka dapat menghukum orang lain, disebabkan oleh kepercayaan anda, dengan mengikut anda untuk berbuat jahat. Macam itulah.

Dalam agama Buddha, Buddha juga berkata bahawa apabila anda memberi dengan hati yang murni dalam kesucian dan orang yang menerimanya juga berhati murni dalam kesucian, maka kedua-duanya akan dapat pahala. Jika tidak, tidak mendapatnya.

Liang Wu-Ti, Maharaja Liang, sangat megah kerana baginda bina banyak tokong dan beri makan kepada banyak biksu untuk mengkaji agama Buddha. Baginda rasa baginda paling baik tetapi apabila baginda tanya Guru Agung Bodhidharma berapa banyak pahala yang baginda ada daripada membina tokong, beri makan kpd biksu dan sebagainya, Guru Agung Bodhidharma berkata kepada baginda, “Tiada. Tuanku tiada apa-apa pun.” Sebab itulah Maharaja Liang sangat murka dan tidak menyambut Bodhidharma dengan baik lagi selepas itu. Baginda tidak mahu lihat Beliau lagi. Bodhidharma sangat sopan. Beliau hanya kata, “Tuanku tidak mendapat apa-apa pun.” Baginda seharusnya beritahu Maharaja Liang bahawa baginda akan pergi ke neraka disebabkan banyak perbuatan jahat lain yang dilakukannya. Dan jika baginda bukan vegan, maka itu dah pasti. Mempersendakan Tuhan, Buddha, menyangka bagindalah orang yang beri makan kepada biksu, bagindalah orang yang membina tokong.

Siapa beri semua wang ini kpd baginda? Tuhan yang berikan. Tuhan mengamanahkan baginda dgn takhta untuk berbuat baik kpd orang. Itu normal. Baginda harus bersyukur kepada Tuhan kerana berpeluang untuk melakukannya. Baginda ada kedudukan utk lakukannya. Tetapi semua wang datang daripada pembayar cukai. Baginda tak pernah buat apa-apa yg baik untuk memperolehnya. Sebab itulah baginda tiada pahala pertama-tamanya. Tapi jika baginda bersyukur kpd Tuhan, berterima kasih atas pahala Buddha dan dengan rendah diri tahu bahawa bukan baginda yang lakukan segalanya yg baik, maka baginda akan mendapat pahala besar dan menjadi bermakrifat. Dan Bodhidharma akan mengajar maharaja itu Kaedah Quan Yin makrifat semerta. Baginda akan menjadi santo sebenar, bukan hanya penunjukan luaran. Tapi dah tentu, sebagai seorang raja, kita dah begitu biasa dengan bersifat angkuh dan begitu biasa dengan orang memuji kita, jadi sangat sukar untuk merendah diri.

Banyak raja, banyak pemimpin besar pergi ke neraka, kebanyakan drpd mrk. Saya takkan mohon maaf mengatakan itu kerana itu kebenaran. Hanya raja yang rendah diri, berkhidmat untuk rakyat dengan baik, dengan segala niat baik, bersyukur dan menganggap segalanya dilakukan oleh Tuhan, Buddha akan pergi ke Syurga. Mungkin dia malah cukup bertuah untuk bertemu dengan Guru Sempurna untuk mengajar dia kaedah pembebasan seperti Kaedah Quan Yin, contohnya. Tapi hingga sekarang, tiada satu pun daripada mereka adanya. Jadi saya cuma berdoa agar sekurang-kurangnya mereka rendah diri, bersyukur kepada Tuhan, memuji Tuhan dengan sepenuh hati dan rendah diri setiap hari. Bersyukur kepada Tuhan, berterima kasih kpd Santo & Orang Suci atas segalanya yang telah diterima dan sedang diterimanya. Saya cuma harap sekurang-kurangnya dalam hati, mereka buat begitu, tetapi sangat sukar. Lagi tinggi kedudukan lagi angkuhnya anda. Hanya dengan kedudukan! Kedudukan yang tinggi melahirkan keangkuhan dan meresap ke dalam diri anda, minda anda, otak anda dan buat anda menjadi angkuh macam itu. Ini jenis kejadian natural maya, akibat natural berada di kedudukan yang lebih tinggi. Sebab itulah sebelumnya kadangkala saya beritahu anda secara berseloroh bahawa syukurlah anda bukan raja.

Sebab itulah semua orang yang angkuh pergi ke neraka, tiada kekecualian. Orang yang alami pengalaman hampir mati, sekurang-kurangnya mrk tidak angkuh. Sebab itulah mereka diberi satu lagi peluang dan terpilih untuk kembali ke sini bagi memberitahu dunia kebenaran tentang Syurga dan neraka, tentang segala perkara yang boleh kita buat untuk membuat dunia ini menjadi tempat yang lebih baik, atau sekurang-kurangnya membuat kehidupan peribadi anda jadi lebih baik. Kerana orang yang megah dan bercakap besar macam mereka ‘sangat beriman, sangat taat’ kepada Tuhan, semua itu, mereka pergi ke neraka kerana menyalahgunakan Kuasa Tuhan, menyalahgunakan Nama Tuhan untuk faedah ego sendiri. Sebab itulah anda tak harus mempersendakan Tuhan. Anda tak harus menyalahgunakan Kuasa Tuhan, Kemegahan Tuhan untuk mendapat untung dan kemasyhuran peribadi. Itu perkara paling buruk yang boleh anda buat!

Dalam agama Buddha, ada perkara yang serupa juga, seperti jika anda belum menjadi Buddha tetapi mendakwa diri sebagai Buddha, maka anda akan pergi ke neraka, malah selama-lamanya! Itu dosa paling besar yg boleh anda buat. Sama juga, jika anda mempergunakan Kuasa Tuhan, Nama Tuhan, Kemegahan Tuhan untuk membina jaringan ego, glamor untuk diri sendiri, maka anda pasti akan dihukum, bukan oleh Tuhan – oleh maya,ironiknya Kerana anda masuk ke dlm domain maya seperti dunia ini tetapi mendakwa diri sebagai Buddha, bermakna arah yang bertentangan, kuasa yang bertentangan, dan maya tahu bahawa anda tiadanya, maka dah tentu mereka heret anda ke bawah. Tak perlukan sebarang alasan pun kerana anda dah terlalu lemah. Anda tiada apa-apa pun tetapi mendakwa diri agung supaya orang memuja anda, berikan tawaran kepada anda, malah mengawal orang, menindas orang atau merogol orang lain, untuk wang, kemasyhuran atau nafsu hidup rendah. Maka dah tentu itu cukup untuk maya mengheret anda ke neraka kerana anda tiada sebarang kuasa yang lain untuk diri anda dilindungi.

Photo Caption: Sifat Diraja Bukanlah Hanya Warna, Itu Keturunan Hati Mulia

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android