Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Hantu Ghairah Secara Bohong Umumkan Dia ialah Buddha Maitreya, Bahagian 4 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sebelumnya, saya memang tahu sedikit tentang dia (Huệ Bửu) dan mengesyaki dia, jadi bercakap tentang dia dalam FN (Berita Selitan) tetapi tidak secara langsung dan tidak kaitkan namanya kerana saya tahu bahawa dia tahu – jika dia baca itu, dia akan tahu – dan saya tak perlu beritahu orang lain. Saya berfikir dia hanya tersilap atau sesuatu, dan selepas dengar segala penjelasan saya dalam Berita Selitan, dia akan berubah, berdiam. Tetapi tidak, tidak. Pada 23 dan 24 Ogos, selepas kita buat siaran Berita Selitan yang pertama sebelumnya, dia segera menulis di Facebooknya.

Sebelum itu, dia sudah mengugut akan suruh anak muridnya menjelaskan bahawa dia ialah Maitreya. Kemudian pada 23 hb, 24 hb, dia kata hanya dia saja yang dapat jelaskan kitab Buddha Maitreya, ‘secara tersembunyi’, dalam perincian tersembunyi, maka dia ialah Buddha Maitreya sebenar. Dia maksudkan dirinya sendiri. Jika dia jelaskan kitab itu, bermakna dia akan memutarbelitkannya sebagaimana yang dilakukannya dengan Kitab Perhiasan Bunga supaya sesuai dengan tujuannya sendiri. “Ini dosa besar! Engkau tak boleh mengubah kitab hanya supaya sesuai dgn kemasyhuran dan untung sendiri.” Itu apa yang Santo Cao Đài beritahu saya.

Hantaran Facebook oleh Huệ Bửu, 23 Ogos 2024: Buddha Maitreya diperkenalkan oleh Buddha Shakyamuni. Apabila Buddha Shakyamuni meramalkan kelahiran Buddha Maitreya, Baginda tahu bahawa pada tempoh itu akan ada banyak guru palsu yang mendakwa diri sebagai Buddha Maitreya. Oleh itu, Buddha Shakyamuni meninggalkan Kitab Mengenai Turunnya Maitreya yang mengandungi ramalan tersembunyi tentang bagaimana mengenal pasti Buddha ke-5 Eon Bertuah ini. Oleh itu, mana-mana guru Dharma yang dapat dengan jelas menerangkan Kitab Mengenai Turunnya Maitreya ialah Buddha Maitreya sebenar dan mereka yang tidak dapat jelaskannya ialah Buddha Maitreya palsu.

Petikan daripada halaman Facebook ‘Buddha Maitreya’ oleh Huệ Bửu : Sudhana muda atau Maitreya dilantik oleh Tuhan sebagai Medium Kanak-kanak dlm Cao Đài-isme Mak Cik Tư membimbing saya ke Kuil Suci Tam Thanh Cao Đài di Khánh Hậu, Tân An yang terdapat mazhab meditasi yang amalkan kaedah monoteisme atau alkimia dalaman, khususnya melalui Đàn Cơ (gunakan upacara pemujaan spiritual atau papan Ouija). […] Mereka menginisiasi saya untuk menjadi Đồng Tử (Medium Kanak-kanak) dalam Cao Đài-isme. Sekarang saya mengulang tafsiran Buddha Shakyamuni melalui Kedudukan Medium Spiritualis dalam Cao Đài-isme. [...] Maitreya dilahirkan dan diasuh dalam buaian Cao Đài-isme. Beliau tokoh Cao Đài-isme yang ada semangat perpaduan sejagat, menyerap ajaran kedua-dua Cao Đài-isme dan agama Buddha secara mendalam. Beliau beramal dalam dua agama besar ini!

Petikan daripada Ritual Tiga Hari di Altar Lapan Trigram pada 1935: Mesej daripada Yang Maha Tinggi Hanya mereka yang telah memperoleh Tao dan turun dari tempat di atas Tiga Agama Besar dapat berkomunikasi dengan Aku, tiada orang lain yang dapat, itu GURU HIDUP. Guru-guru Bermakrifat sebegini TIDAK MENYERTAI ‘Penyelamatan Sejagat Besar Ketiga Jalan Baik’ (iaitu kononnya agama Cao Đài) untuk mendapat pahala seperti engkau tetapi KEKAL BERADA DI LUARNYA untuk menyokong Misi Pembebasan-Ku. […] Dengan jelas Aku beritahu engkau, anak murid-Ku, bahawa mereka yg laksanakan tugas-Ku di dunia ini dipanggil Guru-guru Bermakrifat. Namun begitu, masih terdapat satu ‘GURU AGUNG’ yang kekal tersembunyi.

Seperti Yang Maha Tinggi nyatakan dalam petikan di atas, adalah jelas bahawa ‘GURU AGUNG’, MAITREYA tidak berada dalam kalangan pengikut agama Cao Đài. Ini menunjukkan bahawa bekas pengikut Cao Đài, Huệ Bửu memalsukan doktrin Cao Đài.

Seorang medium seperti dia bukanlah orang yang menyampai yang gunakan badannya untuk menyampaikan mesej. Dia hanyalah badan, seperti suatu alat. Sama seperti jika saya bermain gitar atau mandolin kadangkala, bukanlah mandolin yang membuat muzik. Sayalah yang mengendalikan mandolin dan membuat muzik daripadanya. Sama macam itu. Jadi mana-mana medium tak boleh umumkan bahawa dia ialah Buddha hanya kerana dia menyampaikan ajaran daripada Buddha, contohnya, jika Buddha ingin gunakan badannya. Tetapi medium perlulah suci dan vegan sepenuhnya. Santo berkata, “Dia tak boleh makan ayam dan minum arak,” macam itu. Dia buat begitu. Pada bila-bila mahu, dia makan daging orang-haiwan dan minum arak. Dalam persatuan kami, semua ahli adalah vegan dan tidak minum arak, tidak mencuri, tidak berbohong tetapi dia buat semua itu. Dan mana tahu sama ada dia masih dara seperti yang didakwakannya? Kerana medium untuk Cao Đài-isme perlulah anak dara. Tetapi mana tahu sama ada dia masih dara? Biar saya tanya Santo di sini sama ada dia begitu. Oh, “itu pun tidak”. Dah tentu, saya tiada sebarang bukti. Saya hanya dengar apa yg saya diberitahu Makan daging (orang-haiwan), minum arak dan berfoya-foya macam itu, dia dah melanggar banyak prinsip Cao Đài-isme.

Berbohong ialah dosa yang paling teruk. Dalam agama Buddha juga, jika anda berbohong bahawa anda ialah Buddha atau telah mendapat makrifat sepenuh, itu bohong terbesar. Anda akan pergi ke neraka tak henti-henti selama-lamanya. Jika dia benar-benar kaji agama Buddha, dia seharusnya tahu akan itu. Jika dia benar-benar seorang pengamal Cao Đài-isme yang ikhlas, dia seharusnya tahu akan itu kerana Santo Cao Đài mengajar semua pengikut semua prinsip ini, serupa dengan agama Buddha. Jadi ini bukan suatu kesilapan. Ini secara sengaja

kerana dia ialah hantu ghairah yang tak nak mematuhi titah Rajanya untuk pergi ke Syurga yang saya cipta untuk mereka, merayau-rayau di sini, nak menimbulkan kesusahan. Kemudian selepas dia tidak mengikut Baginda Raja Hantu Ghairah, dia mengikut dan bekerja untuk Mara sekarang. Jadi Mara suruh dia melakukan ini dan itu. Beberapa tahun ini, saya hadapi banyak kesusahan, hampir mati, lemah pada masa-masa tertentu. Jadi mereka pergunakan kesempatan itu untuk bangkit. Mereka juga tahu bahawa Trần Tâm akan tamat kerjanya tak lama lagi.

Sama seperti yang Buddha katakan bahawa syaitan, hantu dan raksasa memalsukan diri sebagai biksu dan biksuni atau pengikut berumah tangga dalam agama Buddha atau agama lain. “Selepas kuasa mereka telah haus, mereka akan ditangkap sama ada oleh pihak berkuasa atau hilang tarikan. Oleh itu, banyak tokong, biara akan menjadi kosong dan sunyi.”

“Buddha beritahu (Ananda), ‘[…] Jika ada Orang sebegini (Bodhisattva, Pratyeka-buddha atau Arhat), geng biksu jahat akan bersatu untuk membenci, memfitnah Dia […]. Dia akan diusir dan dihalau. Mereka tidak akan biarkan Dia kekal berada di tempat itu. Sejak itu, mereka semua akan gagal memperoleh pahala mengikut Jalan. Tokong akan menjadi kosong dan sunyi, dan tidak akan dibaiki lagi tetapi akan dibiarkan runtuh menjadi puing. Biksu tidak akan inginkan apa-apa kecuali barang material, mengumpulkannya tanpa pengagihan, tidak berbuat baik. […] Jalan akan menjadi cetek dan lemah, semuanya disebabkan oleh jenis orang itu. Sesetengah orang akan elakkan pengawal dgn dapatkan perlindungan Jalan saya, cuba menjadi biksu tetapi tidak amalkan rukun dan peraturannya. Pada pertengahan dan akhir bulan qamari, walaupun pada namanya mereka harus mendikirkan rukun, mereka akan rasa jemu dengannya dan rasa geram. Malas dan lalai, mereka tidak mahu dengar. Mereka akan memilih dan menyingkatkan sana sini, tidak sanggup katakan segala-galanya. Kitab tidak akan dilafazkan, dan jika terdapat pembaca, mereka tidak akan tahu perkataan dan frasanya. Mereka akan memaksakan tafsiran dan mendakwakan ketepatan mereka, tidak mahu menanya orang yang tahu. Dengan angkuh mereka akan mengejar kemasyhuran, berlagak elegan untuk memuliakan diri dan harapkan tawaran orang. Geng biksu jahat ini, roh mereka pasti akan jatuh ke dalam Neraka Avici selepas berakhirnya hayat yang ditakdirkan.’” ~ Petikan daripada ‘Kitab Kelenyapan Dharma Sepenuhnya’

Syaitan, raksasa dan hantu memang ada kuasa tarikan kerana mereka berbeza dengan standard manusia. Kita manusia ada kuasa juga tetapi disekat kerana kita melakukan perkara yang menyekat segala kuasa kita atau dulu kita bersumpah untuk bekerja tanpa kuasa kerana di dunia maya, iaitu dunia ini, kita tidak dibenarkan untuk gunakan kuasa. Jika anda datang dari Syurga, anda tak dibenarkan untuk gunakan kuasa ajaib yang ketara untuk menarik orang. Hanya syaitan, raksasa dan hantu boleh buat begitu kerana mereka telah mengawal dunia ini sejak lama dahulu lagi.

Photo Caption: Bersama-sama Menyembuh, Menghijau, Mempercantik, Merindui Syurga!

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android