Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kisah Mahākāśyapa (vegan), Bahagian 7 daripada 10

2024-07-29
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi bukanlah kita boleh hanya mengulang atau belajar daripada seseorang yang lain, tangan kedua atau ketiga daripada Buddha – ini bermakna dihasilkan daripada ajaran Buddha – kemudian kita boleh menjadi bermakrifat Itu perlulah seorang Guru hidup. Banyak biksu yang lain juga seperti Ānanda dan orang lain perlu berada di bawah Bimbingan berbelas kasihan Buddha dengan Kuasa yang amat besar dari dalam diri Buddha.

Dalam banyak kitab agama, semuanya sebut bahawa kita mesti cari Guru hidup, Buddha hidup tetapi banyak orang hanya lihat sepintas lalu dan tidak benar-benar beri perhatian kepdanya. Mereka juga tak tahu di mana nak cari Guru dan apa jenis Guru itu. Mana dapat mereka menguji pun untuk mengetahui sama ada Guru itu baik atau tidak? Itu tidaklah seperti anda masuk ke dalam kedai, kemudian boleh cuba memakai pakaian dan tahu bahawa ia padan dengan anda. Itu lebih sukar.

Jika Guru itu ada ajaran yang dicetak dalam buku atau sesuatu, mungkin anda boleh bacanya dulu, kemudian anda akan tahu bahawa Guru itu baik untuk anda, atau jika anda ada tuah yang mencukupi dan/atau sedikit kesucian dan kepekaan, mungkin anda nampak Guru di alam Syurga dalaman, Alam bebas, dan nampak Guru melakukan ini dan itu, dan menyelamatkan orang lain – dengan mata spiritual anda dalam visi dalaman – maka anda tahu Guru ini benar-benar seorang Guru, atau dengan kehadiran-Nya semasa inisiasi, anda dapat lihat Cahaya dalaman di dalam diri anda dari Syurga atau anda dapat dengar Suara Tuhan yang merdu – Bunyi Syurga dalaman atau Getaran kita panggilnya. Maka dah tentu, anda berasa gembira dan akan bersihkan semua karma anda pada hari anda diinisiasi sepenuhnya. Karma anda mula meninggalkan anda kerana yang positif dan yang negatif tak boleh bercampur menjadi satu.

Jadi lihatlah, selepas dah menjadi anak murid Buddha dan diajar oleh Baginda untuk bermeditasi atau mungkin Kaedah Quan Yin ini, Beliau, Mahākāśyapa, masih terus makan sehari sekali dan hidup seperti sebelumnya dengan 13 sifat baik, 13 disiplin kezahidan. Tetapi bukanlah oleh sebab Beliau seorang zahid atau makan sehari sekali, itu membuat Beliau menjadi Arahant. Bukan. Meskipun anda makan tiga hidangan sehari, anda tetap boleh menjadi Arahat jika anda menemui Buddha, Buddha agung seperti Buddha Shakyamuni. Jika anda tak makan orang-ikan pada hari Jumaat, makan daging orang-haiwan sebaliknya, tak banyak berdoa atau tak tahu apa itu amalan spiritual sebelumnya tetapi jika anda temui Guru agung seperti Nabi Isa, maka dah tentu, anda akan menjadi bermakrifat dan akan capai peringkat Santo selepas itu, bergantung kepada berapa sedikit karma yang anda dah ada, dan bagaimana kesucian anda, bagaimana keikhlasan anda. Ini akan membawa anda ke depan dan ke atas.

Banyak biksu Buddha Shakyamuni pada masa itu makan sehari sekali dan mungkin minum jus buah-buahan atau sayuran pada waktu petang. Buddha membenarkan itu tetapi ini tak bermakna oleh sebab mereka makan sehari sekali atau keluar untuk minta sedekah, mereka menjadi Buddha. Tidak, tidak. Itu disebabkan mereka ada Guru Agung – Buddha, Guru hidup – yang ajarkan amalan meditasi spiritual yang baik kepada mereka. Bukanlah oleh sebab anda memaksa diri untuk amalkan kezahidan, maka anda menjadi Buddha – bukan macam itu. Sama ada anda amalkan kezahidan atau tidak, anda tetap boleh menjadi Santo jika anda ada seorang Guru yang ajar anda Jalan yang betul. Kerana Dia bukan sahaja ajarkan kepada anda Jalan yang betul, atau malah mantera tetapi juga mentransmisikan kepada anda Tenaga-Nya untuk menyokong anda, menaikkan anda, sama seperti pemindahan darah, sehingga anda sendiri menjadi kuat. Pada zaman penghujung Dharma ini, itu lebih sukar daripada pada zaman Buddha. Tetapi kita dapat lakukannya. Kita telah lakukannya hingga sekarang. Kita masih dapat terus melakukannya. Kita takkan meninggalkan orang atau makhluk yang menderita selagi kita masih hidup. Kita cuba walaupun sukar. Itu karma yang berat, dan ada segala jenis sekatan dan batasan.

Contohnya, cara saya jalani kehidupan sekarang adalah seperti pemenjaraan. Saya tak boleh berjalan keluar, pergi dari sini beberapa ratus meter saja pun utk berjalan-jalan atau apa-apa seperti itu. Meskipun saya nak mengambil gambar, saya perlu lihat bahawa mungkin tempat itu kosong, taman itu tiada sesiapa yang lihat, atau ambil beberapa langkah saja dari pintu apabila itu waktu senyap dan seluruh kawasan adalah kosong. Kemudian apabila balik, saya perlu langsaikannya secara spiritual. Saya perlu lebih banyak memampas untuknya, bermeditasi jauh lebih lama tetapi agak sibuk kadangkala. Kerja tambahan Supreme Master Television, ya Tuhan, kadangkala terasa macam selama-lamanya. Dari pagi semalam hingga sekarang, saya tidak tutup mata disebabkan terlalu banyak kerja di Supreme Master Television bagi saya seorang diri dan saya tak begitu pandai dalam komputer, teknologi tinggi atau apa-apa. Jadi untuk mencari perkataan Inggeris yang saya dah lupa macam mana tulis dengan betul atau mengetahui maksudnya, saya ambil masa yang panjang. Saya perlu keluarkan kamus dan carinya. Kadangkala kamus itu tiadanya. Saya ada satu saja pada saya. Saya tak dapat bawa segalanya semasa melarikan diri.

Kadangkala jika saya melarikan diri atas sebab keselamatan, saya hanya ada sehelai pakaian pada badan dan beg tangan, tiada apa-apa lagi. Segalanya yang lain, mungkin saya perlu minta seseorang hantar kemudiannya, atau pergi tanpa apa-apa pun, atau beli di jalanan. Jadi saya tak dapat ada banyak kamus pada saya. Saya ada 25 jilid kamus Inggeris, buku yang sangat tebal. Setiap daripadanya seberat sekurang-kurangnya sekilo, sangat tebal dan sangat besar, tetapi saya tak dapat bawanya ke mana-mana saja bersama saya. Dulu kadangkala saya bawanya ke negara-negara yang berlainan, tetapi saya tak mampu lagi. Itu waktu saya masih hidup bersama orang. Saya masih keluar dan jumpa dgn anda semasa bersuluk, atau jumpa dgn anda setiap hari apabila anda melawat, tetapi sekarang saya dalam ‘penahanan di rumah’, penahanan di rumah secara rela – tak boleh pergi ke mana-mana pun, tak boleh buat banyak. Saya bukan merungut. Saya hanya beritahu anda keadaan hidup saya kerana anda ingin tahu.

Sesiapa yang anda mahu Dia menjadi Guru anda haruslah ada keturunan transmisi Kuasa. Jika anda bertuah, anda akan temui seorang Guru, meskipun Dia seorang biksu, atau Dia bukan seorang biksuni, namun Dia ada keturunan makrifat dalam diri-Nya, daripada Guru-Nya, maka mungkin anda dapat lihat Guru sebenar Dia (wanita), atau Guru Dia (lelaki); atau mungkin Dia sendiri ialah Guru.

Keturunan makrifat tak sentiasanya kekal ada dalam satu mazhab agama. Ia boleh beralih ke jenis agama lain yang anda rasa ialah agama yang berbeza, tetapi bukan macam itu, bukanlah anda ada agama yang berbeza. Sama seperti Buddha Shakyamuni ialah seorang Guru bermakrifat, Guru bermakrifat agung, dan mentransmisikan keturunan spiritual-Nya kepada Anak-murid rapat-Nya. Anak murid rapat ini pula bercabang dan mengajar orang lain, sesiapa saja yang datang kepada Mereka pada zaman Mereka, malah ada sepuluh daripada Mereka dan Mereka bergilir-gilir, atau mungkin Mereka ada seorang ketua biksu saja pada masa itu yang lakukan segala transmisi/inisiasi. Selepas itu apabila biksu tersebut meninggal dunia dan pergi ke Nirvana, orang seterusnya akan teruskan sebagai pengganti, dan orang seterusnya, orang seterusnya dari Buddha hingga Rāhula. Rāhula ialah anak-Nya, Pengganti Kesepuluh. Kita tak tahu ke mana keturunan itu, ke mana keturunan spiritual itu telah pergi.

Contohnya, ketika Buddha masih hidup, Baginda menginisiasi orang drpd banyak latar belakang agama yang berlainan. Jadi barangkali Baginda ada anak murid Brahmin dan/atau anak murid Islam atau mana-mana agama tradisional lama yang lain tetapi mereka menjadi anak murid Buddha. Tetapi oleh sebab Buddha bukan seorang diktator, Baginda biarkan anak murid-Nya terus mengikut agama mereka, sama seperti dalam keadaan inisiasi kita. Saya berkata bahawa anda terus mengikut agama anda dan buat apa-apa saja yang anda buat dengan ritual agama anda. Anda tak perlu mengubah apa-apa.

Photo Caption: Nikmati Peringatan Syurga. Tetapi Cuba Mencari Syurga

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (7/10)
1
2024-07-23
5501 Tontonan
2
2024-07-24
4192 Tontonan
3
2024-07-25
4045 Tontonan
4
2024-07-26
3423 Tontonan
5
2024-07-27
3371 Tontonan
6
2024-07-28
3028 Tontonan
7
2024-07-29
2983 Tontonan
8
2024-07-30
2913 Tontonan
9
2024-07-31
3024 Tontonan
10
2024-08-01
2928 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android