Butiran
Baca Lebih Lanjut
(Untuk menjadi Guru, mestikah seseorang menyedari bahawa kita bukan pelaku? Guru jelaskan bahawa Guru tidak lakukannya, Guru ialah wadah Tuhan. Adakah semua Guru perlu capai kesedaran ini?) Ya, untuk menjadi Guru yang layak. Jika tidak, mereka hanyalah guru sejenis falsafah sampai tahap tertentu tetapi bukan Guru.Okey. Kita tak dapat mengasihi kecuali jika kita mengenali Tuhan. Hanya apabila kita kasihi seperti Tuhan kasihi baru itu kasih sayang sejati. Jika tidak, itu hanya sebahagian daripada kasih sayang, sebahagian daripadanya. Sebahagian drpd Kasih Sayang Tuhan wujud antara lelaki dan wanita, menjalinkan mereka, buat mereka gembira bersama. Sebahagian drpd Kasih Sayang Tuhan wujud antara ibu dan anak, buat mereka rasai ikatan yang sangat istimewa. Sama juga, sebhgn drpd kasih sayang ini wujud antara mana-mana makhluk, malah antara manusia dengan makhluk bukan manusia, menjalinkan mereka dan buat mereka gembira. […]Seluruh bahagian Kasih Sayang ditempatkan di dalam badan Guru. Itu bagaimana segala keajaiban berlaku kerana Hukum Kasih Sayang melangkaui setiap hukum termasuk Hukum Karma. Oleh itu, Guru dapat membebaskan semua orang yg percaya kepada Dia daripada karma, membebaskan semua orang, buka semua Syurga, musnahkan semua neraka orang itu untuk membuat dia bebas, disebabkan oleh Kasih Sayang. Kasih Sayang hapuskan segalanya, musnahkan segalanya yang buruk, hilangkan segala batas dan bersihkan segala dosa. Itu bagaimana Nabi Isa bersihkan dosa anak murid-Nya – dengan Kasih Sayang. […]Photo Caption: Mari Kita Lihat Dunia di Bawah, Lihat Bagaimana Benda Berguling.