Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebabkan Kurang Kesakitan dan Karma: Tumbuhan Lebih Sesuai Dimakan, 3/5

2024-04-28
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Adalah sangat menyedihkan kadangkala di banyak ladang, mereka membuang hasil tanaman yang tak dapat dijual kerana jika mereka berikan kpd orang, mereka khuatir harganya akan menjadi rendah dan tiada orang yang akan bayar sebanyak itu jika makanan dibekalkan dengan banyak. Kemudian harga akan menurun dan mereka tak dapat membuat duit. Tetapi jika mereka buang makanan, itu sangat membazirkan juga. Ada banyak tenaga kerja yang dicurahkan ke dalam ladang untuk menghasilkan makanan. Banyak orang kebulur sekarang ini, terutamanya dengan perubahan iklim dan bencana begitu kerap dan begitu besar, jauh lebih teruk daripada sebelumnya. Jauh lebih banyak orang kelaparan. Jika kita boleh lebih terurus dan berikan makanan itu kepada orang dalam kesusahan – kerana mereka dah pun dalam kesusahan, takkan berduit untuk beli, sebab itu mereka kelaparan, jadi meskipun kita berikan kpd mereka, harganya takkan menjadi lebih rendah.

Sangat sukar nak beritahu sesiapa supaya hidup dengan cara yang betul. Saya cuma harap sesetengah orang akan dengar dan cuba hidup dengan bermoral. Ganjaran untuk itu bukanlah apa yang kita harapkan tetapi ia akan datang. Ganjaran yang lebih besar adalah dalam hati anda kerana anda akan berasa gembira. Anda akan tahu bahawa anda membantu makhluk lain. Anda akan tahu bahawa anda buat perkara yang betul dan layak dipanggil sebagai manusia. Bukan semua orang yang berupa manusia ialah manusia. Itu masalahnya. Sesetengahnya ialah separuh syaitan atau kebanyakannya ialah syaitan.

Baru-baru ini ada laporan tentang penyelidikan saintifik. Mereka mendapati bahawa otak manusia pada asasnya sangat baik, sangat lemah lembut, sangat baik hati, sangat pemurah dan penyayang. Mereka ada jenis sifat ini di dalamnya, sedia, ingin sentiasa… seperti telah tersemat dalam otak, orang ingin membuat perkara untuk membantu makhluk lain dan diri sendiri.

“The Power of Kindness” by Simon Sinek – May 28, 2020: Berbuat baik, bermurah hati, begitu mudah saja untuk membuat orang berasa senang hati. Saya sedang berjalan di jalanan Bandaraya New York. Seorang lelaki yg berjalan di depan saya, beg galasnya terbuka dan banyak kertas jatuh ke atas jalan. Saya tak banyak memikirkannya. Saya bongkokkan badan, mengumpulkan kertas itu, serah balik kepada dia dan menyatakan bahawa begnya terbuka. Di dalam badan kita terdapat bahan kimia yang dipanggil oksitosin. Oksitosin bertanggungjawab atas segala kemesraan, kebaikan. Ia bertanggungjawab atas segala perasaan mesra dan hubungan yang kita ada sesama orang – persahabatan, kasih sayang. Jumlah oksitosin yang besar mengalir ke seluruh badan wanita ketika dia bersalin. Inilah apa yang bertanggungjawab atas ikatan ibu dan anak. Oksitosin menjalin ikatan manusia. Ada banyak cara untuk mendapatkan oksitosin. Salah satunya adalah berbuat baik dan bermurah hati. Terasa senang hati apabila kita buat sesuatu yang baik untuk seseorang, terasa senang hati apabila seseorang buat sesuatu yang baik untuk kita.

Pada hari khusus ini, saya buat sesuatu untuk seseorang tanpa mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Saya ada sedikit pertambahan oksitosin. Saya berasa senang hati. Dia menoleh ke arah saya dan berkata, “Terima kasih.” Terasa senang hati apabila seseorang buat sesuatu untuk kita tanpa mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Dia berasa senang hati. Saya berjalan ke hujung jalan. Saya menunggu utk menyeberangi jalan. Seorang lelaki tak dikenali yang kebetulan berdiri di sebelah saya berkata, “Saya nampak apa yg kamu buat di sana. Itu memang bagus.”

Rupa-rupanya, menyaksikan perbuatan penuh kemurahan membebaskan oksitosin dan dia berasa senang hati. Bahagian terbaik oksitosin adalah lagi banyak oksitosin yang kita ada di dalam badan kita lagi murah hatinya kita. Ini cara alam semula jadi cuba sedaya upaya untuk membuat kita saling menjaga. Saya boleh jamin bahawa orang yang saksikan apa yg saya lakukan, lakukan sesuatu yang baik untuk seseorang pada hari itu hanya kerana dia ternampak seseorang lakukan sesuatu yang baik untuk seseorang pada hari itu. Jadi bagaimana jika kita komited utk buat sesuatu yang baik untuk seseorang tanpa mengharapkan apa-apa sebagai balasan? Bayangkan apa yg berlaku di tempat kerja bayangkan apa yang berlaku di rumah, bayangkan apa yang berlaku dengan rakan kita. Tetapi ia mestilah ikhlas.

Jadi dlm cerita rakyat Asia, mereka kata bahawa manusia pada asalnya mempunyai sifat yang sangat baik, sifat mulia. Di Âu Lạc (Vietnam), kami kata “Nhân chi sơ tính bản thiện,” bermaksud “Pada asalnya, sifat manusia sangat mulia, sangat baik hati.”

Jadi mengapa kita merosot sampai tahap sebegini, malah boleh membunuh orang lain, saling membunuh dan membunuh orang-haiwan, buat mereka menderita sepanjang hidup, jalani kehidupan yang menyeksakan, kemudian bunuh mereka untuk dimakan tetapi masih memanggil diri sbg manusia? Kerana mereka telah lupa akan sifat asal mereka, sifat sebenar manusia. Masyarakat mempengaruhi mereka dan ia telah menjadi suatu trend, suatu tabiat. Jadi orang terus hidup macam itu, membenarkan cara hidup yang buruk. Kerajaan dan undang-undang pun menyokong segala jenis hidup ini. Jadi semua orang saling mengikut contoh buruk dan semuanya terjerumus bersama-sama hingga ke dasar standard moral, standard mulia.

Pada asalnya, manusia bukan macam itu. Manusia yang pertama sekali datang ke planet ini bukan macam itu. Secara perlahan-lahan, kita terjerumus. Itu juga kerana dunia ini masih penuh dengan syaitan. Syaitan wujud daripada manusia yang terjerumus juga. Lagi banyak kita terjerumus lagi banyak populasi syaitan bertambah. Itu bagaimana kita ada dunia seperti hari ini. Kita menormalkan segala jenis kelakuan buruk, segala jenis standard hidup rendah yang kita tak tahu sebelumnya.

Kita datang dari Syurga. Dulu kita suci, tak berdosa, berkuasa, miliki kuasa telepati, miliki kuasa ajaib, miliki benda yang boleh kita gunakan untuk hidup lebih lama di planet ini jika mahu. Kita dapat terbang seperti orang-burung. Kita dapat hidup tanpa makanan. Kita dapat saling menyayangi seperti kita menyayangi diri sendiri. Secara perlahan-lahan, kita kehilangan itu kerana kita telah lupa siapa diri kita. Ini situatsi yang kesian. Kita membawa diri ke dalamnya.

Sebab itulah Tuhan rasa kesian dgn kita. Kemudian Tuhan hantar Anak-Nya atau Malaikat yang dipercayai-Nya – Santo, Orang Suci dan Guru, kita panggil Mereka – untuk turun ke dunia penuh penderitaan ini bagi menyelamatkan sesiapa saja yang masih boleh, menyelamatkan sesiapa saja yg meminta tolong untuk mendapat pembebasan dan pulang ke Rumah. Bukan setiap planet atau alam begitu bertuah, ada seorang Guru bersama mereka. Sesetengah planet tiada, sesetengah alam tiada, seperti alam neraka tiada Guru. Bukan setiap neraka ada. Mungkin satu atau dua, sangat jarang. Ada pun, semua orang di neraka tidak dengar kata-kata Guru. Mereka tak boleh. Mereka tak dibenarkan pun. Itu masalahnya.

Tak usah bercakap tentang neraka – di planet ini pun begitu juga. Berapa banyak Guru telah datang dan pergi? Berapa banyak Guru telah datang ke planet ini dan tinggalkan kita selepas masa Mereka telah tamat? Tak banyak orang di planet ini berpeluang untuk bertemu dengan Mereka atau dengar kata-kata Mereka pun. Meskipun mereka berpeluang untuk bertemu dengan Mereka atau dengar kata-kata Mrk satu atau dua kali, tak semestinya mereka akan menerima ajaran Guru, mengikut dan mengamalkannya. Sebab itulah dunia tak pernah tiada penderitaan. Ini kerana pilihan kita telah dicemari oleh keputusan yang tidak bijak, rakan yang buruk, kualiti hidup yang lebih rendah, syaitan, contohnya, atau malaikat ingkar.

Jangan terlalu banyak menyalahkan diri. Bayangkan, Tuhan mencipta malaikat tetapi dia boleh terjerumus. Dia menjadi iblis, menjadi anti-Tuhan, anti-Christ, anti-Buddha. Ketika Buddha masih hidup, sepupu jauh-Nya, Devadatta, juga bukan sahaja meniru Baginda untuk mendapat pengaruh, menjadi terkenal dan kaya malah cuba membunuh Buddha banyak kali dan dalam banyak hayat. Pada bila-bila Buddha lahir semula untuk membantu makhluk, Devadatta juga lahir semula sebagai kuasa yang sangat buruk untuk menentang Buddha, mencederakan Buddha, mewujudkan perkara, kejadian yang membuat reputasi Buddha tercemar, nyawa-Nya alami bahaya atau hadapi situasi yang bawa maut dan mati, sama ada dengan kejam atau kurang kejam. Banyak Guru alami masalah ini juga di planet ini dan nampaknya menjadi lebih teruk.

Kerana lagi banyak makhluk syaitan, iblis atau hantu muncul – hantu jahat, hantu ghairah, hantu ganas – lagi banyak manusia menjadi jahat, berkualiti rendah, dan lagi banyak syaitan, iblis dan hantu ghairah yang akan mereka ada di dunia yang sama. Syaitan, hantu dan iblis ini semakin banyak mempengaruhi manusia untuk membuat mereka menjadi semakin jahat, dengan itu jauh dari Tuhan, hadapi segala jenis kesakitan dan penderitaan, malah sendiri menjadi syaitan atau hantu untuk memudaratkan diri sendiri, memudaratkan orang lain juga dengan membuat diri sendiri menjadi berkualiti rendah.

Jadi tolonglah, sesiapa saja yang mungkin anda kenali, ingatkan mereka dengan lembut, beritahu mereka supaya menjadi vegan. Sekurang-kurangnya kurang karma bunuh jadi badan, mind mereka akan menjadi lebih kuat, lebih sihat dan lebih kukuh untuk mengatasi kesusahan fizikal dan mental sendiri. Kerana masalah fizikal kadangkala juga tidak seteruk masalah mental dan psikologi. Segala jenis masalah. Kerana mereka tak tahu bagaimana keluar dari perangkap maya, kejahatan, persekitaran, situasi buruk dan tenaga buruk. Manusia memang patut dikasihani. Sebab itulah Tuhan sentiasa hantar Santo-Nya, Anak-Nya turun ke sini untuk bantu kita. Tetapi kita tidak semuanya dengar. Kebanyakan daripada kita tidak dengar. Sebab itulah dunia terus menjadi seperti sekarang dan kadangkala kelihatan menjadi lebih teruk.

Jadi kita alami lebih banyak bencana, lebih banyak kesusahan hari ini dan peperangan dari negara ke negara. Kita tak tahu pun apa akan berlaku seterusnya. Kebanyakan daripada kita tak tahu. Walaupun Santo, Orang Suci dan orang terus mata sentiasa beritahu kita, “Jika kamu nak elakkan lebih banyak kesusahan, lakukanlah ini, lakukan itu. Hidup dengan betul. Jangan membunuh, jangan mencuri,” kebanyakan manusia tetap tak dapat dengar itu dan mengamalkan prinsip mudah itu untuk membuat diri kekal selamat, sihat, normal dan manusia sejati. Sebaliknya, mereka cari segala jenis alasan untuk memfitnah Guru atau buat Mereka dimudaratkan dengan sebarang cara mungkin.

Photo Caption: Menenangkan Ruangmu!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Episod  3 / 5
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android