Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jika kamu mematuhi rukun, benar-benar mengurangkan ego, dan cuba berendah diri, maka Guru takkan perlu terlalu banyak menderita. Kerendahan diri sangat penting. Kerendahan diri bermakna ketiadaan ego. Ego bermakna ketiadaan kerendahan diri. Kerendahan diri sangat penting. Tanpanya, kamu akan menyebabkan banyak kesusahan dan sakit kepala kepada semua orang termasuk Guru. Meskipun kamu nak berbuat baik, kamu lakukannya dengan ego saja. Itu hanya cara kamu berfikir! Kamu tak pedulikan semua orang yg lain. Kamu tak memikirkan orang lain. Bukan kerana kamu mahukannya, cuma kamu hidup macam itu.