Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Semoga Orang Muhsin Menang, Bahagian 2 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Tapi sebenarnya kita tak mengundi presiden atas personalitinya. Kita harus mengundinya atas sifat baik, moral, keupayaannya untuk mentadbir negara, menjadikan negara makmur dan lebih baik.

Ya. Yang seterusnya. ( Ya, Guru. Saya ada satu soalan tentang Amerika Syarikat. ) Ya. ( Sejak 2018, anak En. Joe Biden, Hunter telah berada di bawah siasatan oleh kerajaan Amerika atas kemungkinan melanggar undang-undang cukai dan pengubahan wang haram dalam urus niaga antarabangsanya. Perbuatan sebegini telah menghancurkan kerjaya banyak ahli politik di negara-negara lain seperti bekas perdana menteri Perancis, François Fillon yang mewujudkan pekerjaan kerajaan palsu untuk isterinya, dan juga bekas presiden Perancis, Nicolas Sarkozy yang telah disiasat atas perbuatan korup ketika menjadi presiden. ) Ya. ( Setiap daripada mereka tidak berjaya dalam percubaan untuk menjadi presiden Perancis pada 2017 kerana orang ramai sedar akan fakta ini. Guru, di Thailand juga, ada Thaksin Shinawatra dan anak perempuannya Yingluck Shinawatra, mereka berdua ialah bekas perdana menteri negara tetapi disabitkan bersalah kerana melakukan jenayah ketika memegang kuasa dan sejak itu mereka lari dari Thailand. ) Mereka berdua? ( Ya, kedua-duanya. ) Itu anak atau saudara perempuan? ( Saudara perempuan, minta maaf. Ya, Guru, betul. Kemudian di Taiwan (Formosa) juga, Guru, bekas Presiden Chen Shui-bian ) Ya. ( dan isterinya dipenjarakan atas rasuah dan pengubahan wang haram ketika memegang kuasa. Guru, ada negara-negara lain yang macam itu juga. Tetapi baru-baru ini, Guru, di Amerika Syarikat, media telah mengabaikan pelanggaran undang-undang serius Hunter Biden. Dan menurut laporan, sebenarnya bekas timbalan presiden Joe Biden terlibat juga. ) Ya. ( Jadi kami ingin tahu, Guru, mengapakah media tak rajin melaporkan sepenuhnya penipuan ini yang sebenarnya merupakan jenayah serius yang boleh dikenakan hukuman penjara yang lama dan mengapa kerajaan tak menyiasat En. Joe Biden juga? Tak menyiasat En. Joe Biden juga? Apa yang akan berlaku, Guru, Jika beliau menjadi presiden? ) Soalan yang panjang. ( Ya, minta maaf. Boleh Guru berikan komen tentang ini? )

Ya, ini isu yang sangat sensitif dan saya cuba elakkannya hingga sekarang. Tapi okey, saya akan cuba (Terima kasih, Guru.) jawab soalan kamu. Motif utama jelasnya adalah mereka tak mahu Presiden Trump terpilih sekali lagi. Bukan? (Ya, Guru.) Dan seseorang menyatakan disebabkan oleh personalitinya. Ya. (Oh!) Tapi sebenarnya kita tak mengundi presiden atas personalitinya. Kita harus mengundinya atas sifat baik, moral, keupayaannya untuk mentadbir negara, menjadikan negara makmur dan lebih baik. Bukan? (Ya, Guru.) Tapi saya tak tahu apa yang telah berlaku kepada negara kehormat tercinta saya, Amerika Syarikat. Saya tak tahu apa yang telah berlaku.

Sebenarnya, dah banyak tahun saya tak mengikuti perkembangan politik negara itu atau mana-mana negara yang lain. Hanya di sana sini. Saya baca surat khabar atau sekali-sekala kebetulan mengetahuinya. Jadi mengikut laporan terkini, disebabkan oleh COVID-19, saya menjadi lebih sedar akan situasi politik di Amerika. (Ya, Guru.) Jika tidak, saya takkan lihat berita. Saya tak menonton TV. Sejak itu, saya tak tahu dah berapa lama. Terlalu sibuk, tak berminat juga, saya rasa tak apa, lagi kurang saya tahu tentang dunia ini lagi baik.

Benar soalan kamu kerana menurut semua berita yang saya baca, bukan sahaja kerajaan... Tapi kerajaan memang ada menyiasat anak bekas timbalan presiden Joe Biden. (Ya.) (Ya.) Memang ada. (Ya, memang ada.) Mereka membuat siasatan dan banyak bukti telah timbul. Jelasnya tak begitu ideal bagi dia. Ya. Dah tentu, ini akan mempengaruhi bapanya juga tapi saya tertanya-tanya mengapa... kerana media tak banyak melapor tentangnya (Ya, Guru.) sebelum pilihan raya. Sekarang pun, hanya gambaran yang kabur atau sesuatu.

Saya tak tahu apa yang telah berlaku kepada Amerika lagi. Ia sepatutnya sebuah negara demokratik, adil dan saksama. Kita mempercayai Tuhan dan sebagainya. Tapi sekarang bukan itu saja. Mahkamah menolak, mahkamah rendah dan Mahkamah Agung pun enggan mendengar aduan Presiden Trump tentang penipuan dalam pilihan raya. Tak dengar pun, banyak kali mereka menolak mereka. Atau mereka hanya membuat kes mahkamah kecil, simbolik, kemudian menolaknya.

Baru-baru ini yang saya dengar, saya lihat dalam berita, beliau membuat aduan, mahu Mahkamah Agung dengar tuntutannya. Pada mulanya mereka menjadualkannya untuk sesuatu, selepas 6 Januari kerana itu hari yang penting di mana seluruh Dewan Rakyat dan Dewan Senat berhimpun untuk secara rasmi mengakui bilangan undi. Ya? (Ya, Guru.) Untuk mengakui Presiden yang baru terpilih. Kemudian En. Trump membuat aduan, berkata, “Tidak, keputusan bukan pada 6 Januari tetapi sebenarnya pada 20 Januari.” Itu apa yang dikatakannya. Kemudian mereka menundakan tarikh ke 22 Januari. (Oh!) Pada mulanya mereka buatnya lebih awal, kemudian beliau kata, “Tidak, itu pada 20 Januari, hari terakhir.” Kemudian mereka tundakannya ke 22 hb. (Wau! Ya.) Tahulah, ke 22 Januari dan bukan sebelum 20 hb. Sebelum itu, mereka memutuskan sebelum 20 hb, kemudiannya apabila Presiden Trump berkata 20 hb ialah hari terakhir keputusan pilihan raya, kemudian mereka tukarnya ke 22 hb. (Wau!) Ini seperti suatu bahan ketawa. Apa jenis keadilan ini? Maksud saya, walaupun Presiden Trump ialah Presiden, namun beliau ialah warga Amerika juga. (Ya, Guru.) Betul? (Ya.) Beliau berhak untuk mengadu. Betul? (Ya!) Ada seorang peguam di sebelah kamu, kan? (Ya, betul.) Kamu masih di sana, kan? (Ya, memang, Guru.) Ya. Setiap warga di setiap negara berhak untuk membuat aduan. Ya? (Memang.) Kemudian betul atau salah, selepas aduan didengar dan dikaji, mereka akan buat keputusan, kan? (Ya, Guru.) Mereka sentiasa menolaknya. Hanya mengetepikannya atau muncul secara simbolik, kemudian hanya berkata, “Tidak baik.” Macam itu. Jadi saya... Kamu tanya saya soalan ini, saya sangat kecewa juga. Tahulah. (Ya.)

Kerana saya tak rasa ada keadilan lagi di Amerika. Media di Amerika pun berat sebelah! Syarikat teknologi tinggi dan sebagainya juga! Mereka mengganggu dan benar-benar membuli Presiden Trump. Sedangkan mereka perlakukan pihak lawan dengan lembut sekali. (Ya, Guru.) Tak tanya sebarang soalan yang provokatif atau sukar dijawab. (Ya, Guru.) Tapi mereka sentiasa tanya En. Trump segala jenis soalan yang... malah memberitahu semua orang bahawa beliau ini dan itu yang tidak benar seperti pakatan sulit Rusia dan sebagainya. Itu tak benar lepas itu. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) (Ya.) Mereka mendapati itu tak benar kerana tiada bukti. Tetapi kes pihak lawannya ada bukti, (Ya.) menurut laporan yang saya baca. Mereka tak peduli! Jadi kamu tanya saya mengapa? Saya tanya mengapa juga! (Ya, Guru.) Tiada keadilan! Atau keadilan telah menjadi kabur dan dewi keadilan telah ditutup mata atau sesuatu. Atau apa yg mereka nak buat sekarang ini. (Ya, Guru.) Jika saya ialah Presiden Trump, saya akan rasa begitu kecewa. Saya akan rasa begitu kecewa. Jika bukan demi orang lain, jika hanya untuk dirinya sendiri, saya akan beritahunya, “Berhenti saja! Berhenti saja!” Jika itu saya, kamu tahu apa yang akan saya katakan? (Ya, Guru.)

Walaupun saya buat kerja saya, sebagaimana yang kamu tahu untuk Dunia Vegan, Dunia Aman dan makrifat... Saya rasa begitu kecewa banyak kali! Cuma saya pertimbangkan makhluk lain, (Ya, Guru.) lebih penting. Kesejahteraan semua orang yang lain, makrifat dan kesejahteraan haiwan, dan segala penderitaan di dunia harus berakhir. Semua ini lebih penting daripada perasaan saya. (Ya, Guru.) Sangat mengecewakan hidup di dunia ini. Sangat mengecewakan, maklumlah.

Saya tak tahu bagaimana Presiden Trump melakukannya selama empat tahun. (Ya.) Jika kamu baca semua akhbar, kamu tahu bahawa saya baca ke belakang kadangkala. Mereka mencetak semula ini dan itu dan saya berfikir, ya Tuhan, mana boleh orang itu menahan semua ribut ini selama empat tahun. Ya? (Ya.) Tapi masih terus membuat begitu banyak kerja baik untuk negara dan begitu banyak kerja baik untuk dunia. Saya tak maksudkan hanya kerja baik, maksud saya kerja hebat. (Ya.) (Ya, Guru.) Luar biasa, menyelamatkan nyawa dan benar-benar kerja hebat untuk negara, rakyatnya.

( Saya masih tertanya-tanya mengapa kerajaan tak menyiasat En. Joe Biden. ) Setiap kali satu soalan. Okey? Sekarang, mengapa? Okey. Anggota partinya sendiri pun menentangnya. (Ya.) (Ya, memang.) Sesetengah orang kata disebabkan oleh personalitinya. (Oh!) Mereka tak suka personalitinya. Macam itulah. (Ya. Oh!) ( Ya, Guru. Maka mengapa orang yang dimandatkan Tuhan, sepatutnya berdamai ada personaliti sebegini, Guru? ) Sebelah dalam dan sebelah luar adalah berbeza. Okey? Sayang. (Ya, Guru.) Ya. Ya. Saya mengatakan sesuatu yang mudah supaya kamu faham.

Buddha. Saya tak kata En. Trump dibandingkan dengan Buddha atau apa-apa. Saya hanya mengatakan Orang Ternama agung, orang agung seperti Buddha. (Ya, Guru.) Dia juga memarahi biksu-Nya. Saya baca sesetengah buku, Dia malah menyumpah beberapa orang biksuni kerana mereka pergi... Biksuni-biksuni ini suka akan bawang putih. Mereka pergi menuai bawang putih, dah tentu dengan kebenaran pemilik tanah itu. Tapi mereka merosakkan, menghancurkan ladang itu dengan melakukannya kerana mereka tak tahu bagaimana melakukannya dengan baik. Jadi Buddha, sejak itu, melarang biksu makan bawang putih. Dia kata sesiapa yg makan bawang putih akan pergi ke neraka. (Oh!) Menurut kisah Buddha. (Ya, Guru.) Ada banyak kisah Buddha yang saya baca tapi saya tak sentiasa bacanya kepada kamu semua. (Ya, Guru.) (Ya.) Saya tak sentiasa ada masa. (Ya. Ya.) Saya juga rasa kisah itu begitu tak berkaitan. (Ya.) Tapi sekarang secara sampingan, saya beritahu kamu itu. Jadi Buddha tak sentiasa duduk di sana dan kata, “Kamu baik. Lelaki baik. Wanita baik.” Kamu tahu macam itu. Ya? (Ya.) Buddha juga menunjukkan rasa marah (Ya, Guru.) apabila perlu. (Ya.)

Nabi Isa juga, ketika Dia masuk ke dalam rumah ibadat dan ternampak pengurup wang dan segala jenis perniagaan, perniagaan buruk di sana, (Ya, Guru.) (Ya.) Dia menggunakan batang kayu untuk menghalau mereka keluar. (Ya.) (Ya.) Dia memukul mereka. (Ya.) Dia kata kamu jangan jalankan jenis perniagaan ini di rumah Bapa saya. (Ya.) (Ya, Guru.) Mungkin dalam kejadian lain Dia juga membetulkan orang macam itu. (Ya.) Dia juga membetulkan orang macam ini dan itu. Mungkin itu sebabnya mereka tak suka akan Dia. Sesetengah daripada mereka menentangnya juga. Kamu tahu di samping segalanya yang lain. Ya? (Ya, Guru.) Sebab itu semasa pengadilan mahkamah, hakim bertanya sama ada... kerana mereka boleh mengampuni satu orang, kemudian dia tanya semua orang sama ada kita harus mengampuni Nabi Isa atau tidak. Tak menyalib-Nya. Atau mengampuni penjenayah. (Ya.) (Ya.) Mereka semua mengundi penjenayah itu. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Kerana banyak propaganda buruk sudah tersebar ke seluruh bandar tentang Nabi Isa juga dan peniaga-peniaga ini dah tentu lebih berkuasa. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Mereka ada pengaruh yang lebih kuat, lobi dan sebagainya. Sama seperti hari ini. Ya? (Ya.) Personaliti En. Trump, sangat lurus. Ya? (Ya. Memang.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/6)
1
2021-01-02
10596 Tontonan
2
2021-01-03
7554 Tontonan
3
2021-01-04
11711 Tontonan
4
2021-01-05
6810 Tontonan
5
2021-01-06
6486 Tontonan
6
2021-01-07
5986 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android