Tak kira berapa banyak seorang Guru berkorban, tak berapa berguna kepada manusia, sekurang-kurangnya pada tahap perkembangan mereka ini. (Ya.) Mereka boleh meningkatkan seluruh tenaga atmosfera planet ini, tetapi kecuali mereka sendiri berubah, jangan minta Guru berkorban untuk mereka, kerana ia tak berguna.
Seorang Guru Cina, saya tak ingat yang mana, dah lupa namanya. Seseorang tanya mengapa Dia tak nak membantu dunia. Dia kata, “Meskipun hanya kehilangan sehelai rambut untuk selamatkan dunia, saya takkan melakukannya.” (Oh!) Ya. Hanya kehilangan sehelai rambut untuk membantu dunia, dia takkan melakukannya. Bukan kerana Dia tak ambil berat tetapi Dia tahu sangat bahawa ini suatu mimpi ilusi dan orang keras kepala, begitu sukar nak ajarkan apa-apa. Sangat sukar.
Jadi Bodhidharma ada lima orang anak murid saja dan hanya satu orang benar-benar bermakrifat, menjadi pengganti-Nya. Kamu masih ingat kisah ini, kan? Tentang Bodhidharma. Tidak? Kamu tak tahu. (Tidak, kami tak tahu.) Tak apa. Kamu bukan orang Cina, jadi mungkin tak berapa tahu. Banyak orang Cina tak tahu juga. Dia datang sejauh dari India sebagai seorang putera. (Wau!) Tinggalkan segalanya utk pergi ke China bagi menyemaikan benih makrifat di sana. Seluruh China yang besar, kamu tahu berapa besar China (Ya.) dan berapa besar populasinya, hanya satu orang wajar mendapat mantel pengganti-Nya. Bayangkan seluruh dunia. (Wau!) Berapa banyak orang akan dengar kata-kata-Nya? Mereka malah mengejek dan cuba membunuh-Nya juga, beberapa kali. Jika kamu menyaksikan filem-Nya, kamu akan nampak. Tapi nasib baik Dia ada perlindungan dan ada kuasa. Mereka memaparkan Dia pandai berkung fu dan sebagainya, seni bela diri, tapi sebenarnya orang tak memahaminya. Dia tak perlu gunakan semua itu. Dia ada kuasa dalaman. Itu apa yang mereka maksudkan, tetapi di luar perlu dibuat menjadi kung fu. (Ya, Guru.) Macam itulah. Banyak filem adalah macam itu. Mereka membuat filem tentang Guru, kemudian mereka buat-Nya menjadi Guru kung fu, kemudian orang menyerang-Nya dari semua belah dan Dia satu orang boleh pukul ke barat, tendang ke timur. Faham maksud saya? (Ya, Guru.) Pukul ke depan dan tumbuk ke belakang. Sesuatu macam itu. (Ya.) Mereka di semua belah tapi Dia memenangi mereka semua. Tak sentiasanya, kadangkala Dia tercedera, dah tentu.
Maksud saya, tak kira berapa banyak seorang Guru berkorban, tak berapa berguna kepada manusia, sekurang-kurangnya pada tahap perkembangan mereka ini. (Ya.) Mereka boleh meningkatkan seluruh tenaga suasana planet ini, tetapi kecuali mereka sendiri berubah, jangan minta Guru berkorban untuk mereka, kerana ia tak berguna. Lebih baik Guru terus hidup, selamat dan membantu mereka dengan tenaga-Nya untuk meningkatkan umat manusia dan seluruh planet. Planet kita telah musnah lama dahulu, dunia kita telah tak wujud lagi jika tiada banyak Guru pemurah, berbelas kasihan yang datang dan pergi sepanjang sejarah manusia. (Ya, Guru.) Sekarang pun, jika tiada pengamal spiritual, tiada kuasa Guru untuk menampung planet ini, ia akan hilang. Kerana dosa tujuh bilion orang terlalu besar, terlalu berat. Ia menggegarkan Syurga dan Bumi. (Wau!) Ia menusuk hati dewa-dewi di mana-mana saja di seluruh alam semesta. Jadi bukanlah kita boleh buat apa-apa dengannya dan biar mereka teruskan dengan cara jahat mereka. (Ya, Guru.)
Jika mereka tak ubah, mereka akan terus macam ini dan menjadi semakin teruk, sebagaimana yang dapat kamu lihat. (Ya.) Kamu dapat lihatnya sekarang ini. Ia pantas. Tahulah, kebakaran besar di merata tempat. Jika kita lihat pada peta, titik, titik di merata tempat, kemudian tsunami. Kemudian apa lagi? Banjir, kemudian belalang juta, kemudian wabak, kemudian satu lagi virus baru, virus lama muncul dan sebagainya.
Kemudian ekonomi runtuh dan protes di merata tempat, misalnya macam itu. Memprotes untuk pergi bekerja, memprotes untuk kebebasan, tiada sekatan pergerakan, memprotes rasisme warna. (Ya, Guru.) Dan banyak rasisme yang lain juga seperti antara jantina, (Ya.) antara lelaki dan wanita di dalam pejabat di merata tempat, macam itu. Dengan segala perjuangan untuk kesamaan ini selama berdekad-dekad pun, wanita masih tak sama dengan lelaki dalam bidang kerja. (Ya.) Terutamanya dalam bidang intelektual, dalam perniagaan. (Betul.) Ada begitu banyak pandemik di merata tempat. Bukan COVID-19 ini saja. (Ya.) Rasisme warna, rasisme jantina (seksisme), ini ialah pandemik juga dan ia merupakan pandemik kronik. (Ya.) Ia bermula, kemudian mungkin berterusan selama-lamanya. Jadi saya tak tahu apa yang kita buat. Kita berenang dalam masalah. Dunia ini memang alami kesusahan yang sangat besar. Saya takut untuk umat manusia, apa yang akan berlaku seterusnya.
Ketika saya masih kecil, saya menyaksikan filem tentang Tarzan. (Ya.) Di penghujungnya, ada dua buah gunung yang runtuh, sekurang-kurangnya dua batu besar dan dia perlu mendepangkan kedua-dua belah tangan untuk hentikan batu daripada runtuh. (Ya. Suara Guru menjadi kurang jelas.) (Okey. Lebih baik.) Dapat dengar sekarang? (Ya.) Agaknya telefon telah tertekan melebihi hadnya, seperti pemiliknya. Seperti saya. Lihatlah, mesin pun ada hadnya, apalagi kita manusia dengan daging dan tulang. (Ya, Guru.) Dan wanita tua berusia lebih 70 tahun seperti saya, dan banyak kerja setiap hari. Bukan hanya kerja fizikal, ada kerja tak nampak (Ya.) yang kita tak boleh beritahu, kamu tak boleh tahu. Meskipun saya gambarkannya, kamu takkan memahami apa-apa, jadi saya malas nak bercakap tentangnya. Sekarang, Tarzan gunakan tangannya untuk menghentikan dua buah gunung runtuh ke arahnya sementara dia di tengah-tengahnya. (Ya.) Dan untuk melindungi, saya rasa, gadis yang dicintainya juga. Tapi bayangkan, berapa lama dia akan buat begitu? (Ya.) Dia boleh tahan berapa lama? Dia boleh berapa kuat dengan dua buah gunung runtuh ke arahnya. (Ya, Guru.) Ia sudah sedekat dua belah tangan yang didepangkan. Dia mendepangkan dua belah tangan untuk menghentikannya. Filem itu ingin menunjukkan betapa kuatnya dia. (Ya.) Tapi begitu pun, berapa lama dia boleh kekalkan kekuatan itu? (Ya, tak lama.) Ya, jika begitu cemas macam itu. Sama ada gunung berhenti runtuh atau dia terpaksa berhenti suatu hari. Jadi situasi dunia ini adalah macam itu.
Kita boleh mengurangkannya tetapi manusia perlu berubah. (Ya, Guru.) Saya tak dapat hentikan mereka daripada mati atau dijangkiti kerana saya dah beritahu kamu, setelah roda karma besar berputar, maka mustahil untuk menterbalikkan atau menghentikannya. Keadilan perlu ditegakkan. (Ya, Guru.) Di dunia ini pun, jika seseorang bunuh seseorang, maka kita perlu dipenjarakan. (Ya.) Atau malah dihukum mati, bergantung kepada negara. Jadi macam mana kita terus membunuh beramai-ramai makhluk yang tak berdosa macam ini, kemudian terlepas daripada perbuatan membunuh? Tidak! Mustahil. (Ya, Guru.) Ia boleh dihentikan jika mereka hentikannya lama dahulu, beberapa tahun yang lalu, maka lebih senang untuk saya bantu.
Sekarang, saya hanya boleh bantu roh mereka. Lebih senang utk cakap dgn roh mereka daripada ketika mereka masih hidup dengan roh di dalam badan mereka. (Ya, Guru.) Tapi begitu pun, mereka perlu ada alasan, pahala untuk saya melakukannya kerana mereka tak melakukannya dengan cukup awal. Saya hanya boleh bantu mereka yang ada sedikit alasan di sesuatu tempat (Ya.) atau mempercayai saya atau ada rasa hormat terhadap saya.
Dan meskipun saya ada berkat untuk seluruh dunia dan wabak terkawal, tsunami tak datang dan sebagainya, meskipun saya boleh buat semua itu, saya takkan beritahu kamu. Jika saya beritahu kamu dan menjamin macam itu, maka semua orang terus saling membunuh dan menyeksa haiwan hanya untuk rasa sementara mereka ada banyak makanan lain untuk dimakan. Jadi sekarang, saya harap untuk kali terakhir saya jawab soalan buruk yang sangat tak menyenangkan ini. Soalan seterusnya, silakan.
( Guru, bulan lalu pada Jun, perdana menteri Kanada mengumumkan kerajaannya akan melaburkan AS$74 juta dalam pengeluaran protein berasaskan tumbuhan berikutan peningkatan permintaan terhadap makanan berasaskan tumbuhan. Usaha ini juga akan mewujudkan pekerjaan baharu. Apa lagi yang boleh pemimpin buat pada masa ini untuk mewujudkan dunia vegan? )
Ya. Itu apa yang harus mereka buat. Syabas, perdana menteri. (Ya.) Apa lagi yang boleh mereka buat? Mereka perlu beritahu semua orang, mulai sekarang, tak makan daging lagi. Itu saja! (Ya.) Tutup semua rumah sembelih, semua ladang haiwan. Biarkan haiwan bebas. Tak bunuh mereka tapi biar mereka bebas. Biar mereka lari ke sana sini. Biar mereka buat apa yang mereka buat, cara mereka buat secara semula jadi. Atau bantu orang memelihara mereka sehingga mereka mati secara semula jadi. Kemudian mengeluarkan produk vegan, cukup untuk semua orang makan – sihat, enak dan pemurah. Itu apa yang perlu mereka buat. Gubal undang-undang, sama seperti mereka boleh melarang orang merokok di dalam bangunan dan sebagainya. (Ya, Guru.) Segalanya yang lain boleh dibuat dengan begitu juga. (Ya.) Meskipun mereka tak melarang pemakanan daging, tak lama lagi mereka akan tiada apa-apa pun untuk dimakan jika dunia kekurangan makanan. (Ya, Guru.) Jika tiada orang bercucuk tanam dan tiada orang menuai hasil tanaman kerana semua orang sakit. (Ya, Guru.) Maka apalagi daging, buah pun tiada, mereka takkan ada apa-apa pun untuk dimakan.
Tahun ini, beberapa bulan ini, banyak petani tak dapat mengutip buah mereka. Kamu tahu itu. (Ya.) Banyak daripadanya dibuang juga. Malah bunga, seperti di Belanda, mereka mengikatnya bersama untuk dibiarkan mereput di sana kerana tak dapat dijual. Tiada orang keluar untuk beli. (Ya.) Menghantar, boleh. Tapi mana boleh mereka cari orang yang cukup utk hantar. (Ya, Guru.) Kerana kita kekurangan pekerja. Semua orang sakit, semua orang diberhentikan kerja atau semua orang berasa takut nak pergi bekerja. (Ya, Guru.) Jadi mereka tunggu hari kiamat. Jika mereka tak mulakan perniagaan vegan dan jika mereka tak tutup semua ladang haiwan, maka wabak akan berterusan, mungkin lagi banyak. Lebih banyak wabak dan bencana lain.
Dengan wabak ini saja, orang sudah keluar dan ada jauh lebih banyak jenis protes yang lain berlaku di merata tempat. Banyak kejadian sentiasa berlaku. Banyak syarikat menjadi bankrap dan orang menganggur, dan kebuluran di merata tempat. Berapa lama kerajaan boleh terus memberikan wang atau bantu orang yang terdesak sementara tiada pendapatan bagi kerajaan daripada cukai dan sebagainya? Semasa tiada orang bekerja, mereka sentiasa duduk dan makan saja, itu tak boleh juga. (Ya, Guru.) Jadi sistem ini perlu segera berakhir, semalam lagi. Saya tak tahu mengapa tiada orang nampak itu. Berikan wang dan bantuan bukanlah penyelesaian jangka panjang.
Maaf, saya penuh emosi. Saya marah dengan semua orang kerana mengapa mereka membunuh diri dengan makan produk haiwan sementara mereka tahu ia tidak baik? Tidak baik untuk mereka, tidak baik untuk kesihatan mereka, tidak baik untuk alam sekitar, tidak baik untuk planet ini. Semuanya dah menjadi rasmi, malah daripada PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu), semua ahli sains. Saya tak tahu mengapa orang masih nak membunuh diri. Jika mereka nak membunuh diri, mengapa harapkan saya buat apa-apa? Siapalah saya boleh beritahu mereka supaya tak membunuh diri? Siapalah saya boleh beritahu mereka supaya buat ini, buat itu? Saya tiada kuasa dalam tangan saya. Maksud saya, perkara fizikal ini memerlukan peraturan fizikal untuk dikendalikan. (Ya, Guru.)
Kerajaan perlu melarang pemakanan daging – daging, telur, apa-apa saja drpd haiwan jika mereka benar-benar nak menyelamatkan rakyat, negara dan ekonomi mereka. Mereka perlu hentikan semua industri haiwan sekarang juga! Mungkin mereka masih boleh menyelamatkan orang mereka, diri sendiri dan dunia. Itu saja yang boleh saya katakan. Saya sudah mengatakan semua ini selama ini. (Ya, Guru.)