Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Ramalan Zaman Keemasan, Bahagian 7 – Ramalan Nostradamus

2018-10-07
BAHASA:French (Français)
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Michel de Nostredame, lebih dikenali sebagai Nostradamus, ialah seorang peramal Perancis yang hidup pada abad ke-16. Beliau terkenal hari ini sebagai pengarang ‘Les Prophéties’, sebuah koleksi 942 kuatrin puisi yang meramalkan peristiwa masa depan. Pada 1550, Nostradamus menerbitkan almanaknya yang pertama, sebuah terbitan tahunan yang senaraikan set peristiwa yang diramalkan pada tahun akan datang. Sesudah sekian tahun, almanak ini telah mengandungi sekurang-kurangnya 6,338 ramalan. Kemudian karya paling terkenalnya, ‘Les Prophéties’ diterbitkan. Ia merupakan susunan ramalan tak bertarikh yang menurut Nostradamus, ‘dari tahun1555 hingga 3797’. Diekspresikan dalam rangkap kuatrin puisi, ramalan ini mengisahkan pelbagai peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan iklim dan banyak lagi. Banyak peristiwa ini ditentusahkan ketika Nostradamus masih hidup seperti serangan terhadap Eropah oleh Empayar Ottoman. Oleh itu, Nostradamus menarik sejumlah besar penyokong, kerana banyak orang menganggapnya telah meramalkan dengan tepat kejadian banyak peristiwa utama di dunia. Guru pernah kata bahawa Nostradamus bukan peramal biasa dan beliau telah capai peringkat arahat (Santo besar) dengan kuasa meramal yang luar biasa.

Pokok besar agama penuh dengan dahan. Namun begitu, Nabi, Nostradamus meramalkan: ‘AGAMA YANG BERNAMA LAUT’ akan menjadi yang menang.

“AGAMA YANG BERNAMA LAUT AKAN MEMENANGI Sekta anak Adaluncatif. Sekta keras hati lain yang mengeluh akan berasa takut Kedua-duanya dicederakan oleh Aleph & Aleph.”

Messiah sejati:

“Seseorang dari Timur akan keluar dari tempat duduknya dan merentas Pergunungan Apennines untuk lihat Gaul (nama lama bagi Perancis). Dia akan merentas langit, laut dan salji dan akan ketuk semua orang dengan batangnya.” (= bermaksud menyedarkan semua orang dengan kebijaksanaannya)

Dia akan datang sebagai suatu standard. Dengannya orang dahulu dan sekarang akan diadili. Dia juga menjadi hakim. Dia akan mempunyai hati seorang bapa (atau ibu).

“Ke Sepanyol akan datang seorang Raja yang sangat berkuasa, Di laut dan darat menguasai selatan keemasan: Ini akan menyebabkan bulan sabit tunduk, Merendahkan sayap orang Jumaat.”

Mahaguru Ching Hai juga tinggal secara senyap di bahagian Sepanyol yang berlainan selama bertahun-tahun. Mahaguru Ching Hai dan anak murid sering membawa mesej Tuhan ke negara yang berbahasa Sepanyol serta banyak tanah Suci. Guru juga membuat lawatan khutbah di Afrika Selatan yang cerah. Beliau juga berikan khutbah di kawasan laut Asia Selatan yang ada beribu-ribu bandar di pulau dan bandar tepi laut. Beliau dialu-alukan dan dikasihi oleh semua penganut agama, sama ada Katolik atau Islam.

(Bulan sabit: lambang agama. Jumaat: lambang agama lain.)

Ramalan Nostradamus (Abad V kuatrin 79) nyatakan,

“Orang angkuh yang mengeksploitasi kedudukan suci mereka akan hilang prestij mereka. Melalui kedatangan penggubal agung: Dia akan tingkatkan orang rendah diri.” “Dia akan menyakitkan pemberontak.”

( Guru, saya ada satu soalan tentang ramalan Nostradamus. Banyak orang percaya bahawa beliau meramalkan peperangan dan tragedi yang berlaku sepanjang sejarah manusia. Dalam sepucuk surat yang ditulis kepada anaknya, beliau kata bahawa akan berlaku “kebakaran besar di seluruh dunia yang akan membawa begitu banyak malapetaka dan revolusi sehingga semua tanah takkan dilitupi air dan ini akan berlanjutan sehingga semuanya telah musnah...” Ya, dan beliau kata bahawa “hujan akan berkurangan dan begitu banyak api dan bebola berapi akan jatuh dari langit, tiada apa-apa yang akan terlepas daripada pemusnahan ini. Ini akan berlaku sebelum kebakaran besar terakhir.” Ya, sangat menakutkan, Guru, ia kedengaran sama tapi lagi teruk daripada kejadian sebenar kita lihat hingga kini. Jadi Guru, adakah ramalan bencana sebegini untuk dunia kita seperti yang ini akan menjadi nyata jika tiada rahmat Tuhan? ) Ia boleh menjadi nyata tapi kita telah cuba hentikannya. (Ya, Guru.) Kita telah cuba hentikannya, jadi lebih baik sekarang. Ia boleh menjadi lebih teruk. (Ya, Guru.) Sebab itulah kamu kata ramalan ini kedengaran lebih teruk daripada kejadian sebenar. (Ya, Guru.)

Ramalannya benar tapi kita... tapi kita... kita telah hentikan sesetengah bencana paling teruk bencana dunia yang boleh berlaku kepada planet kita dan manusia. Tapi baru-baru ini dalam majalah SM, majalah kita, mereka telah terbitkan rencana ramalan Nostradamus, jenis ramalan yang lain dan kamu akan mendapat gambaran tentang dunia kita selepas penapisan besar. Kamu tak bacanya? ( Kami ada bacanya, ya. ) Okey.

( Ya, ia nyatakan akan ada sekurang-kurangnya 1,000 tahun yang aman dan makmur sepenuhnya berkat kemunculan pemimpin dunia baru atau Messiah. ) […]
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/5)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android