Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Begitu pun, jika kita hapuskan jenis pemerdagangan hamba ini selama-lamanya, kita masih mesti mempertimbangkan pemerdagangan hamba haiwan juga. Mereka ialah makhluk juga. Mereka ada perasaan, ada emosi, ada kecerdasan. Mereka ada ketaatan sesama mereka. Mereka begitu baik sesama mereka dan terhadap manusia juga. Kita jual, beli, jual, beli mereka, sama seperti dulu kita buat terhadap manusia. Itu tak betul juga. Dunia kita tak betul dalam banyak perkara. Saya tak tahu masa berapa lama diperlukan untuk mengubah semua ini tapi kita perlu ubahnya. Kita buat segalanya yang boleh untuk mengubah sistem ini kerana ia tak betul. Hanya ada satu cara untuk buat sesuatu: sesuatu yang betul. Dan ini sesuatu yang tak betul. Tak kira negara apa atau kerajaan apa, jika mereka ada pertimbangan, sedikit rasa simpati dalam hati, pemahaman tentang apa betul, apa salah, maka perhambaan manusia dan haiwan ini harus dihapuskan lama dahulu lagi sebelum saya dilahirkan pun. Itu seharusnya sesuatu yang betul untuk dibuat. Saksikan atau muat turun khutbah lengkap ‘Riwayat Hidup Nabi Mahavira: Kelahiran Dharma-Chakravarti’ secara percuma di Edenrules.com dengan mencari video nombor: 1214